Pages

Wednesday, January 30, 2013

Menghabiskan masa cuti

Isnin bersamaan dengan 28 Januari 2013 kita semua bercuti bersempena Thaipusam.. Dan semestinya aku tak melepaskan masa cuti yang ada. Mula nya si suami nak balik malam Ahad tu.. dan dan tu tak nak balik. biasa eh dia.. tak lepaskan aku berjimba dengan member member aku la tu. member aku member dia jugaks. Nak gak join.. Kang tak bawa nangis hentak hentak kaki lak.ahahhahaa....

Kami pergi mana.. Pergi One Utama je dan cik kema yang pick up teorang kat umah.. Thanks cik kema sanggup datang amek akak tau.Dah lama gila aku tak pergi ke OU.. Last pergi masa study. Haaaa nampak aku dah lama sangat tak pergi sana.. Motif pergi sana semata mata nak berkaroake.. Hammboiiii bukan main ko mak gemah nak pergi karok.. Lama kot. Dari kul 1 lebih kot sampai pukul 6 petang. Tapi kami kua awal. Sebab tak mampu nak menyumbang kan lagu.hehehe


kenduri kesyukuran

Alhamdulillah kenduri yang dirancang berjalan dengan lancar dan baru arini aku sempat nak menghupdatekannya...Menu apa yang teorang pilih.. Oh semestinya aku tak sempat nak men snap snap.. Lain kali la aku letak gambar makanan. Kang letak korang akan terliur lak.. Mesti teringat ingat dengan makanan tu. Sapa yang masak?? Opkos la bukan aku dan semestinya makcik aku yang masak serta mak. Masakan makcik aku kan tip top.. Dia la orang yang bertanggungjawab memasak masak wedding aku aritu

Dah dah jangan membebel banyak sangat, nanti takde orang yang rajin membaca.. hehehee.. Ustaz yang bertanggungjawab membaca doa.. Thanks ustaz datang dari Putrajaya. family ustaz ni dulu jiran kami masa duduk kat presint 9. Dari anak dia kecik kecik sampai dah besar panjang.. sporting ok!!!!

Tuesday, January 29, 2013

Meeting

Pagi yang terang kini telah gelap gelita..hahahaa... Arini ada meeting dengan JKR, kontraktor ngan PJH.. Cukup malas nak masuk dalam meeting.. Mujur arini bukan turn aku amek minit mesyuarat. Entah pape je orang JKR (Pembangunan) ni.. Dulu kerani buat minit mesyuarat tak leh tima. Suh engineer amek.. Ahh semak je.. JKR(P) ni memang.. mujur JKR (Elektrik) paling tip top ok.. Senang aku nak kerjasama.. Meeting ni sebulan sekali je tapi aku malas masuk sebab kekadang part aku sikit cinonet je, bila part aku dah lepas aku akan menguap guap banyak kali.. pastu amek hp main game.. gasak ko la mak mah..
Monthly report pun tak siap lagi. Maybe sebab banyak sangat cuti sampai kemalasan melanda aku. Bila kerja baru nak muncul ni.. Sila la muncul. Hope rezeki aku dipermudahkan olehNya. Tak rezeki aku rezeki suami ..Amin...Ok nak masuk meeting. Oh sungguh membosankan..Geng takde sangat membosankan.. Engineer mekanikal dah tukar lain sbb ika dah berhenti.. Kalu ika ada kan seronok.... Ok bai!!!!

Wednesday, January 23, 2013

Resepi chicken wraps

Makanan ni dah lama kot aku buat. Pastu tadi godek gambar gambar lama , oohhh ternampak gambar makanan ni.. So arini aku share resepi chicken wraps.. Senang je resepi dia ni. Resepi paling ringkas sebab sesuai sangat dengan orang malas macam aku ni.. Tapi aku takde lah malas sangat kan.. Kalu husband balik ada masak gak.. Menunjukkan aku takde la malas..Boleh tak camtu..ahhahahaha..

Ok jom check bahan bahan yang perlu ada

First semestinya memerlukan wraps/ roti pita.. Roti ni korang boleh dapatkan kat mydin mydin yang terdekat. Tapi bukan mydin sorang je yang jual roti ni. pasaraya lain pun ada. Aku beli kat mydin..hehehe.. Banyak jenis roti brand ni.. Ada bermacam macam kaler kat plastik wraps ni.. Ni gambar aku cari kat google je. sebab masa buat tak amek pun gambar.. btw kat belakang plastik ni ada sertakan resepi. Kalau korang nak ikut resepi tu pun boleh.. sama je Ha masa nak guna nanti jangan tak panas kan eh. guna la microwave or kuali ;)


Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013


Seperti yang kita tahu esok umat islam akan menyambut malidur rasul, untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.......

24 Januari 2012 bersamaan dengan 12 rabiulawal 1434h..
Tema tahun ini adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah  


Pada sesiapa yang ingin tahu lebih mendalam berkenaan dengan tema ni boleh la klik pada link ini or boleh google.

Salam ....

Monday, January 21, 2013

Kurma Ajwa (Kurma Nabi)

Setelah aku disahkan mengandung, walaupun aku tak pergi check kat KK lagi.. hahahaa.. Dalam kepala ni dok fikir.. ooohhh nanti nak cari kurma la. Nak makan bagi baby rasa.. wahhh so sweeeeettt (uweeekkk..ohh mabuk) Sejak tau sampai arini, baru aku sempat bila kurma.. Mana taknya kerja aku asyik asyik terlupa je.. Banyak makan kerangga merah kot. So arini pergi ikut zati, pergi alamada je.. Haaaa nampak macam aku takde kerja kan. Ala report dah siap pepagi buta.. petang boleh jejalan. Misi utama nak cari jeruk IZ aka izati zul jeruk..(nama ni zati yang letak.ahahhaaa) tapi tak buka.. hampeh.. pastu lalu depan kiosk kecik kecik kat tengah tengah depan kedai jual majalah.. ohhhh ada kurma la. 

zati: ha kak beli la kurma ni
aku: nak beli la ni
zati: kak beli kurma nabi ni.seres sedap kak, haji pun suka kak. ayah org beli masa pergi mekah.. bla ...bla.. blaa.....ahahhahaha
aku: confirm eh sedap
zati: sedap laaaa.. oohh makcik ni dah marah ..
aku: kak segram dapat bape ni
penjual: 10 biji je
aku: maghaiiii 10 biji je zati RM18..
zati: ye laaa kurma ni mahal..
aku: ok ok.. kak 200 gram je la kak
penjual: 20 biji dik
aku: ok...zati dapat 20 biji je zati. boleh la wat testing dulu.. 

Sunday, January 20, 2013

Rahsia yang disimpan

Jeng jeng jeng jengggggg.. tajuk entry bukan main lagi. nak kontroversi kan kan..  Arini kita citer sikit pasal mentality orang melayu ni.. Memandangkan aku sudah berkahwin dan akan sinonim dengan pertanyaan bertubi tubi.. antaranya

1- Dah ada isi lom ---- isi perut aku ada lerrr. ko nak ke
2- Bila nak dapat baby --- eh ingat aku tuhan ke sekejapan leh dapat anak..rezeki takde lerr. lorat je
3- Cepat sikit dapat anak..--- eh eh eh ingat aku ada doreamon ke. kalu ada doreamon boleh aku request nak anak kan.. 
4- Bila nak bagi aku title aunty / uncle --- oh korang dah tua memang sesuai panggilan tu. xya tunggu anak aku kua.. ahahahahaha

Typical orang melayu kita.. aku pun pernah kena tanya soklan soklan camtu.. hellloooo masa aku belum kawin ko tanya bila aku nak kawin.. umur dah meningkat.. whos care.. bukan aku usik duit ko dowh!!! pas aku kawin tanya lak eh bila nak dapat baby.. eh ade kena sepuk ni kang. kalu dah anak mesti orang akan tanya bila nak tambah anak lagi. eh macam aku usik duit ko lak kan.. seres bernanah telinga aku dengar orang tanya camni... 

Ohmannn telinga berdesing

Tengah sedap sedap update blog telinga boleh berdesing. Nak kata naik flight takde pun. elok je aku bergolek kat atas katil... 2 3 kali berdesing.. oh sangat tak berpuas hati. so google. keja aku senang.. pape suma google kan.. ahhahahaa. Ni salah satu yang aku dapat




majlis bertandang - last

Settle merenjis settle makan beradab settle salam sana salam sini so tiba la masanya untuk outdoor.. masa kat putrajaya aku tak dan nak amek picture outdoor sebab hepon aku kenazakan. so tidak membenarkan untuk mengambil gambar.. kali ni aku berkesempatan ok.. sampai malam koooo outdoor dan bernasib baik kereta hisyam ada charger.. iloikeeeee!!!  So layan la picture yang tak seberapa ni..

Gambar bawah ni dalam kereta la semestinya. otw nak pergi ke lokasi... Nama tempat aku tak tau sebab aku tak khatam lagi part penang.hehehee. gambar kebanyakkan macam masuk air.. gasak la laki kuuuu sebab memilih isteri macam aku.. suka buat mimik muka yang pelik pelik... opssss sampai suami pun ikut terjebak!!!!!



majlis bertandang part 3

Pelamin aku amek dekat sungai petani.. Jauh ke??? hurmmm dalam 45 minit je. Sesiapa bakal pengantin area utara boleh la pergi ke butik pengantin ni.. seres memang superb pakaian pengantin. Kalu korang pergi butik ni mau rambang mata kot sebab memang cantik cantik dan up to date. sangat berbaloi. korang boleh request apa yang korang nak.. bergantung pada budget korang la.

Korang boleh klik kat nama yang kat bawah ni. korang boleh cuci cuci mata kat page ni. Kat page dia pun ada letak baju baju pengantin yang sangat sangat glemer ok!!!!

Qaseh Gurlls --- teorang deal ngan dia. superb sporting.. banyak mulut..hahahahaha
Andaman Pengantin Weddingku --- butik ni kat sungai petani.. Mohh terjah!!!!


Majlis bertandang part 2

Dah sampai depan rumah amir.. takde la depan  kena berarak lak.. ingat tak payah. terus duduk atas pelamin.. heheheheh.. jom je la layan gambar gambar aku masa majlis bertandang kat penang Dec 2012.. Gambar menjawab segala situasi.. hekhekhek..ayat tak boleh blah..!!!!


Bertandang part 1

Ok kita citer terus. malas nak meleret leret la yek.. Pepagi amir dah amek aku kat homestay coz nak pergi makeup.. kul 1 lebih nak berarak lak kan... ikut hati aku malas tol nak pergi.. tak ya makeup tak leh ke.. sebab aku teramat la letih ok...fuhhhhhh layaaann kannn.. Majlis 30 Dec 2012


Holiday

Seronok aku dapat berjalan jalan.. oh tetiba ayat aku.. macam tak sesuai je. ok sebelum aku sampai penang, teorang 1 family ngan kak long abg long pergi kuala perlis. tido perlis dua ari pastu sabtu pagi gerak pergi penang. berjalan la katakan.. abah aku kata bawa mak sebab mak tak pernah sampai lagi kat kuala perlis. otw pergi penang sempat lak singgah pergi kayu hitam. bukan ada benda yang best pun dari kuala perlis. alasan abah aku lagi. mak tak pernah sampai lagi kayu hitam. ok abah.hahahahahahah.. Nak dijadikan citer mak aku ni la.. handbag dia punah.. sangat lawak ok.. otw pergi perlis dia kata angah ko ngok handbag mak abis jatuh jatuh kain dia.. ha jatuh??? ooo rupanya makan diri.. sebab mak aku pergi letak handbag dia dalam peti besi dia. nahhh hamekk hancor sudah handbag dia. aku cakap takpa nanti kat penang beli handbag baru.. aku siap offer. mak nak pakai handbag zila tak. kalu nak amek la. mak aku eksen koooo.. tak nak la mak nak palau abah dapat handbag baru. wakakakka.. itu motippp dia!!!!

So for duduk kat perlis paling best. hari hari aku makan ikan bakar. sangat sedappppppp!!!! otw pergi penang , drop bekpes.. seres tak sedap kedai dia.. tak mo datang lagi. kasi pangkah siap siap kedai makan tu..

Saturday, January 19, 2013

muka kena conteng conteng

Seumur hidup aku.. 4 kali di makeup kan.. lepas ni dah takde maknanya orang nak makeup kan muka aku. melainkan aku gedik gedik nak pergi makeup.. makeup saje saje.. ohh sangat gedik.. meh aku kumpulkan 4 kali majlis aku dimakeupkan dengan begitu cantik.. cantik ke.. mesti la cantik.hahahahha


Ok gambar atas ni masa aku bertunang la kan.. anak didik amy ameera yang makeup kan aku. dah superb kerja dia...tak cam muka sendiri..!!!!

Mr. OP

Meh citer sikit lagi.. pasal incik photographer aku.. hahaha. dua dua asal dari penang just sorang kerja penang sorang kerja KL.. dan kedua duanya kawan pada Amir.. haaaa senang kan kerja dengan kawan yang kita kenal. Sorang nama hisyam sorang nama fauzi. aku kenal la fauzi ni sebab pernah amek gambar pre wedding sekali dengan dia dan satu sekolah dengan Amir.. Hisyam lak kawan opis dia.. ex opismate la ni..Kedua dua nya senang nak bekerjasama.. Kedua dua nya ada skill tersendiri.. Kalu poji ni memang dah sinonim berbaring... hahahahaha.. Picture superb.. Nak ngok hasil kerja mereka.. Meh meh meh meh...





Hadiah perkahwinan


Hadiah yang dikumpulkan masa di dewan.. bawa balik nahhh hamekkk aku tak tau bape keta penuh kan hadiah ni suma... sebab masa tu aku dah kua outdoor.. thanks pada yang sudi membawa hadiah kami...



Ni lak adiah yang aku dapat dari kenalan aku dan kenalan family.. kipas berdiri tu bukan hadiah eh. tu hak family aku.wakkakaka... atas meja tepi meja dalam meja tu adiah yang aku dapat. thanks pada semua..... 




Fresh flower and SA14

Fresh flower suma nya aku borong kat sini.. berbaloi baloi.. ada kata cameron lagi murah. apa korang nak kena sekeh ngan aku ke.. kalu cameron tu 10 min dari rumah aku, bergegas aku pergi sana. masalahnya jauh kot.!!! memang nak kena member aku sorang tu.. tau la honeymoon kat cameron, abis suma benda kata cameron murah.. camtu baik pindah dok sana.. jimat kos kan. sayur pun murah. hakhakhak.... 

Kat bawah ni ada nama kedai dia. korang leh google kat mana mana. mesti kua alamat kedai ni. btw sebelum ni aku ada letak alamat kedai bunga ni. korang klik je kat label tu fresh flower nanti keluar la entry kedai ni yek!!!! Jom usha bunga kat sini ;)



Family tercinta

Ok picture bersama family aku... nampak tak kak long kat belah kanan tu.. sangat berisi ok.. masa ni dia tak tau pun yang dia pregnant.. dah masuk 2 bulan baru dia tau dia pregnant. apa yang mak aku kira kira.. kak long mula pregnant masa majlis pernikahan aku. ahahahaha.. congrate kak long.. cepat cepat bagi zla anak buah yang comel.. baby girl. senang nak hias kan dia..

Catering untuk majlis perkahwinan

Arini citer pasal catering.. Kami pilih Yaz Food Enterprise!!!!! Kenapa....?? Sebabnya wajib la membantu family sendiri kan. catering ni makcik aku sendiri. Kalu bab masak, makcik aku ni tip top. aku lak jenis suka makan.. memang superb la masakan acik aku ni.. Sebelum majlis, acik aku siap wat test food ok.. satu family tok Hamzah berkumpul. Sama sama rasa masakan acik aku yang sememangnya sedap.. Actually acik aku pun ada kerja lain gak.. Jaga kantin. bukan jaga kantin cam pak guard tu. Makcik aku diberikan kepercayaan untuk memasak di kantin sekolah kat kampung aku yang lagi tercinta tu.. Dulu masa aku cuti sem, aku pergi gak kat kantin ngan mak aku. Irfan opkos la ada.  Nasi lemak adooo kuih adooo nasi ayam adoooo. bukan main lagi budak budak sekolah sekarang ni.. oppsss terciter pasal kantin lak.. Nak ngok rupa makanan masa majlis. Ni tengok kat bawah... yang untuk VIP sebab tu kena letak kat bekas benda alah ni. orang panggil dome.. ye ke aku eja ni. ha bedal la.. ramai puji makanan masa majlis aku sedap. Ada member kata rasa nak tambah tapi segan. Ala watpe nak segan. Lauk banyak xluak pun kalu korang makan tapi ada gak yang menambah. wat la muka tak malu kan.. lauk sedap wajib kena tambah. Suka aku bila orang puji masakan makcik aku sedap.. Ni kira lauk orang jawa... memang superb la.. Aku suka sangat sangat..!!!! 

Resepsi last

Majlis berarak dalam kul 1.15 tengahari.... So aku jamu korang dengan gambar gambar yang mana ada je la yek!!!! ;)



purple plus pink.. 

resepsi part 3

Majlis kali ini ada kasut. Gilo ko takde kasut. Mau aku berarak pakai kaki ayam dan mau aku kena sekeh ngan mak aku... Kasut ni aku beli murah murah je sebab memang tahu pasni memang aku tak kan pakai kasut heel yang tinggi tinggi melangit dan akan menyusahkan perjalanan aku.. terkial kial aku nak berjalan. Tapi so far kasut ni aku pakai sangat selesa.. Aku siap tambah daimond kat depan kasut tu. Aku kan suka daimond daimond ni.. opkos daimond kaler purple pilihan aku. Daimond ni aku minta kak Scha beli kan. Thanks kak scha.. Kasut aku tak mahal macam pengantin pengantin lain.. Simple je kasut aku tapi tinggi. Sekarang kasut tu ada kat rumah Amir.. guna masa bertandang belah sana. Pastu bungkus cantik cantik. Simpan. Ntah bila aku nak guna balik


histeria di Uitm Lendu

Semalam kecoh kecoh pasal budak uitm lendu kena histeria dan pukau.. Aku pun semangat menggoogle la pasal benda ni. Tapi aku tak pasti la kesahihan berita ni.. Untuk korang tau lagi lanjut cerita pukau pukau ni korang leh klik je kat websitu tu.. korang baca sendiri la yek


SINI 

website atas ni dari student uitm lendu sendiri.. so korang baca kalu nak tau lebih lanjut kisah dorang ni. minta minta student sini cekal... dan minta minta dijauhkan daripada benda benda yang tidak elok...

resepsi part 2

Sekali lagi aku di makeupkan oleh Amy Ameera.. Dua majlis aku gunakan khidmat dia ok.. Opkos semestinya aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja dia.. Oh aku sudah dimakeup kan di bawah ini... Oh sila tengok kat tangan aku tu.. Aku buat inai wei. Aku pergi sendiri je kat jalan tar dengan kak long aku. Sebabnya beli barang. sekali mengatal nak berinai corak corak so buat je.. cantik gak..kih3..


reception day 1

Majlis resepi aku sebulan selepas majlis pernikahan. Nikah 13 Oct 2012 kan. Sanding lak 24 Nov 2012.. Kenapa??? Sebab aku naik pelamin sekali dengan adik aku. So tunggu la sebulan.. Janji selesai kan... So pepagi sebelum kul 9 teorang dah terpacak dalam dewan tu. So nak dijadikan citer aku teramat tak berpuas hati dengan pelamin untuk aku sebabnya terlalu rendah. Dah la Amir tinggi melampai.. Kang kaki jadi pelik bila letak kat atas situ. So pepagi aku dah call akak tu suh buat sesuatu kat pelamin tu biar nampak tinggi.. Tak nak rendah rendah bagai ni. So laki dia datang tambah lagi papan. Nampak la tinggi sikit daripada asalnya...


solemnization part 6

Majlis pernikahan aku berlangsung jam 3 petang.. so kul 3 petang semua dah ada.. aku and the geng duduk dalam bilik.. tapi takde maknanya duduk diam diam ok.. kerja aku memekak and gelak gelak sampai tak sedar rupanya belah lelaki dah ada dalam rumah aku.. punca nya member aku ler.. ada adegan lawak masa dalam bilik tu..

irda: eh mana kain iris ni
ena: agak agak la irda kain anak sendiri tak tau
zila: melampau sangat kain anak tak tau. entah entah ko xpakai kan kain.ahhahahaa

Teorang masa ni dah gelak tak ingat dunia ok... sebab ibu dia sendiri tak tau mana kain anak dia. dari batu pahat ada kain sampai putrajaya kain anak dah tercicir.. iris pakai baju kurung je. kain dah tercicir. sengal je dak irda ni. baru anak sorang kain dah tercicir.. gelak memang tak ingat dunia ok. ahhahaha
pastu baru ada orang sedarkan aku yang belah lelaki dah masuk rumah.. hamek baru masing masing terdiam.. tapi still tak leh tahan nak gelak sebab adegan kain iris tercicir. hahahaha

solemnization part 5


Ok sekarang aku citer pasal pakaian aku lak ye.. kain tu aku beli 1 set persalinan pengantin kat jakel jalan tar.. so siap sekali kain untuk lelaki la..beli masa jakel ada buat sales. pastu mak aku kan dah macam regular customer jakel. so kenal sampai bos dia. kira bos la akak tu.. bukan takat bos siap kenal salesgirl dia. Nurul nama dia.. kalu datang jakel memang wajib cari nurul. sebab dapat harga murah lagi.. Kain yang aku beli tu almost 1k tapi memandangkan mak aku kenal bos dia so bos dia rekemen kain tu dan secara wajibnya dia kena kurangkan harga .... hahahahaha.. saya suka saya suka coz dapat banyak kurang.. wahhh dah cam gaya bangla lak kan....

solemnization part 4


Tang makeup lak.. makeup untuk persalinan aku amek dari butik pengantin yang pasangkan pelamin tu.. sebab dia siap package kan. so guna mak andam sana.. Untuk nikah lak aku menggunakan khidmat amy ameera... korang leh klik kat nama amy tu.Nanti dia direct ke belog amy ameera. kalu nak guna khidmat amy kena booking awal awal.. sebab dia ni ramai orang nak amek.. makeup dia cantik dan puas hati.. Aku amek untuk majlis nikah dan majlis resepsi.. Korang leh discuss harga ngan amy. Seresly amy sangat peramah.. aku lak time tu ngan tak cukup tido.. kalu amy suh lelap kan mata.. memang leh hanyut... duduk dalam bilik aircond memang sedap la aku pejam mata kan.. sampai amy kata.. ok dah boleh buka mata.. buka mataaaaa... ahahahhaa.. opsss terrrr....ehheehhe

solemnization part 3



Meh menghupdate secara marathon berkenaan dengan majlis pernikahan aku yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2012.. Tarikh ni genap la aku kenal ngan husband aku..4 tahun berkawan akhirnya diijabkabulkannnnnn.... walaupun bermacam macam perihal berlaku sepanjang perkenalan.. ewahhh ayat nak berbunga.. geli je. ahaahhha... gambar gambar barang hantaran semua dalam pendrive rosak aku tu.. demmmm!!! aku sangat memerlukan gambar gambar tu semua. wahai pendrive kenapa la ko buat perangai.. stress aku ler cmni.!!! ini je la yang ada.. hahahhaa.. cincin untuk sang suami, jam tangan, kek ni dari family nazi.. sangat teruja ok.. tapi belah lelaki la yang dapat rasa kek dia.. macam kes tunang.. nak buat 9 berbalas 7 sekali dah berdulang dulang jadinya.. tak cukup dulang kuar kan bakul bakul. hahahaha.. rezeki belah lelaki.. alas dulang tu aku pakai cermin dari ikea je. murah je.. tak sampai RM5.. RM 3.90 kot aku rasa. aku beli 10 ina beli 10.. tapi cukup la aku guna 10 saje coz dulang de 10 je.. yang lain kasi kua la itu bakul kan...

solemnization part 2

Haaaaa  aku terlupa lak nak citer pasal pillow.. eh kenapa lak nak citer pasal pillow kan.. Lantak p la kan.. tu pun nak citer kat orang.. idokkk nak habaq kekreatifan aku yang sememangnya tangan keras ni.. hahaaaa.. masa aku menggoogle pasal wedding terkeluar pasal bantal MR & MRS....  aku tetiba amat teruja untuk mendapatkan. tetapi aku masa tu dah kesuntukan masa. al maklum la aku kan jenis suka wat kerja last minute. korang jangan sesekali berperangai camni.. tak elok ok.. meh sini aku tunjuk pattern camna yang leh buat aku teruja ok..


soleminazation part 1


Meh aku citer serba sedikit tentang preparation aku sebelum majlis berlangsung.. sebelum kawin mesti kita kena wat preparation kan.. kalu duit dalam account banyak boleh la upah wedding planner. macam aku oh sangat tak mampu. so semua kena sedia kan sendiri.. Jimat kan kalu wat preparation awal-awal. Gap bulan antara majlis tunang dengan majlis nikah aku terlalu singkat gak la. sebabnya aku ikat pertunangan dalam 8 bulan je. Majlis pernikahan aku ni berlangsung bulan Oktober 2012 jugaksss.. nampak kan singkat.. Mengagau kumpul duit..hahahaa. So aku citer ringkas ringkas je la yek.. hope korang paham la yek pe yang aku cuba sampaikan.


1- Ohhhh kad jemputan.. aku puas godek kat jemputan aku tu. tapi tak jumpa lak. sebabnya seketoi pendrive aku tu buat hal. tak boleh baca lak. pastu aku dah tak leh nak amek picture picture dalam tu ok!! aku amat stress dikala ini disebabkan oleh pendrive tu.. ada picture time nikah.tu yang aku meroyan ni!!!  Kad jemputan aku tu aku buat sendiri je. ha nampak aku dah save.kih kih kih.... simple je la aku buat.. tulis tulis letak pic pengantin sikit pastu belakang map umah aku. settle.. print pun sendiri ok. satu kertas A4 muat untuk dua kad jemputan.. aku buat 100 keping je. so memerlukan 50 keping paper A4.. Nanti kalu ada pic full kad jemputan tu nanti aku tunjuk ye.. ni yang ada sipi sipi je.. huhu

e-day last


 Ok kali ni korang layan la picture dari aku... last untuk majlis pertunangan aku pada 6 February 2012.. pic sedara aku, ayu tengah pregnant masa ni. now baby pun dah kua.. sangat comel ok anak dia.. rasa nak gigit-gigit je pipi dia.. arissa dah kua baru aku update weiiii!!! xpa lom setahun lagi.. feb 2013 baru setahun. ahhahahaa.. pasni pasal majlis nikah lak ye!!!!! Selamat menjamu selera untuk mata anda ;)



e-day part 7


Ha nampak rombongan dari penang dah mai.. mak dan abah sambut kedatangan dorang. jeng jeng jeng dia datang dengan lenggang lengguknya sambil membawa hantaran untuk belah aku.. ramai gak la yang datang masa ni.. penuh dalam umah. Alhamdulillah..

Pastu dorang bincang la pe benda yang patut dibincangkan.. borak sana borak sini.. aku pun tak berapa dengar sangat la sebab duk dalam bilik kan. masa dalam bilik aku siap gelak sakan ngan lily ngan kema.. takde keja kan.. orang kat lua seres aku dalam bilik dok gelak gelak lagi.. takde perasaan betul la aku ni.. tapi seres aku sikit pun takde rasa gemuruh.. rasa cam biasa je.. maybe aku jiwa kental kot.kental la sangat kan kan kan...pas dorang dah puas berborak so tiba masanya aku keluar.. dorang siap pesan .. kak jalan jangan laju laju. slow slow and sopan.. huhuuuhu.. boleh ke. bila kua takde pun aku pikir nak sopan sopan bagai.. jadi diri sendiri kan.. boleh lak camtu.. ahhahahahahaa

e-day part 6

Incik photographer aku adalah incik black merangkap BFF aku since dari sekolah lagi.. nampak tak kami dah berkawan berapa lama. dari black kurus keding sampai black dah gemok mok mok... aku nampak peningkatan badan beliau. eh eh eh citer pasal badan black buat apa.. pasal OP pun aku dah jimat sebab bff sendiri amek gambar tapi black tak boleh lama masa ni sebabnya dia kan komited dengan kerja dia kat TNB PJ tu.. nak balik mak aku siap tapau kan dia makanan.. banyak gila. kekenyangan la black aritu.. hahahaha

e-day part 5

Memastikan ada picture bersama family.. Sempoi kan majlis pertunangan aku.. tak payah lorat-lorat nak pelamin pelamin bagai. mini pelamin pun tak payah. sebab aku rasa benda tu membazir je. nanti time nikah baru pakai pelamin.. untuk majlis ni aku buat yang paling simple di abad ini.. hek hek ehekkkk..
Aku duduk atas bantal turun temurun dari belah mak aku.. pasni anak nak kawin ntah ada lagi ke tak bantal tu. opkos ada kalu simpan elok.. bantal tu dari family mak ngah.. family teorang pinjam bantal tu kalu majlis pertunangan.. kak long, aku ngan adik aku pun guna bantal yang sama.. jimatttttttt.. berjimat tu kan bagus

e-day part 4

 Ini antara hantaran dari aku untuk belah lelaki. sebenarnya ada hantaran yang aku tak sempat nak snap.. sebab aku dah duduk dalam bilik diam-diam. budget 5 berbalas 7 je.. sekali korang tengok lah dah jadi berapa kan.. masa aku kira-kira sebelum dikuarantinkan di dalam bilik. ada 15 jenis hantaran. 10 atas dulang hantaran lagi 5 dalam bakul.. sebabnya dulang just ada 10 je..yang lain kena la lantingkan kat dalam bakul je. senang sikit dorang nak mengangkut kan kan kan...

e-day part 3

Secara marathon aku menghupdatekan belog yang tak berapa ceria ni.. secara laju-laju. kali ini aku ceritakan perihal baju pertunangan aku.. actually baju ini aku recycle je balik. jimat kan kan.. kan aku nak suma under budget.. tak boleh lebih. nampak kejimatan aku di situ.. bukan baju recycle daripada adik beradik aku tetapi baju aku sendiri. baju ni aku pernah pakai masa kak long kawin. kira baju satu family la kan. nampak kan aku dah jimat kat situ. tak payah keluarkan duit lagi untuk buat baju tunang.. baju pun pakai sekali je masa majlis kak long. so pakai kali kedua masa majlis pertunangan sendiri. now baju tu tersadai tak pakai-pakai.. nak g mana kalu nak pakai.. aku pergi kerja pun pakai seluar. heheheh

e-day part 2

Ok kita citer lak pasal jurumekap ye. actually izan ni muda daripada aku.. sangat superb ok kerja dia. dia ni anak didik kepada amy ameera.. kalu sesiapa yang tak kenal amy ameera boleh google ye.. memandangkan untuk majlis pertunangan je so kite amek anak didik amy ameera sudahhhhh.. on budget kan. tunang takyah buat hebat hebat sangat.. simple simple sudah. ni kira first time aku dimakeupkan sedemikian rupa. pastu abis makeup ngok cermin. siap tanya eh muka aku ke ni??? siap tak percaya muka sendiri. aku sangat sangat berpuashati dengan hasil kerja izan ni. izan ni seres memang peramah ok. dari mula makeup sampai abis makeup kerja bercerita je. citer biasa-biasa je. izan duk putrajaya. kerja pun sini jugaks.so senang la dia nak datang umah aku makeup.. pusing-pusing dah jumpa rumah.. nak ngok hasil kerja izan.. jom mata turun ke bawah sikit.hahahaha

e-day part 1


Ada apa dengan 5 Februari 2012...
Tarikh pertunangan kami. Masa tu kalu tak silap Maulidur Rasul. Sebelum ni ada member-member tanya mana entry pasal pertunangan.. tapi tak pernah buat.. ni masa kat blog lama la.. so saya tunaikan dibelog ni la yek. Kira tertunai la janjinya tu.Walaupun citer zaman 2012 punya kan..Sekarang dah 2013.Anggap jelah ok la yek. Just citer serba sedikit tapi lengkap dan padat ... padat la sangat kan. Camna boleh buang tebiat nak bertunang yek?? Ntah dalam kepala dok pikir.. eh apa salahnya bertunang. padahal masa tu baru start kerja.. takde lah baru start kerja.start kerja tahun Sept 2011. Kira 6 bulan la kan. Pikir mana tau pasni ada rezeki lain lak.. Tuhan kan maha pengetahuan. Semuanya kerja tuhan tapi kita hanya merancang Dan ALHAMDULILLAH segala majlis yang dirancang pada tarikh tersebut berjalan dengan lancar. AMIN.....
Jemputan dikalangan kawan-kawan terdekat dan officemate sajoooo.. Family terdekat opkos lah kena ada.. gile ko kalu tak jemput. Mau kena penggal kepala kan kan kan...

Friday, January 18, 2013

officially

Officially, saya guna this blog. Blog lama dah lama delete. Sebab delete?? sebabnya dah new life kan sekarang.. status pun dah bertukar. so better citer life sekarang kan. tapi saya still nak post citer yang dah lama. macam dah basi..kih kih kih.. Citer pasal majlis yang dah lepas-lepas. Boleh kan.. boleh jeee ;)

Life


Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That’s why it’s called the present