Pages

Saturday, January 19, 2013

reception day 1

Majlis resepi aku sebulan selepas majlis pernikahan. Nikah 13 Oct 2012 kan. Sanding lak 24 Nov 2012.. Kenapa??? Sebab aku naik pelamin sekali dengan adik aku. So tunggu la sebulan.. Janji selesai kan... So pepagi sebelum kul 9 teorang dah terpacak dalam dewan tu. So nak dijadikan citer aku teramat tak berpuas hati dengan pelamin untuk aku sebabnya terlalu rendah. Dah la Amir tinggi melampai.. Kang kaki jadi pelik bila letak kat atas situ. So pepagi aku dah call akak tu suh buat sesuatu kat pelamin tu biar nampak tinggi.. Tak nak rendah rendah bagai ni. So laki dia datang tambah lagi papan. Nampak la tinggi sikit daripada asalnya...




 Pelamin masa ni belum dinaikkan lagi.. Selepas berbincang dalam phone. Akak tu suruh laki dia datang tambahkan satu lagi papan macam yang aku bagitau tu kan kan kan.. Pagi tu laki dia pasang walk way lagi.. Settle bab pelamin.. Pastu pepagi aku meroyan lagi sebab dorang tak buka bilik untuk VIP. Adik aku dah bagitau cleaner kat situ.. Ok la fine dah bagitau. Eh lama kot aku tunggu tak nampak batang hidung lagi. Pastu amy dah sampai nak makeup kan teorang.. Dia nak ngok aku hangin kot. Aku pun terus ke belakang cari cleaner tu. Aku cakap ni sapa yang nak buka pintu bilik VIP ni. Jurumakeup saya dah sampai. Nak suh saya kat depan pentas ke. Baru cleaner tu mengagau cari orang yang sepatutnya buka. Boleh minah ni terhegeh hegeh. Aku cakap la ni saya kawin dua orang sekali naik. Lain kali kalu dah suh buka , pergi buka terus jangan boleh berborak.. Mujur dia kata sorry ye kak saya tak perasan. Whatttttt!!! tak perasan. Aku berdiri lama kot.. Wahhhh betul betul mencabar kesabaran aku la minah indon ni.. huhhhhhhh...

Settle bab bilik VIP, so amy dah boleh start makeup.. Adik aku dia makeupkan dulu. Aku pergi setting kat dalam dewan ngan guestbook..


Guest book untuk tetamu kami. belah kiri dari adik aku belah kanan lak dari aku..


Ni guestbook dari aku. time nikah guna guestbook yang sama.. Pastu aku g print out kan gambar gambar masa majlis pernikahan aku tu. Abis majlis gambar frame biru family aku ada orang yang berkenan.. Rasanya family belah mak aku coz dia kata kat mak aku camni.. aku amek ye gambar ni.. Mak aku pun kata ha amek je laaaaa... Orang nak amek la.sedara sendiri kot. Jangan ko manderam kan family aku sudah la yek. Props pun ada yang amek. takpa. Amek la. bukan teorang simpan pun. yang amek pun budak budak kecik.. oh sangat comel ok budak tu..


Candy booth untuk budak budak dan mak budak serta bapak budak. time ni chocolate fountain tak sampai lagi. picture pun entah ke mana. hahahaha..yang pastinya memang cepat sold out.. pasni kalu sesiapa nak candy booth korang keluarkan lambat sikit. Kalu tak dah licin macam majlis teorang.. ramai kata sedap.. sebab ada buah buahan marshmellowwww.. ohsemm ok.. aku je tak dapat rasa.. takpe untuk budak budak pun.. hope dorang suka


Ni lak tukang jaga candy booth.. ha fountain dah ada... ni kezen dari belah mak aku. dah macam dengan anak anak sendiri lak kan. ahahhahaha


Frame ni aku letak atas meja VIP... Tin bunga tu hasil kerja dari adik aku. Signage berserta lidi tu aku buat je.. ohh amek je dari internet.. suma nya free kan.. Tapi after majlis 3 free aku macam atas ni hilang.. Kalu family amir yang amek its ok its orait kan.. Tapi jangan cleaner cleaner kat situ..hahaha.. Dah takde kan nak buat camna. Takde rezeki.. Frame ikea kan. Opkos la cepat hilang. Ohh sangat pelik ok.. 3 lagi takde lak hilang. ahhahahah..  Gambar dalam frame tu aku minta dari mr OP aku.. Thanks pic cantik. Aku just tambah wording je kat situ..




 Frame sumanya aku beli kat ikea. ikea kan murah frame frame dia.. Frame yang de ribbon tu member aku yang bagi. dari decors art.. purple sebab dia tau aku suka purple.. ehhehehe



Frame ni la yang hilang.. 3 ketoi terus hilang dari pandangan mata.. Ntah sesiapa la yang mengambil nya.. Takpa rezeki dia..

No comments:

Post a Comment