Pages

Monday, August 19, 2013

Bayi turun ke bawah


Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (takde lak zla rasa.. ke deria rasa dah xde..ehhehehe)
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (ni memang terasa.. dah pergi toilet sat g tak smpai 5minit nak pergi lagi..kadang sampai tak larat.mujur toilet dengan opis tak jauh)
- sakit perut, memulas (setiap malam confirm terjaga sebab perut memulas2 je)
- kerap buang air besar 
(sekarang hari-hari mau membuang... sungguh lawas perut ni..)
- kerap terkentut (ni kurang pasti..setiap hari wajib kua kan gas beracun ni.. hahhahahhaa)

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.  - yang ni lom lagi.. maybe coming soon

Sakit belakang- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. - sekarang ni nak baring pun payah.. kalu tido mengiring kat sofa ke lantai ke mesti bangun tu sakit nak amat.. de tilam nak baring kat sofa..huhuhu.. kdg nak angkat badan pun xlarat weiiiii

Thursday, August 15, 2013

Susulan Suami Pukul Isteri Dalam Lift


Mesti ada diantara korang ada buka video ni.. Apa yang zila boleh ulaskan la.. Hagak-agak la nak pukul bini depan anak-anak. Bini tu ko kawin bukan untuk dipukul disepak diterajang diketuk segala bagai. Macam takde akal lak kn.. Kalau dah tak suka hantar kat mak ayah dia. Sangat geram dengan tindakan suami dia ni. Wife dia ni ada buat laporan tapi katanya polis tak terima sebab takde kecederaan yang terukk.. Aje gila apa polis ni.. Takkan kena patah riuk baru nak terima laporan dan sebab tu adik wife ni serbakan video ni. Untuk pembelaan atas akak dia. Yang ni zila tak pasti betul ke x.. Polis patut amek je la laporan even dia luka sikit-sikit pun. Sebab lelaki dia ni macam takde akal nak berfikir...!!!!

Ada sikit info yang zila dapat dari yahoo.com.my

Berhari raya dengan royal blue

Kami pakai royal blue untuk tema tahun ni.. Untuk raya pertama je. Raya kedua bebas nak pakai kaler apa.. Tahun depan raya kat penang.. Time tu anak dah setahun kot.. Sedondon kedondong la kami nanti.. Alloooo swweeeetnyyaaaaa.. Nanti pikir la nak kaler apa. Selalunya orang pompuan je lorat nak kaler sama-sama ni.. Lelaki ni jarang beria-ia..Ikut je.ahahhahahaa

Jom layan gambar.....


Ni anak abah.. Sayang sangat-sangat.. Datangkan kak ngah dia.. belasah je kalu nakal sangat..

Backdrop dan bubble talk time raya



 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 



hahahhaaa.. dah raya yang ke8 baru nak wish kan.. Janji masih dalam mood raya lagi kan..  Tahun ni zila raya kat umah mak sendiri. Kat putrajaya je.. haiiyookkkk bosan lak sebab jiran kiri kanan balik kampung.. Tahun ni raya kat bandar jeee.. Tahun depan raya umah husband lak. Penang mai .. Tahun ni ikut tema mak la.. Kaler biru ok. Royal blue eh. Eh entah la. Janji blue..kuikuikui.. Dan tahun ni aku terlebih rajin nak buat props untuk berposing.. Tapi simple-simple je la. Sebab yang buat ni tengah sarat memboyot tapi gigih nak siapkan.. Segala benda tu beli sehari sebelum raya. Pergi kedai cina je.. Confirm-confirm kedai cina tak tutupkan..Simple je.. Takde la meriah sangat.. Backdrop dengan bubble talk.. hahahahahha... Nampak tak semangat tu.. Nanti bubble talk tu leh guna untuk tahun depan. Simpan elok-elok.

Tuesday, August 13, 2013

Kontraksi Braxton Hicks

Hari ini masuk minggu ke 38..  Mula rasa dalam minggu ke 36.Perut asyik mengeras dan opkos terasa amat sakit sebab kulit tegang.. Mujur tak koyak.. ehhehhehhe...Tapi masa 36 minggu tu tak terasa sangat sakit dia.. Dia tegang gitu-gitu je. Tapi bila masuk 37 minggu lain macam lak ketegangan dia. Sampai susah nak berjalan. Orang kata kalu nak atasi BH dengan teknik penafasan.. Idok la ku tahu selama ini. Lepas ni kalu kena BH kena buat teknik penafasan dengan betul.

Dari info yang zila baca, BH ni terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Sebenarnya untuk penyediaan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.Haaaa camtu la yek..

Cara menaikkan HB ketika mengandung

halooo halooo halooo.... Sekarang ni zila dah 38 minggu. Baby lak xmo kua-kua lagi. Baby seronok dok dalam perut mama dia kot.

Semalam zila pergi checkup.. Sehari sebelum checkup mesti dok risau pasal HB. Mana taknya memanjang setiap bulan HB rendah.. Masa awal-awal je HB cun melecun sampai nurse terkejut.. Wooowww HB awak tinggi 12.2 pastu makin lama makin turun sampai paling parah 9.8.. Ko tak gila bila jadi angka 9 tu.. Haiiiyookkk.. Segala mak nenek zila dah makan nak cantikkan HB. Makan kerang makan bayam makan jambu batu.. Pun sama gak , HB dalam range 10.5-10.9 je..

So sehari sebelum pergi checkup, petang tu zila kua g alamanda bawa irfan nak beli jambu batu.. Sarat pun sarat la. Nak buat camna husband kerja jauh kan. Sumbat irfan dalam troli kat aeon big tu.. Bagi dia gula-gula senyap ler budak tu. So dapat la 2 biji jambu batu yang besar. Tamak ko.. Hamekk yang besar je.

Thursday, August 1, 2013

Resepi biskut coklat yang menawan

Hari itu zila ada buat biskut coklat kan. Entry SINI. Memang sangat sedap.. Wah puji sendiri.. Pastu ada yang request resepi biskut coklat. Memandangkan masih ada masa lagi.. So apa kata korang buat pada yang rajin ;)

Bahan-bahannya


  1. 8 oz tepung kek (tepung naik sendiri)
  2. 5 oz tepung gandum
  3. 8 oz gula (guna gula icing ye)
  4. Sprinkles sebagai hiasan
  5. Marjerin secukupnya
  6. Koko secukupnya


Cara


  • Bahan-bahan semua tu sila ayak. Rajin-rajinkan diri tu untuk mengayak ye kawan-kawan
  • Masukkan ikut step.. 1,2,3 pastu masukkan marjerin dan koko.. Jangan terlampu lembik ye
  • Kalu warna kurang tambah koko.. Kalu lembik tambah tepung gandum
  • Kalu nak sedap menjilat jari guna butter. Sangat sedap. Butter kan mahal opkos la sedap

Ok selamat mencuba ye