Pages

Wednesday, May 28, 2014

Blog preloved dari kakjila

Kakjila nak habaq sikit ni.. Kakjila da barang nak let it goooo.. macam frozen lak.. So usha-usha la. Kebanyakkan item semua elok lagi. Kakjila tak jual barang buruk-buruk ini. Kakjila jual semua tiptop. Sebelum ini pun kakjila da jual barang preloved. Tapi blog dah tutup, so open balik untuk jual ..hohohohoooo... takmo citer panjang lebar.. Klik la link kat bawah ni kalau free.. yehaaaaa ;)


 preloved

Tuesday, May 27, 2014

Review: Mosquito patch for baby



Sejak ada anak memang kakjila kena dan wajib amek tahu semua benda. hahahahahaaa. Kalau anak kena gigit nyamuk pun kakjila risau.. Yelah kena gigit nyamuk kan gatal. Kita yang kena gigit nyamuk pun dok garu-garu ini kan budak kan. Kalau kat rumah kalau muhammad kena gigit nyamuk, cepat-cepat secara da flash amek minyak gamat then sapu kan kat tempat gigitan tu. Alhamdulillah memang cepat hilang. Seres kakjila tak tipu. Sesiapa yang ada anak, try la. Ubat gamat tu memang mujarab weiii!!!

Selain ubat gamat kakjila guna mosquito patch je. Kalau bawa jenjalan kat depan rumah kakjila tepek kan je benda alah ni kat badan muhammad. Alhamdulillah memang mujarab. Anak kakjila pun nyamuk tak berani dekat sebab bau dia. Bau dia macam bau serai wangi tu. hikhikhikhikkkk... Meh kakjila share barang yang kakjila guna untuk anak kakjila. Ada 2 produk yang kakjila guna.. Jommm zassssss...


Salah satunya produk atas ni ha. OFF! Lotion.. Kakjila guna lotion ni ha. Kalau terlebih rajin kakjila lumur muhammad guna ini je. Sapu kat lengan , belakang telinga dan kaki. Pastu settle. Nyamuk suka attack muhammad kat area telinga. Jahat ko nyamuk. Sian anak kakjila telinga asyik merah je. So bila pakai ni, memang nyamuk tak berani nak attack!!! Nyahhhh!! ko nyamuk. Bila dah sapu kat anak, secara automatiknya kakjila pun pakai la kan. Budget budak. Sapu kat lengan je sudahhh.. Pastu wangi tau lotion ni.. Harga kakjila tak ingat la yang kakjila ingat kakjila beli kat Guardian je

Lagi satu produk yang kakjila guna ni ha. Anti Mosquito Patch. Kalau kakjila malas nak lumur ngan lotion, kakjila tepek kan je ngan benda alah ni ha. Bau dia memang kuat tapi takde la menusuk-nusuk.. Bau macam serai wangi tu. Berani la nyamuk dekat.. So far benda ni pun sangat bagus. Ni pun kakjila beli kat Guardian. Kalau bawa pusing-pusing depan umah dan balik kampung kakjila suka tepek kan dengan anti mosquito ni. Kadang kat dalam rumah pun kakjila tepek kan . Taknak bagi anak kena  ketik dengan nyamuk.. Bentuk dia bulat je kaler biru.. Jenis kain. Masa balik penang kakjila terlupa bawa patch ni ha. Pastu kat guardian penang takde lak brand ni ha. So kakjila pakai la brand lain. Ntah apa la nama dia. Patch tu kemain cantik. Harap je cantik tapi tak melekat sangat.. Tak bagus la. Tapi Anti Mosquito Patch ni sangat bagus. Sebab gam dia sangat kuat. Even kakjila basuh baju pun patch tu tak tertanggal. Hahahaha.. Kakjila lupa nak cabut so masuk mesin basuh.. Still elok lagi..  



Ni model yang menggunakan anti mosquito patch. Pemakai yang tegar sebab mama dia takut anak dia kegatalan kalau dah kena ketik ngan nyamok. Pesen lak suka mengaru.. Wajib la kakjila guna benda ni.. Very recommended wei untuk anak kecik!!! 

Kakjila suh ayah muhammad tepek kan kat baju anak dia. Sekali ni la hasil dia. Ayah dia kata nak muhammad jadi ironman. Sebab tu dia p lekatkan kat tengah-tengah. Sabar je la wahai suami. hahhahahaha


Review : Kelambu moden kakjila


Sila tatap renungan anak kakjila ni ha. Kening ternaik ko macam kak ziana zain. Camni la pesen anak kakjila kalau dia pandang orang yang dia tak berapa kenal. Pandang macam nak telan orang je kakjila tengok.. Nak tau dia pandang sapa??? Time ni teorang balik kampung mak kakjila. So ni pandang dia untuk oyang laki dia. Tapi kalau oyang pompuan cam ok je. Siap boleh baring-baring together. Tapi bila ngan oyang laki dia mesti buat muka camni. Pastu kalau duduk dalam walker, muhammad pergi kat oyang laki dia then usha. Pastu slow-slow dia reverse ke belakang. Hahahahaa.. Kalau tengok memang kelakar. Ko dah pandang oyang ko pandangan yang poyo pastu blah secara slow-slow. Oyang laki pun pandang macam takde perasaan.. Oyang laki masa ini takde mood la muhammad. Hahahahahahaaa

Baju siap berlipat.Semua ini kerja mummy dia. Gengster kampung dusun ngan tenungan yang poyo.. Muhammad kat kampung tak reti duduk diam. Pastu kawasan umah oyang kan luas. Abis suma tempat dia terokai dengan walker dia tu. Memang kakjila bawa walker dan buaian untuk si kecik ini. Senang takyah nyusahkan orang. Semua sumbat dalam kereta,  macam nak pindah rumah je. Dengan mainan semua kakjila bawah. Bukan takat mainan, toto bantal kelambu bagai. kihkihkihkih... Kelambu besar ok. Bukan kelambu baby tu. Sebab kat kampung nyamuk dia bukan main besar gabak lagi. So wajib la bawa kelambu kan.. Nak tengok kelambu moden kakjila yang ku beli di kelantan jauh nun di sana.. Ritu kakjila nampak dah ada jual kat GM Klang. So sapa-sapa nak pergi la GM Klang. Sangat bagus oiiiii!!!!

Contoh dia macam kat bawah ini. Kakjila google je. Sebab kakjila tak snap pun kelambu kakjila ni. Tapi sebijik sebijon camni ha.... Kaler biru. Besar ok. Muat la masukkan tilam and toto.. Keselesaan itu penting dan yang pasti tak kena gigit nyamuk!!!! Balik kampung kat terengganu pun kakjila bawa.. Balik penang ritu pun bawa. Sebab teorang dah tak tido atas katil,bagi mengelakkan kejadian jatuh dari katil. Bukan kami laki bini tapi si kecik. Sebelum jatuh baik tido bawah!!!!





Besar dia camni kalau dah lipat.. So boleh la selit-selit kat dalam bonet kereta. (*-^)v

Sunday, May 18, 2014

Kakjila pun nak ber instax

Kenapa kakjila lorat nak tau pasal instax lak. Orang dah lama ber instax tapi kakjila ketinggalan lak. Oh bukannnn.. Kakjila tak ketinggalan tapi kakjila tak kesempatan nak beli instax ini. Dulu masa wedding kakjila. Kakjila guna khidmat sedara kakjila. Kakjila suh dia amek picture guna instax ni. Bape kotak film kakjila tak ingat.. 3 - 4 kotak. Tapi pic kat kakjila ada bape keping je.wakakkakakakakaa... Bagi kawan-kawan n sedara sepapat simpan

So sekarang kakjila tengah semangat buat survey coz kakjila nak beli. Kakjila macam malas macam tak larat nak bawa dslr kakjila tu. Sapa nak beli dslr nikon D90 kakjila. Sejak kawin kakjila dah tinggal si debob kakjila tu. Sian dia mesti dia majok. Si debob kakjila tu adik kakjila selalu guna. Pastu kemain malas nak charge. Kakjila hangin bila time kakjila guna takde bateri. Ohh kakjila leh jadi hangin dan akan bertukar menjadi hulk.. 

So sini kakjila tepek kan specification setiap model. So sekarang tengah pikir nak amek instax 25 or instax 8
Nak tau spec setiap model ini mata korang turun ke bawah n jari scroll mouse ke bawah.. huhu

Nanti dah ada seketoi benda alah ini boleh la kakjila deco deco.. Contoh dia macam bawah ini.. Nampak sweet je kannn


Benda ini boleh di implement kan.. hahahahha.. Kakjila suka inspiration camni.. Jangan muhammad and irfan dok tarik-tarik gambar ni. Mau kakjila jadi hulk!!!!





info here

 INSTAX 25


Technical Specs

  • Medium: Fuji Instant Mini Film
  • Picture size: 62mm x 46mm
  • Lens: Fixed, 60mm
  • Viewfinder: Real image finder, 0.37x, with target spot
  • Focus: 50cm to infinity; 35mm to 50cm with close-up lens
  • Aperture: f/12.7
  • Shutter Speed: 1/3 – 1/400 sec2 shutter release buttons (vertical shooting / horizontal shooting)
  • Exposure control: Exposure control Automatic, Interlocking range (ISO800): LV5.0* – LV15.5, Exposure compensation (Lighten-Darken Control): ±2/3EV *When Fill-in Flash Mode are used
  • Flash: Built in, Automatic Intelligent flash 0.2 – 5sec.
  • Self-shot: Self-shot mirror
  • LCD: Exposure counter (number of unexposed films), Landscape Mode, Lighten-darken control, Fill-in Flash Mode
  • Power Supply: Two CR2/ DL CR2 lithium batteries
  • Capacity: 30 film packs (Based on Fujifilm’s test conditions)
  • Dimensions: 112.0mm x 121.0mm x 50.5mm
  • Weight: 275g
INSTAX 8



Techical Specs

  • Instant Film : Fujifilm Instant Color Film “instax mini”
  • Picture size : 62 x 46mm
  • Shooting range / Focusing range : 0.6m – ∞
  • Shutter : Shutter speed: 1/60 sec.
  • Exposure control : Manual switching system (LED indicator in exposure meter)
  • Flash : Constant firing flash (automatic light adjustment)
    Recycle time: 0.2 sec. to 6 sec. (when using new batteries), Effective flash range: 0.6m – 2.7 m
  • Power Supply : Two LR6/AA-size 1.5V alkaline batteries
    Capacity: 10 film packs (based on our company research)
  • Others : Exposure counter (number of unexposed films), film pack confirmation window
  • Dimensions & Weight :116mm x 118.3mm x 68.2mm / 307g (without batteries, strap and film pack)
- See more at: http://www.analoguekaki.com/wordpress/products-page/categories/fuji-instax-camera/fuji-instax-8/fuji-instax-mini-8-white-3/#sthash.tR6AMm6Y.dpuf