Pages

Tuesday, April 23, 2013

AMALAN-AMALAN SEMASA MENGANDUNG DAN SETELAH MELAHIRKAN

• Sewaktu mengandung, kedua-dua ibu bapa mestilah sentiasa mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. 
• Sewaktu bayi masih dalam kandungan ibu bapa hendaklah meningkatkan amal ibadah khususnya berpuasa sunat, membaca al-Quran terutama surah-surah Yusuf, Maryam, Toha, Luqman dan surah-surah pilihan yang lain. 
• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
• Setelah anak dilahirkan, bersegeralah diazankan serta iqamat tanpa bertangguh sebelum bayi itu mendengar perkataan-perkataan lain.
• Bukakanlah mulut bayi dengan air zam-zam yang sangat berkat itu.
• Biarkan anak itu dipangku oleh orang-orang soleh dan terus didoakan. Itulah sebabnya ibu bapa mesti terlebih dahulu menjadi soleh sebelum mendapat anak yang soleh.
• Hendaklah diperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sebanyak mungkin semasa bayi itu masih lagi baru dilahirkan. Cubalah ajar bayi itu menyebut “Haq” (salah satu nama Allah ialah al-Haq). Ramai yang mencuba, mendapati bayi yang tidak mengerti apa-apa itu dapat menyebut kalimah “Haq”. Sungguh ajaib (hendaklah dilakukan oleh orang yang soleh).
• Ibu yang menyusu anak itu hendaklah mengelakkan makanan dari sumber yang haram dan syubahat.
• Anak-anak hendaklah membesar dalam suasana yang diwarnai Islam, serta jangan membiarkan anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang tidak baik akhlaknya

Monday, April 15, 2013

sesi scan perut

\

Citer dah lama pun.. tapi baru arini rajin nak mengupdatekannya punnn.. Direct terus citer. Ni hasil scan dalam perut zila tempoh hari.. Apa yang korang nampak sebenarnya.. Pada dasarnya memang zila tak paham and paling ketara tak nampak masa doktor scan.. hahhaha. So doktor kata baby tengah meniarap. Apakah baby ni buat sampai meniarap bagai kan.. Macam telungkup la kan.. Doktor tunjuk kepala baby dengan tulang belakang dia.. Pastu tetiba doktor macam nampak jantina dia. Tapi samar-samar.. Doktor bagitau jantina apa.. Tapi nak cnfirmkan tunggu lagi bape bulan. Masa scan ni dalam 4 bulan lebih gitu.

Masa scan doktor pun kata uri zila ni dekat ngan pintu rahim tapi dalam peringkat pertama. coz dekat belum tutup pintu rahim. Katanya.. tetiba rasa cuak lak bila dia cakap cmtu.. Doktor bagitau kalu ok boleh bersalin normal kalu tidak siap sedia perut kena kerat.. Oh man...!!! Balik tu terus laju-laju google pasal uri rendah ni..Doakan yang baik untuk kami ;)

Awal bulan 5 nak scan baby kat klinik swasta.. incik Amir kita teruja nak buat 4D.. Aritu habaq dia wat dek je.. Pastu bila kawan dia citer cmni camtu.. Dia lak yang over excited ko...!!!

Monday, April 8, 2013

Perbezaan antara botol PP or PES

Sekarang ni zila dalam proses mengenal botol susu untuk baby.. Kena amek berat gak pasal botol baby ni. Dulu apa pun tak tau.. Tengah usha usha botol de lak jenis jenis dia. PP la PES la.. Pe menatang ni kan. So memandangkan petang-petang camni tersangatlah free so google la pasal PP and PES. Pada sapa yang first pregnant mesti tak tau dan ada yang tahu. Macam zila opkos la tak tau kan. So jom kita share ilmu yang kita grab arini.. ;)

Firstly kena tau apa itu PC, PP dengan PES.. kang orang dok bercerita angpa sedap mengangguk-angguk. budjet tau padahal buat-buat tak tau..

POLYCARBONATE(PC), POLYETHER SULPHONE (PES) dan PLOPROPYLENE (PP)

Ok lepas ni kalu kawan-kawan berciter pasal botol korang boleh la guna.. oo aku guna botol jenis PP.. apa tu PP.. haishh camtu pun tak tau.. PP means plopropylene. Jawab dengan bangga nya.. wakakkakaka

Tuesday, April 2, 2013

Midnite

Saje mengedik nak menekan malam malam buta ni.nak update tapi gambar takde lak kan..sekarang ni tengah melayan perasaan bergolek golek atas katil sebabnya perut sangatlah tak selesa.ntah kenapa ler.

Pagi tadi checkup..pastu terkejut sendiri sebabnya berat badan naik 1.3kg secara tidak diduga.kononnya la.padahal ko dah tibai makan bbq ngan steamboat weekend aritu..pastu bekpes nak nasi je.bersenduk senduk.rasa nak senduk je kepala sendiri sebab nafsu macam naga je.hhhahahah..

Takpa ada lagi sebulan untuk checkup yang akan datang.hope takde la naik sangat..zla please la kawal makan.sapa sapa pakar pemakanan meh la nasihatkan diri ni.mana yang perlu mana yang tak.hihihiii...

Ok la nak usap usap perut kasi angin keluar.sangat tak selesa kalu angin berlegar legar kat dalam perut ni.

Ok nunite semua....

Monday, April 1, 2013

Tepung cina ke tepung cubit-cubit

Citer dah basi baru nak update. Almaklum kepala tengah memusing musing. Hari-ari sakit kepala berdenyut-denyut. Baby dera mommy dia kot.. Korang pernah dengar pasal tepung cina??? tepung cubit-cubit ni zila yang panggil.ahahahaa Spesis masakan dari cina la ni.. Agaknya la kot. Zila main tibai je ni. Dulu masa dok melaka ada jiran yang ajar kat mak. Dia mualaf la. cina convert islam. Sedap gak masakan dia.. Simple dan senang. Kalu dah malas sangat nak masak, zila buat ni je.. Senang kan. Bahan pun tak banyak. Kalu korang pergi makan kat kopitiam ke selalu ada benda alah ni. Kat food court pun ada. Ipoh horr fun ke pe ntah nama dia. Meh te tengok camna nak buat masakan ni.. Sangat simple ok.. Budak sekolah rendah pun dah boleh buat. Kalau parents bagi masak la kan.. 

Bahan

  1. Tepung gandum
  2. Ikan bilis
  3. Cili padi
  4. Kicap
  5. Sayur bayam
  6. Limau


Ni je bahan-bahan yang digunakan.Jommmmmm te tengok gambar lak yek :)

Firstly korang uli tepung macam nak buat biskut tu.. Ikut sukatan sendiri la. Jangan keras sangat jangan lembik sangat. Yang sedang-sedang saje..Wah dah macam lirik dangdut lak..Motif dia senang nak main tarik-tarik nanti.. Contoh seperti dibawah ni ha.. Memandangkan masa buat ni kepala tengah ting tong. So uli ikut sedap la