Pages

Thursday, August 21, 2014

Carrier : ErgoBaby

Jom layan video anak sasa kakjila.. Dia manyak syiokkk duk dalam carrier ni. Banyak-banyak carrier kakjila beli yang ni jugak dia leh duduk diam. Maybe dia selesa kot. Kemain demand ko. Nak yang mahal lak. Demi anak ku beli jua.. ahahahahahaa..  Carrier sebelum ni, kalau kakjila nak makan mesti kena tunggu turn.. Gilir-gilir makan dengan family. Pastu baru kakjila boleh makan...

Rasa berbaloi beli yang ni sebabnya kakjila boleh makan bersama family tercinta.. wakakakaka... tak payah tunggu turn bagai.. Pastu dia pun boleh tido dalam carrier tu. Kemain nyenyak.. Kadang dia dah tido dalam kereta ,pastu angkut sumbat dalam carrier. Dia sambung tido lagi.. So kakjila rasa berbaloi la beli.. Sebabnya dia taksuka duduk lama-lama dalam stroller. Kalau dalam carrier kemain sonok.. 




Haaa sekarang macam-macam design ada. Boleh rambang mata kalau tengok. Baru-baru ni keluar lagi design baru.. Kemain cantik.. Tapi takkan nak beli yang lain lak. Mau kena hempok!!!!


Ha nampakkkkk.. anak sasa kakjila tido kakjila still boleh makan dengan selesa dan dia pun tido kemain nyenyak.. Kalau guna yang lama.. kakjila nak makan dan tu dia bangun.. alahai anak....


Picture bawah ni kakjila tengah mengemas rumah tapi kemain lorat berpaut kat kaki kakjila. Pastu dia pegang je.. Nak jalan pun susah. Lama lama kakjila pun susah nak buat kerja then decided sumbat dia dalam carrier ni ha.. Diam pun ko nak. Senang mama nak mengemas rumah. Dia pun sibuk nak tengok apa orang buat..


So carrier ni sangat recommended ok.. Biarlah mahal janji anak kita selesa dan tak mengalami apa tu disc apa ntah disket ke apa ntah. Kakjila lupa pastu kakjila malas nak google. hahahahhaa...




Ada buku manual camna nak gunakan carrier ni ha.. 



Bawah ni cara cara yang kita boleh gayakan dengan menggunakan carrier ni. Gayakan tak boleh blah...ahahhaha






Tuesday, August 19, 2014

Tutorial Shawl


Tutorial pakai shawl kurang daripada 3 minit..

Buat tutorial ni masa kat dalam opis. Sempoi je kan.. Ada kakjila kesah. kuikuikui... Aritu da member tanya.. Akk camna pakai.. Nampak sempoi je. Memang sempoi pun. Sebab tak sampai 3 minit dah siap

1. Guna shawl..Wide shawl lagi bagus. Leh cover belakang. Tapi yang ni kakjila guna shawl biasa je. So belakang cam pendek sikit. Memandangkan dalam ofis kakjila sarung jaket, so boleh cover la belakang tu.. Better wide shawl untuk cover belakang

2.Sebelah panjang sebelah pendek. Tang pendek tu korang pin kan ye

3. Part yang panjang tu korang lilit sampai tengah je..Then pinkan.. So lebihan jurai-jurai tu korang susun bagi nampak cam bertingkek-tingkek.. Then pin kan

4. Taaadddaaaa... Siap.. 

Adjustkan ikut kelabuhan masing masing ya... XOXO

My SASA son

Anak kakjila ni super gediks tau.. Stroller dia kemain melompat lompat seperti cacing kepanasan. Nak keluar dari stroller dia. Time dia tido je dia senyap dalam stroller dia. Sama la dengan car seat. Tapi yang paling superbb gediks bila guna harta orang. Kemain senyap lak kan. Duduk dalam car seat iman kemain baik je.. Takde lak nak melantun keluar. Gambar bawah ni la guna stroller paksu dia.Stroller ni dah bertahun. Ada kat 5 tahun. Bunyi pun dah krik krik krik... Setakat nak pusing pusing padang no hal la. Kakjila da plan nk beli stroller pattern camni ha.. Lipat macam payung. Jimat ruang kalau nak sumbat dalam kereta.Stroller sebelum ni ...usha bawah..

Ha macamni ha stroller muhammad yang kakjila beli..  Boleh pakai sampai besar gabak. Tapi kan makan space la kalau masuk dalam bonet kereta. So plan nak beli jenis lipat-lipat ni.. Tengok la camna. Sebab muhammad jenis bukan suka duk dalam stroller. Dia suka duk dalam carrier ergo yang kakjila beli. Bab carrier baby pun satu hal. Da 2 carrier baby yang dia xmo duduk langsung dalam tu. Kalau lama-lama meronta ronta nak keluar.. Sabar la wahai anak.. Last-last Kakjila beli ergo punya. Kemain demand ko eh muhammad...


Pic bawah ni stroller yang kakjila beli masa dia dalam pantang. Car seat tu sempit.. Anak kakjila kan sasa. Dia duduk dalam tu cam ngam ngam.. So kakjila letgo.. Mujur ada orang beli. So duit tu kakjila beli stroller yang atas tu.. Tu pun kejap je dia nak duduk. Takpa stroller tu nanti kakjila lempau kan adik dia lak. ahakssss

Kemain sopan duduk diam diam dalam stroller paksu.. Pusing pusing taman di petang hari.. Jom layan gambar anak kakjila yang sasa ni





Semperit



Tak perlu taip apa-apa..  Just tengok gambaq je.. hahahhaa. Biskut febret mak dan nenek.. Bila makan cair di dalam mulut.. Semperit diberi nama.. ahaksss



Monday, August 18, 2014

Biskut suji febret kakjila

hari raya

Ni lah bibik kakjila.. didatangkan khas dari presint 17.. eh betul ke presint 17.. Tibai la labu.. Bagus bibik kakjila ni.. suh tenyeh dia tenyeh suh uli oh dia tak uli. hakhakhakkk

Biskut febret kakjila. So memang setiap tahun wajib kakjila buat.. Nak jugak buat.. Sedap ok. Anak kakjila pun suka. Oh anak kakjila memang kakjila bagi sikit. Buat dia rasa. Biskut yang kakjila buat je kakjila bagi dia rasa. Biskut lain non bagi.. Bagi buat dia rasa-rasa je.  Lantaq la apa orang nak cakap kan..kahkahkah....


So moh la layan gambar biskut suji kakjila.. Comelkan.. Sebab adik kakjila yang membulat bulatkan benda alah ni. Sebab masa ni kakjila gigih buat biskut lidah kucing tu.. Lenguh tengkuk kakjila layankan biskut lidah kucing tu..  Tahun ni buat biskut raya kemain meriah.. Tapi makannya tak. Sikit je.. Sapa nak meh datang rumah kakjila.. Semua biskut homemade punya ya 

raya 2014

Biskut chocolate chip chips

Jangan jemu.. Memang arini kakjila belanja biskut raya yang kakjila buat sempena raya 2014 ni.. Alhamdulillah dapatlah kakjila bagi untuk umah mak dan umah mak mertua kakjila. Walaupun cikai cikai je biskut kakjila buat ni tapi rasa puas sebab hasil tangan sendiri kan.. 


Ni ha biskut paling senang nak buat tapi senang senang pun kakjila rujuk kat buku resepi mak kakjila gak. Kang ikut resepi dalam ingatan entah jadi apa. Biskut ni memang senang je. Ingredient semua main campak campak . Sebab kakjila nak fefeeling macam chef wan.. Chef wan kalau masak main campak-campak je. Pastu tengok menyelerakan je masakan chef wan..


Masa buat biskut ni gigih kakjila siapkan sorang sorang sebab bibik kakjila kemain lambat lak sampai. Kakjila buat pepagi. So tengahari kakjila boleh bantai tido. Tapi bibik kakjila sampai lambat sebab dia dah bantai tido kat umah dia.. hahahahaha..


Takmo citer banyak.. Jom layan biskut kakjila yang nampak menyelerakan ni.. Sedap oo.. hahahhaa puji diri sendiri nampaknya.. 


chocolate chips

chocolate chips

chocolate

Biskut warna-warni


Cuba teka kakjila buat biskut apa ni..... Semua ni kakjila guna tepung instant yang dah dijual kat kedai .. Bukan kedai runcit eh. Ni kedai jual bahan-bahan kek. Kat kedai bangi yummie.. Eh betul ke eja. 

Senang je buat benda ni. Sebab semua adunan dah siap sedia.Just masukkan putih telur je. Kakjila dah lupa apa lagi nak kena tepek dalam adunan tu. So settle tonyoh tonyoh adunan. Ni la hasil dia... Kita bahagi bahagi kan sama rata.  pastu kita main kaler-kaler lak..



 Haaaaa comel tak kaler-kaler yang kakjila buat ni. Kakjila buat biskut ni sebab adik kakjila si irfan tu suka bebenau ngan biskut kaler-kaler ni ha.. So mak kakjila ni nampak lak da tepung instant kat yummie tu , so dia nak try la.. iyolah mak.. moh la kita buat bersama-sama..




Kalau dah main tenyeh-tenyeh tu kita baringkan dia camni kat dalam cawan. So takde la melimpah ruah cream tu ha.. Ehhhh ada pic terselit biskut suji. Biskut febret kakjila tu.



Nak tau biskut apa kakjila buat.....Scroll bawah.. Bawah la sangat..

*




*




*





*




*




*





*




*




*






*




*




*


TAAAADDDAAAAAA....

BISKUT LIDAH KUCING / BISKUT PELANGI

YANG NI BELUM DIBAKAR LAGI.. KIHKIHKIH... PICTURE YANG DAH BAKAR ENTAH MANA LAH KAKJILA SIMPAN.. GOOGLE JE LA YE


Rasa dia sangat sedap ok. Tapi nak buat biskut ni penuh kesabaran la.. Lenguh tengkuk kakjila ni melayankan benda alah ni ha.  Sebab irfan suka sangat dan mak yang suruh.. Ku gigihkan jua..





Biskut chocolate kakjila

Hari ni kakjila belanja gambar biskut raya je.. Malas nak citer banyak-banyak. Semua citer sebelum raya punya. Biskut ni setiap tahun kakjila akan buat ok.. Rasanya sangat sedap. Ada yang minta resepi ngan kakjila pun dorang kata ehhh biskut kakjila ni sedap la.. hakhakhak.. Resepi dari mak kakjila. Kakjila ikut resepi je.. yummyyyyy.... Warna dia pun menarik bagi kakjila la kan. JOm layan gambar biskut coklat kakjila ni.. 


Tart nenas yang sangat sedap



Seperti yang dijanjikan tahun ni mesti buat tart nenas.. Akhirny terlaksana la tart nenas ni.. Tapi bukan kakjila buat ya. Mak kakjila yang buat biskut biskut rare ni. Sebab kakjila tak reti nak buat benda alah ni. Lagi lagi inti dia tu.. Kakjila tukang tenyeh inti dia je. Hahahahhahaha.. Jom layan tart nenas mak kakjila. Sapa nak
boleh order tahun depan.. hakhakhakhakkk.....

kakjila tart nenas



Nak tahu tak satu benda.. Kakjila suka pergi beraya umah acik kakjila ni. Arwah nek su dengan atok kakjila adik beradik. Eh betul ke??? Ha camtu la. So anak arwah neksu kira makcik kakjila la. eh ye ke???? Pape la .hhahahaa.. Satu motif utama kita ziarah dia. Second kita tala biskut tart acik pidah ni. Tart nenas ni acik pidah beli ok.. Tapi Masya ALLAH sedapnya yang amattt.. Setiap tahun memang cikpidah beli kat kedai yang sama orang yang sama.. Kakjila mesti pesan ngan mak kakjila.. MAK GITAU CIKPIDAH ZILA NAK BISKUT TART NENAS YANG SEDAP TU.. hahahahhahahaha. Melampaukan.


Nak tau kedai dia kat mana.. Ha tengok picture kat bawah ni ha.. Kat Shah Alam je pun. Nanti korang free free boleh la pergi kedai dia ni.. Kalau time nak raya memang crowded bak kata cikpidah...

Ariani untuk beraya



Sudah lama tak berbicara di dalam belog sendiri.. Alasan kemalasan ... Raya pun dah nak abiskan. Tapi kakjla nak citer kisah sebelum berhari raya.. huhuhu


Haaaaaa sebelum nak raya kita bagi "duit raya" kat ariani.. Masa tu sangat untung ok. Sebab mak kakjila ada membercard.. Dah la ada diskaun pastu diskaun lagi untuk member card kan.. Nampak tak keuntungan berlipat kali ganda.. 

Taddaaaa memandangkan kakjila taksuka pada tudung sarung sarung ni. lagi lagi yang ada awning ni.. Perghh hodoh pulak muka bila ber awning bagai.. So mak kakjila la yang rembat tudung awning. Muka dia sesuai.. Anak dia non sesuai lorrr... Hanya shawl yang gitu-gitu ja yang kakjila beli.. Bajet nak jadi cam siti nurhaliza la kengkononnya.. hahahaha Suara je macam katak panggil hujan..




Ok yang bawah ni bukan kakjila punya ya. Ni mak kakjila yang punya.. Nampak kebuasan dia bershopping. Haaaammmmaaaa aaaappaaakkkk.. Abah tengok ni boleh pitam. ..(^-^)v