Pages

Thursday, September 18, 2014

Besday PakTeH

16 September 2014


Besday pakteh muhammad dan iman... Pastu memandangkan 16 September pakteh berada di U.. makanya kami meraikan budak sorang ni awal beberapa hari... Pastu kemain demand nak makan dekat TGIF Alamanda.. Phuiiii....


Kepada sesiapa yang tak tahu la kan. TGIF Alamanda 100% halal. Mean tiada arak arak bagai ni. So boleh makan tanpa was was. Tapi terpulang la pada sesiapa.. Kalau rasa was was jangan makan terus ya.. kihkihkihkih....


Pakteh Muhammad dan iman sekarang dah sambung study dekat universiti kakjila menuntut ilmu dulu.. Mana lagi kalau bukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.. Area Parit Raja.. Sebelum sampai Batu Pahat.. hohohohoooo...


Kakjila malas nak menaip. So kakjila hidangkan gambar-gambar lantakan di TGIF Alamanda..






















Wednesday, September 17, 2014

Birthday Muhammad

Hari tu kakjila ada buat besday untuk si kecik ni.. Tapi takde la grand grand sambut kat hotel ke kat kfc ke mcd ke.. kihkihkih.. Just di rumah sekali dengan buat kenduri sikit coz pakteh muhammad dapat sambung study


Tapi kakjila buat awal sehari.. 30 August 2014.. Muhammad lahir 31 August.. Dan yang paling bestnya hari tu dia dok bantai merengek dan bantai tido.. hahahahaha... So picture dia tak banyak.. Potong kek pun takde. Sebab dia bantai tido sampai tak ingat dunia. So far kek yang kakjila order sedap.. Sampaikan orang tanya kek ada lagi tak.. huhu.. Tak dapek kakjila nak tolong sebab kakjila pun tak dapat merasa kek anak sendiri..


So keesokannya kakjila belikan sebijik kek untuk Muhammad.. So ada la pic kami anak beranak.. Tapi kakjila tepek picture muhammad sorang diri melayan kek besday dia tu..


Kakjila bagi can mali can dia dok men tenyeh tenyeh kek tu. Bestnya si muhammad ni goli benda lembik lembik ni. Padahal kek tu takde la lembik sangat. So dia men lenyek gitu gitu je. Kalau bagi Iman ni mau lunyai lumai kek tu kan..


So layan  je la picture muhammad dengan lenyekan dia ke atas kek besday dia..











Thursday, August 21, 2014

Carrier : ErgoBaby

Jom layan video anak sasa kakjila.. Dia manyak syiokkk duk dalam carrier ni. Banyak-banyak carrier kakjila beli yang ni jugak dia leh duduk diam. Maybe dia selesa kot. Kemain demand ko. Nak yang mahal lak. Demi anak ku beli jua.. ahahahahahaa..  Carrier sebelum ni, kalau kakjila nak makan mesti kena tunggu turn.. Gilir-gilir makan dengan family. Pastu baru kakjila boleh makan...

Rasa berbaloi beli yang ni sebabnya kakjila boleh makan bersama family tercinta.. wakakakaka... tak payah tunggu turn bagai.. Pastu dia pun boleh tido dalam carrier tu. Kemain nyenyak.. Kadang dia dah tido dalam kereta ,pastu angkut sumbat dalam carrier. Dia sambung tido lagi.. So kakjila rasa berbaloi la beli.. Sebabnya dia taksuka duduk lama-lama dalam stroller. Kalau dalam carrier kemain sonok.. 




Haaa sekarang macam-macam design ada. Boleh rambang mata kalau tengok. Baru-baru ni keluar lagi design baru.. Kemain cantik.. Tapi takkan nak beli yang lain lak. Mau kena hempok!!!!


Ha nampakkkkk.. anak sasa kakjila tido kakjila still boleh makan dengan selesa dan dia pun tido kemain nyenyak.. Kalau guna yang lama.. kakjila nak makan dan tu dia bangun.. alahai anak....


Picture bawah ni kakjila tengah mengemas rumah tapi kemain lorat berpaut kat kaki kakjila. Pastu dia pegang je.. Nak jalan pun susah. Lama lama kakjila pun susah nak buat kerja then decided sumbat dia dalam carrier ni ha.. Diam pun ko nak. Senang mama nak mengemas rumah. Dia pun sibuk nak tengok apa orang buat..


So carrier ni sangat recommended ok.. Biarlah mahal janji anak kita selesa dan tak mengalami apa tu disc apa ntah disket ke apa ntah. Kakjila lupa pastu kakjila malas nak google. hahahahhaa...




Ada buku manual camna nak gunakan carrier ni ha.. 



Bawah ni cara cara yang kita boleh gayakan dengan menggunakan carrier ni. Gayakan tak boleh blah...ahahhaha






Tuesday, August 19, 2014

Tutorial Shawl


Tutorial pakai shawl kurang daripada 3 minit..

Buat tutorial ni masa kat dalam opis. Sempoi je kan.. Ada kakjila kesah. kuikuikui... Aritu da member tanya.. Akk camna pakai.. Nampak sempoi je. Memang sempoi pun. Sebab tak sampai 3 minit dah siap

1. Guna shawl..Wide shawl lagi bagus. Leh cover belakang. Tapi yang ni kakjila guna shawl biasa je. So belakang cam pendek sikit. Memandangkan dalam ofis kakjila sarung jaket, so boleh cover la belakang tu.. Better wide shawl untuk cover belakang

2.Sebelah panjang sebelah pendek. Tang pendek tu korang pin kan ye

3. Part yang panjang tu korang lilit sampai tengah je..Then pinkan.. So lebihan jurai-jurai tu korang susun bagi nampak cam bertingkek-tingkek.. Then pin kan

4. Taaadddaaaa... Siap.. 

Adjustkan ikut kelabuhan masing masing ya... XOXO

My SASA son

Anak kakjila ni super gediks tau.. Stroller dia kemain melompat lompat seperti cacing kepanasan. Nak keluar dari stroller dia. Time dia tido je dia senyap dalam stroller dia. Sama la dengan car seat. Tapi yang paling superbb gediks bila guna harta orang. Kemain senyap lak kan. Duduk dalam car seat iman kemain baik je.. Takde lak nak melantun keluar. Gambar bawah ni la guna stroller paksu dia.Stroller ni dah bertahun. Ada kat 5 tahun. Bunyi pun dah krik krik krik... Setakat nak pusing pusing padang no hal la. Kakjila da plan nk beli stroller pattern camni ha.. Lipat macam payung. Jimat ruang kalau nak sumbat dalam kereta.Stroller sebelum ni ...usha bawah..

Ha macamni ha stroller muhammad yang kakjila beli..  Boleh pakai sampai besar gabak. Tapi kan makan space la kalau masuk dalam bonet kereta. So plan nak beli jenis lipat-lipat ni.. Tengok la camna. Sebab muhammad jenis bukan suka duk dalam stroller. Dia suka duk dalam carrier ergo yang kakjila beli. Bab carrier baby pun satu hal. Da 2 carrier baby yang dia xmo duduk langsung dalam tu. Kalau lama-lama meronta ronta nak keluar.. Sabar la wahai anak.. Last-last Kakjila beli ergo punya. Kemain demand ko eh muhammad...


Pic bawah ni stroller yang kakjila beli masa dia dalam pantang. Car seat tu sempit.. Anak kakjila kan sasa. Dia duduk dalam tu cam ngam ngam.. So kakjila letgo.. Mujur ada orang beli. So duit tu kakjila beli stroller yang atas tu.. Tu pun kejap je dia nak duduk. Takpa stroller tu nanti kakjila lempau kan adik dia lak. ahakssss

Kemain sopan duduk diam diam dalam stroller paksu.. Pusing pusing taman di petang hari.. Jom layan gambar anak kakjila yang sasa ni





Semperit



Tak perlu taip apa-apa..  Just tengok gambaq je.. hahahhaa. Biskut febret mak dan nenek.. Bila makan cair di dalam mulut.. Semperit diberi nama.. ahaksss



Monday, August 18, 2014

Biskut suji febret kakjila

hari raya

Ni lah bibik kakjila.. didatangkan khas dari presint 17.. eh betul ke presint 17.. Tibai la labu.. Bagus bibik kakjila ni.. suh tenyeh dia tenyeh suh uli oh dia tak uli. hakhakhakkk

Biskut febret kakjila. So memang setiap tahun wajib kakjila buat.. Nak jugak buat.. Sedap ok. Anak kakjila pun suka. Oh anak kakjila memang kakjila bagi sikit. Buat dia rasa. Biskut yang kakjila buat je kakjila bagi dia rasa. Biskut lain non bagi.. Bagi buat dia rasa-rasa je.  Lantaq la apa orang nak cakap kan..kahkahkah....


So moh la layan gambar biskut suji kakjila.. Comelkan.. Sebab adik kakjila yang membulat bulatkan benda alah ni. Sebab masa ni kakjila gigih buat biskut lidah kucing tu.. Lenguh tengkuk kakjila layankan biskut lidah kucing tu..  Tahun ni buat biskut raya kemain meriah.. Tapi makannya tak. Sikit je.. Sapa nak meh datang rumah kakjila.. Semua biskut homemade punya ya 

raya 2014

Biskut chocolate chip chips

Jangan jemu.. Memang arini kakjila belanja biskut raya yang kakjila buat sempena raya 2014 ni.. Alhamdulillah dapatlah kakjila bagi untuk umah mak dan umah mak mertua kakjila. Walaupun cikai cikai je biskut kakjila buat ni tapi rasa puas sebab hasil tangan sendiri kan.. 


Ni ha biskut paling senang nak buat tapi senang senang pun kakjila rujuk kat buku resepi mak kakjila gak. Kang ikut resepi dalam ingatan entah jadi apa. Biskut ni memang senang je. Ingredient semua main campak campak . Sebab kakjila nak fefeeling macam chef wan.. Chef wan kalau masak main campak-campak je. Pastu tengok menyelerakan je masakan chef wan..


Masa buat biskut ni gigih kakjila siapkan sorang sorang sebab bibik kakjila kemain lambat lak sampai. Kakjila buat pepagi. So tengahari kakjila boleh bantai tido. Tapi bibik kakjila sampai lambat sebab dia dah bantai tido kat umah dia.. hahahahaha..


Takmo citer banyak.. Jom layan biskut kakjila yang nampak menyelerakan ni.. Sedap oo.. hahahhaa puji diri sendiri nampaknya.. 


chocolate chips

chocolate chips

chocolate

Biskut warna-warni


Cuba teka kakjila buat biskut apa ni..... Semua ni kakjila guna tepung instant yang dah dijual kat kedai .. Bukan kedai runcit eh. Ni kedai jual bahan-bahan kek. Kat kedai bangi yummie.. Eh betul ke eja. 

Senang je buat benda ni. Sebab semua adunan dah siap sedia.Just masukkan putih telur je. Kakjila dah lupa apa lagi nak kena tepek dalam adunan tu. So settle tonyoh tonyoh adunan. Ni la hasil dia... Kita bahagi bahagi kan sama rata.  pastu kita main kaler-kaler lak..



 Haaaaa comel tak kaler-kaler yang kakjila buat ni. Kakjila buat biskut ni sebab adik kakjila si irfan tu suka bebenau ngan biskut kaler-kaler ni ha.. So mak kakjila ni nampak lak da tepung instant kat yummie tu , so dia nak try la.. iyolah mak.. moh la kita buat bersama-sama..




Kalau dah main tenyeh-tenyeh tu kita baringkan dia camni kat dalam cawan. So takde la melimpah ruah cream tu ha.. Ehhhh ada pic terselit biskut suji. Biskut febret kakjila tu.



Nak tau biskut apa kakjila buat.....Scroll bawah.. Bawah la sangat..

*




*




*





*




*




*





*




*




*






*




*




*


TAAAADDDAAAAAA....

BISKUT LIDAH KUCING / BISKUT PELANGI

YANG NI BELUM DIBAKAR LAGI.. KIHKIHKIH... PICTURE YANG DAH BAKAR ENTAH MANA LAH KAKJILA SIMPAN.. GOOGLE JE LA YE


Rasa dia sangat sedap ok. Tapi nak buat biskut ni penuh kesabaran la.. Lenguh tengkuk kakjila ni melayankan benda alah ni ha.  Sebab irfan suka sangat dan mak yang suruh.. Ku gigihkan jua..