Pages

Thursday, November 28, 2013

Melahirkan seorang khalifah 2

OK sambung.....hahaha

Bila dengar doktor kata jantung baby dah lemah. Jadi risau sangat-sangat..Pastu mula la nampak doktor and nurse barang segala peralatan. Macam nak operate je. Bab citer operate kan.. Doktor kata kalu laluan still tak buka makanya kena operate. Masa dalam labour room dok la berdoa taknak kena operate. Nak rasa camna rasa sakit bersalin.. Hamekk ko tak tertahan.. Hhhahahahahha.Masa dok kelam kabut tu dengar suara baby kat bilik sebelah.. dalam hati bercakap. wahhh dia dah lepas. aku belum lagi..huhu.. Tetiba dengar doktor kata puan r u ready. zila lak cam blur.. Ha ready for what?? Doktor for push..kui3. Bila saya kata push u push .. Bila dengar doktor push.. aku pun apa lagi..push separuh nyawa la. 2orang staff nurse kat atas dok tolak-tolak perut aku.Rasa macam ramai je dalam bilik tu. Masing-masing bagi sokongan padu.ahahahhaa. Aku pun tak ingat bape kali push. Baby kena vacumm sebab jantung dah lemah sangat dan dia dah berak kat dalam... 

Hello baby.. macam tak sempat-sempat awak nak memerut. Kat dalam perut mama gak ko nak melepas yek..ahhahahaa

Akhirnya baby kua dan aku terasa macam ada 1 ketoi besar kuaq kot bawah tu dan doktor letak baby atas dada aku.. berat!!!! aku just nampak baby sipi-sipi je. pastu putih.. Mula la episode sedih dalam hidup aku..

Baby keluar tak nangis. Doktor yang sambut baby kata oksigen tak cukup. So dorang dah tolak baby masuk nicu.. Ya allah tuhan je tau apa yang aku rasa..huhu..First day tak nampak muka baby. Nampak pun belah tepi je. Husband kata dia dh azan kan baby. So dia je la yang dapat tengok baby then bagitau baby putih sangat..  Sangat sedih ok coz baby takde ngan kita..huhu.. 

So admit la aku sorang-sorang kat wad tanpa anak......


Melahirkan seorang khalifah 1

Fyi.. anak zila terlebih sehari dari EDD dia. So jadilah anak merdeka yang tak merdeka. Kenapa???
Meh meh zila citer secara ekslusif.. Wahhhh ayat dah cam retis lak.

30 Ogos 2013
Patutnya tarikh ni baby dah keluar tapi baby macam syiokkk dok dalam perut kan. Masa ni zila boleh lagi drive pergi kedai la pergi situ la.. Mampus dan masih bertenaga untuk menekan pedal minyak. Gigih tol, almaklumla husband dok kerja kat penang. Makanya sang isteri berdikari la. Small the pieces..Hahahaa Semua benda sendiri. Tetiba teringin nak makan sesuatu, sendiri gak cari. Kalau tunggu suami cam lambat je. Masa pregnant suma benda nak cepat..hahahaha .. Pastu zila boleh teman kak long pergi dengkil beli tilam untuk anak dia. Opkos la kak long yang kena drive sebabnya dia dah abis pantang kan..

So malamnya lak dah terasa sakit sikit-sikit. Pinggang macam kena patah-patah je. Pastu perut asyik ler cramp. Memula cramp selang 30min. OK rilex lagi.. Takmo pergi awal-awal kang kena reject ngan hospital lak..ahhahaa padahal cuak. Pastu sikit-sikit terasa nak memerut. Mak lak risau. Eh ko ni nak bersalin dah ke.. hahahah .. Still buat cool lagi. Pastu cramp mula rasa selang 15min.. OK wat cool lagi. So tido takmo rasa sakit sangatkan. Tapi tido pun dah tak selesa..Tengok orang sebelah sedap lak dia tido. Aissshhhhhh!!!! Ke kiri tak selesa ke kanan tak selesa. Lama-lama terlelap sendiri. Tersedar dalam kul 4lebih pastu cakap ngan husband sakit la perut. Then dia ajak pergi hospital. So dengan gigihnya pergi kejutkan mak. Mak jom pergi hospital perut sakit la.. Siap-siap and zasssss pergi hospital

Tanda-tanda bersalin

Meh share ilmu sikit .. Ini apa yang zila rasa sebelum nak bersalin

1. Kerap membuang air kencing

Ni betul. Kalau kat opis asyik ler muka zila yang dok keluar masuk opis. Padahal dah pergi toilet , nanti tak sampai 5 minit pergi lagi..adoiii. Masa nak dekat-dekat edd lagi la kerap buang air kencing. Rasa nak berkampung je kat dalam toilet..hahahahhaa

2. Sakit belakang bahagian bawah

Ohhhh ni memang rasa sakit.. Kalau turun naik tangga rasa macam nak tinggalkan perut kat dalam bilik je. Kalau boleh memang dah buat pun..hhahahhaa.. Ni sebabnya baby dah makin berat dan makin dah ke bawah.

3. Cirit - Birit

Ni mak cukup risau kalau zila kata ala nak berak lak pulakkkkk.. padahal dah beyaakkkk.. hahaha. Nanti mak kta eh kau ni biar betul. Nak berak ke nak bersalin..Opkos la berak mak oiiii sebab yang kua pun ketoi2.hahahaa.. Agak kotor disini..kui3

Melahirkan seorang khalifah


Peace yow!!!! Tetiba munculkan sekian  lama menyepi.. Busy uruskan anak.. Boleh tak terima reason camni. cam poyo..Tarak kisah.. Pic atas ni pic sehari sebelum bersalin.. Terlebih sehari.Masa tarikh edd tu zila masih boleh berjalan berpoya-poya lagi.. Boleh drive macam biasa. Macam baby takmo kua je dalam perut. Sonok la tu.. Cam comel je perut tu.. Oh merindui zaman preggy

Monday, August 19, 2013

Bayi turun ke bawah


Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (takde lak zla rasa.. ke deria rasa dah xde..ehhehehe)
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (ni memang terasa.. dah pergi toilet sat g tak smpai 5minit nak pergi lagi..kadang sampai tak larat.mujur toilet dengan opis tak jauh)
- sakit perut, memulas (setiap malam confirm terjaga sebab perut memulas2 je)
- kerap buang air besar 
(sekarang hari-hari mau membuang... sungguh lawas perut ni..)
- kerap terkentut (ni kurang pasti..setiap hari wajib kua kan gas beracun ni.. hahhahahhaa)

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.  - yang ni lom lagi.. maybe coming soon

Sakit belakang- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. - sekarang ni nak baring pun payah.. kalu tido mengiring kat sofa ke lantai ke mesti bangun tu sakit nak amat.. de tilam nak baring kat sofa..huhuhu.. kdg nak angkat badan pun xlarat weiiiii

Thursday, August 15, 2013

Susulan Suami Pukul Isteri Dalam Lift


Mesti ada diantara korang ada buka video ni.. Apa yang zila boleh ulaskan la.. Hagak-agak la nak pukul bini depan anak-anak. Bini tu ko kawin bukan untuk dipukul disepak diterajang diketuk segala bagai. Macam takde akal lak kn.. Kalau dah tak suka hantar kat mak ayah dia. Sangat geram dengan tindakan suami dia ni. Wife dia ni ada buat laporan tapi katanya polis tak terima sebab takde kecederaan yang terukk.. Aje gila apa polis ni.. Takkan kena patah riuk baru nak terima laporan dan sebab tu adik wife ni serbakan video ni. Untuk pembelaan atas akak dia. Yang ni zila tak pasti betul ke x.. Polis patut amek je la laporan even dia luka sikit-sikit pun. Sebab lelaki dia ni macam takde akal nak berfikir...!!!!

Ada sikit info yang zila dapat dari yahoo.com.my

Berhari raya dengan royal blue

Kami pakai royal blue untuk tema tahun ni.. Untuk raya pertama je. Raya kedua bebas nak pakai kaler apa.. Tahun depan raya kat penang.. Time tu anak dah setahun kot.. Sedondon kedondong la kami nanti.. Alloooo swweeeetnyyaaaaa.. Nanti pikir la nak kaler apa. Selalunya orang pompuan je lorat nak kaler sama-sama ni.. Lelaki ni jarang beria-ia..Ikut je.ahahhahahaa

Jom layan gambar.....


Ni anak abah.. Sayang sangat-sangat.. Datangkan kak ngah dia.. belasah je kalu nakal sangat..

Backdrop dan bubble talk time raya



 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 



hahahhaaa.. dah raya yang ke8 baru nak wish kan.. Janji masih dalam mood raya lagi kan..  Tahun ni zila raya kat umah mak sendiri. Kat putrajaya je.. haiiyookkkk bosan lak sebab jiran kiri kanan balik kampung.. Tahun ni raya kat bandar jeee.. Tahun depan raya umah husband lak. Penang mai .. Tahun ni ikut tema mak la.. Kaler biru ok. Royal blue eh. Eh entah la. Janji blue..kuikuikui.. Dan tahun ni aku terlebih rajin nak buat props untuk berposing.. Tapi simple-simple je la. Sebab yang buat ni tengah sarat memboyot tapi gigih nak siapkan.. Segala benda tu beli sehari sebelum raya. Pergi kedai cina je.. Confirm-confirm kedai cina tak tutupkan..Simple je.. Takde la meriah sangat.. Backdrop dengan bubble talk.. hahahahahha... Nampak tak semangat tu.. Nanti bubble talk tu leh guna untuk tahun depan. Simpan elok-elok.

Tuesday, August 13, 2013

Kontraksi Braxton Hicks

Hari ini masuk minggu ke 38..  Mula rasa dalam minggu ke 36.Perut asyik mengeras dan opkos terasa amat sakit sebab kulit tegang.. Mujur tak koyak.. ehhehhehhe...Tapi masa 36 minggu tu tak terasa sangat sakit dia.. Dia tegang gitu-gitu je. Tapi bila masuk 37 minggu lain macam lak ketegangan dia. Sampai susah nak berjalan. Orang kata kalu nak atasi BH dengan teknik penafasan.. Idok la ku tahu selama ini. Lepas ni kalu kena BH kena buat teknik penafasan dengan betul.

Dari info yang zila baca, BH ni terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Sebenarnya untuk penyediaan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.Haaaa camtu la yek..

Cara menaikkan HB ketika mengandung

halooo halooo halooo.... Sekarang ni zila dah 38 minggu. Baby lak xmo kua-kua lagi. Baby seronok dok dalam perut mama dia kot.

Semalam zila pergi checkup.. Sehari sebelum checkup mesti dok risau pasal HB. Mana taknya memanjang setiap bulan HB rendah.. Masa awal-awal je HB cun melecun sampai nurse terkejut.. Wooowww HB awak tinggi 12.2 pastu makin lama makin turun sampai paling parah 9.8.. Ko tak gila bila jadi angka 9 tu.. Haiiiyookkk.. Segala mak nenek zila dah makan nak cantikkan HB. Makan kerang makan bayam makan jambu batu.. Pun sama gak , HB dalam range 10.5-10.9 je..

So sehari sebelum pergi checkup, petang tu zila kua g alamanda bawa irfan nak beli jambu batu.. Sarat pun sarat la. Nak buat camna husband kerja jauh kan. Sumbat irfan dalam troli kat aeon big tu.. Bagi dia gula-gula senyap ler budak tu. So dapat la 2 biji jambu batu yang besar. Tamak ko.. Hamekk yang besar je.

Thursday, August 1, 2013

Resepi biskut coklat yang menawan

Hari itu zila ada buat biskut coklat kan. Entry SINI. Memang sangat sedap.. Wah puji sendiri.. Pastu ada yang request resepi biskut coklat. Memandangkan masih ada masa lagi.. So apa kata korang buat pada yang rajin ;)

Bahan-bahannya


  1. 8 oz tepung kek (tepung naik sendiri)
  2. 5 oz tepung gandum
  3. 8 oz gula (guna gula icing ye)
  4. Sprinkles sebagai hiasan
  5. Marjerin secukupnya
  6. Koko secukupnya


Cara


  • Bahan-bahan semua tu sila ayak. Rajin-rajinkan diri tu untuk mengayak ye kawan-kawan
  • Masukkan ikut step.. 1,2,3 pastu masukkan marjerin dan koko.. Jangan terlampu lembik ye
  • Kalu warna kurang tambah koko.. Kalu lembik tambah tepung gandum
  • Kalu nak sedap menjilat jari guna butter. Sangat sedap. Butter kan mahal opkos la sedap

Ok selamat mencuba ye 


Thursday, July 25, 2013

Resepi biskut MILO

Ok ada beberapa orang request resepi biskut milo kat inbox fb zila. So hari ini meh zila share resepi biskut milo ni yek....



  • 1/2 susu pekat
  •  1 1/2 gula halus 
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 5 cawan tepung sagu
  •  2 cawan planta

milo ikut suka.. kalu tengok dah uli tu nampak pucat tambah lagi milo tu. Kalau korang nak rasa biskut milo tu rasa rangkup.. krakkk kruukkk krakkk krrruuukkk ha tambah sikit tepung sagu tu yekk.. Resepi ini untuk 1 adunan.. Macam contoh gambar yang zila tunjukkan sebelum ni.. SINI..  1 adunan ni boleh dapat 3 balang tapi depends pada bentuk yang korang buat tu la yek..

Selamat mencuba... ceriakan hari raya anda dengan biskut milo.. kihkihkih...

Biskut coklat yang menjilat jari

Ok hari ni meh kita citer pasal biskut raya lagi.. Ini biskut raya yang kedua untuk mak mertua zila dan rumah mak. Buat lepas sahur, so bila biskut siap bau pun menyucuk-nyucuk la lubang hidung ni. Mula la nafsu tergugat. Tapi alhamdulillah nafsu nak makan takde.. Nak rasa kena bertahan sampai berbuka.. Lepas berbuka memang zila tibai biskut coklat ini.. Ya Allah sedapnya...hahahaha puji sendiri.. Kalu sebelum pregnant ni, biskut-biskut raya ini memang pandang sebelah mata. Time pregnant keinginan nak makan biskut raya membuak-buak. Ok jommmm layan gambar biskut coklat zila ye

Acara menguli menerap suma dah settle ye kawan- kawan. Tinggal nak bakar masuk dalam oven je.. Comel kan.. Guna manik-manik love merah.. Baru naik kaler biskut coklat ni..Bulat- bulat itu comel. Nak buat bentuk lain pun boleh.. Bentuk bintang ke love ke tapi bulat kan senang (^-^)

Monday, July 22, 2013

Biskut milo ku

Yeahhhhhh.. Keghairahan nak buat biskut raya secara pantas², akhirnya berjaya beb... Malas nak citer panjang².. So tengok sendiri la gambar² yang disharekan ni.. huhuhuhu. First biskut raya kami.. Picture bawah ni bahan-bahan dia la yek.. Guna tepung gandum, tepung sagu, gula halus, susu pekat , dan planta.. Ha nampak bahan-bahan dia sikit je .. Takde la banyak mana.. Joooommmmm layan gambar

Sunday, July 21, 2013

Yummie di Bangi

Hari ini cukup la 13 hari kita berpuasa termasuk zila. Alhamdulillah dapat 13 hari berpuasa dengan keadaan mengandung ni kan.. Walaupun kekadang tekak rasa kering je pastu dugaan paling tak leh blah.. Mata cepat sangat mengantuk.. Belum jam 10 pagi mata dah minta dilelapkan.. So cabut jap pergi surau, charge badan kejap. Bagi energy bertambah. Semoga tahun ni dapat puasa penuh.. Sebabnya kemalasan yang amat sangat nak ganti puasa..

Sabtu lepas zila, mak dan adik pergi beli bahan nak buat biskut raya.. Gigih wei awal-awal dah beli bahan kuih.. Kami gerak lambat sebabnya incik abah la. Ingatkan nak ikut. Kita ni semua punya la tunggu dia siap mandi semua. Sekali dia kuar toilet kata tak nak ikut.. Ggggrrrrrr.. Sabar je la.. So kami terus gerak ke bangi.. Sampai sana perghhh ramainya umat manusia. Zila yang memboyot² pun lorat nak menyelit² celah orang...hahahhahaha. Last²  malas la..Kang orang langgar²  i lak kan. Dah la 8 bulan. Lorat gak nak mengambil barang. Last²  jumpa kerusi then duduk diam²  jaga barang.. Sebab tak mampu nak berdiri je. Lenguh kaki..

Thursday, July 18, 2013

Risiko dan bahaya HB rendah semasa hamil

Semalam petang zila pergi check up kat KK..Petang lak tu, takpe kita layan je.. Mujur kk presint 11 tak seramai macam kat KK presint 9.. Kalau tak boleh menguji kesabaran jugak la kan.. Cam biasa la kan.. Amek nombor giliran pastu pergi check air kencing, berat badan dan hb sebelum pergi jumpa nurse.. dan cam biasa hb rendah.. Aiyoookkkk.. Apa lagi nak buat weii.. tapi kira ok la bagi zila sebabnya masa awal-awal hb rendah dalam 9 lebih.. hebakkkk kan.. huhu...hebakkk la sangat weiii.. Bila dah 3x hb rendah, nah hamekkk doktor tukarkan jenis ubat lak.. dulu dia bagi 4 serangkai tu.. macam-macam la.. Pastu tukar 1 jenis je. Yeahhh saya suka. tak payah telan banyak-banyak kan.. satu penyeksaan gak la.. Doktor bagi iberet folic.. dose yang tinggi.. Macamm gambar kat bawah ni ha..... Benda ni la yang zila telan dan akhirnya hb naik walaupun seciput alam je.. Susah bebenaouuuu ko nak sampai bacaan 11.0 wahai darah!!!!!

Penulis sebenar nukilan DAYANA...




Sejak semalam ada terbaca nukilan dayana aka isteri pertama Ashraf Muslim ni.. So zila antara salah seorang yang membaca nukilan tu DAN pagi tadi godek-godek blog.. Keluar satu entry yang menarik.. Penulis sebenar nukilan tu.. Dah pulakkkkkk.. Mati-mati ingat nukilan dayana tu. Sebab memang mendalam maksud nukilan tu.. Penulis sebenarnya ialah ANA HAWANA.. Sapa ni??? Zila pun tak kenal..ahhahaha.. Ni dapat info dari blog.. SINI

Ntah sapa la kengkawan ana hawana ni yang pergi copy paste nukilan tu.. pastu kan kalu korang perasan last nukilan tu ada nama dayana.. Tapi yang zila baca tu takde tertera nama dayana.. Saje je la tu orang yang copy paste.. Dah jadi satu isu.. Tak pasal-pasal dayana lak yang kena. Mesti orang kata dia yang buat.. Member dah terpinga-pinga kan.. Ni antara salah satu zila copy dari blog tu. Takmo cerita panjang-panjang.. Korang klik je kat link tu.. Baca sendiri... ;)



Wednesday, July 17, 2013

Keperluan baby dan link untuk checklist baby


OK update lagi seperti yang dijanjikan.. Sebab baru jumpa gambar. Gambar atas ni hak milik mutlak kak long. So ni barang-barang untuk anak dia lepas diagih-agihkan.. Siap periuk ko.. Untuk apa periuk kecik tu. Mak kata untuk tanam uri anak. So kak long dah selamat guna periuk tu untuk tanam uri anak dia dan opkos semua kerja-kerja menanam uri ni kerja si suami kan.. Hope masa zil bersalin suami ada.. Boleh azan kan dan tanam uri anak dia sendiri.. Almaklum hidup pjj lagi.. huhuhuhuhuh

DIY Fabric covered bins

Kerajinan untuk baby sendiri. Walaupun penat tapi buat jugak.. Semua demi anak sendiri.. Ramai kata beli je dah siap. Tak payah nak susah-susah balut sendiri.. Memandangkan point utama... Jimat selagi boleh jimat.. hahahahahha.. So buat sendiri dan sangat puas hati dengan hasil sendiri walaupun comot selekeh dan seanteroooo dengannya

Bahan yang kena ada

1- Bakul
2- Span nipis
3- Kain
4- Gam tembak..
5- Gunting

First balut bakul dengan span nipis ni ha.. Macam gambar kat bawah ni ha..Span nipis masa ni beli 4 je.. Sebab tak reti nak agak.. So hasil dia macam kat bawah ni la..Ala lagipun nanti kena balut dengan kain.. So abaikan kawasan mana yang tak cukup span tu.. Bawah bakul pun zila lekatkan span nipis tu.. Lekat kan pakai gam tembak je.. Bahan-bahan yang ada jangan dibazirkan ye.. JImat jimat jimat!!!!!

Persediaan sebelum bersalin


Haaaaaaaa nampak tak longgokan yang melambak-lambak ni.. Semuanya untuk baby bukan untuk diri sendiri.. Semua ni bukan untuk baby zila je tapi untuk baby kak long gak.. Barang-barang ni beli sebelum kak long bersalin.. 3 hari sebelum kak long kena operate.. Memandangkan kak long kena tahan wad disebabkan uri kat bawah so kami lah yang kena beli kan... . Lupa nak bagitau, kak long kena tahan wad since kandungan dia masuk 8 bulan.. So ada kat sebulan lebih dia kena tahan wad. Takut pendarahan dan doktor suruh dia rehat.. Kesian ko long...

Ashraf Muslim makin popular

Ashraf-Muslim

Sejak dua menjak ni si ashraf muslim ni muncul. Lepas dia kawin macam tak banyak citer pasal dia ni kan.. Pastu timbul gara-gara dia pergi mahkamah pasal poligami. Reason kata takde anak lagi dengan isteri. Ada orang dah kawin berbelas tahun still tak dapat anak.. Rilex je takde kawin lain.. Jangan la bagi reason camni.. Semua ni kan kerja tuhan. Tapi tak tau la kalu orang yang buat cerita.. huhuhu...Bila orang kaitkan dengan dengan wan sakina dia nafikan..marah dan bla bla bla bla.. Pastu hamekkk semalam mengaku sudah berkahwin dengan thailand.. Adoiii tak boleh bersabar sikit lagi ke sampai kena pergi thailand.. Tak paham la napa kalu tak boleh nikah mesti lari pergi thailand... Kang ada anak.. Anak tengok tempat bernikah kat thailand.. kih kih kih.. apa-apa la... janji bahagia

baby oh baby


Makin aktif my lil darling ni.. Perut herot berot... Agaknya macam ni kot dia beraksi di dalam perut...hahahhahaa... Tak sabar nak jumpa baby face to face... Memang akan digomol-gomol seperti aiman ..huhuhuhu

Ada budak jepun di dalam rumah


Sapa budak tembam si mata sepet si putih gebu ni.. Ni lah anak buah saya.. Comel tak???? Anak kak long zila. Anak dia ni kua ikut 'tingkap'.. huhuhu.. Sebab uri kak long dah stage 3. Dah tutup jalan baby nak keluar. So terpaksa la baby keluar ikut tingkap kan.. Takpa la kan.. Janji dua-dua selamat. Masa dapat picture budak kecik ni.. Dalam hati bercakap " Manghhhaiiii bapak putih budak ni macam anak jepun"... Mak cakap putih macam anak jepun.. Ni ikut masa kak long baby.. Ooooo No wonder la anak dia macam anak jepun. Ikut mak dia rupanya.. Mak dia bila dah besar gabak takdenya putih cam jepun. Mata je sepet. kihkihkihhhhh....

Nama baby Muhammad Aiman tak kesah.. heheheheheh.. Lahir pada 8 Jun 2013.. Datang atok dia suh operate 060613.. Sebab angka depan cantik kan.. Memandangkan tarikh tu lom cukup bulan. So doktor nak belah 080613.. hehehehe.. 

Tuesday, July 9, 2013

Tips dan Persediaan Berpuasa Bagi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
  • Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
  • Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  • Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
  • Banyakkan bertenang.
  • Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
  • Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
  • Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Wanita hamil berpuasa

Yeahhh!!! First day berpuasa dengan perut ke depan dengan jayanya.. Hihiihiiii.. So far zila dah masuk 8 bulan.. Lagi 4 minggu nak 9 bulan.. Ayoookkkk..

Sebelum ni zila pernah try berpuasa masa pregnant ni la. Test dulu.. Nak uji ketahanan perut dan kecekalan baby dalam perut.. Alhamdulillah berjaya jugak. So harap-harap arini pun berjaya menahan dari lapar dan dahaga.. Pagi tadi sahur dengan nasi + sayur bening.. Abis makan duduk sat makan lak 3 biji kurma.. Memandangkan zla asyik batok kohong-kohong so kena la makan ubat kan.. Perghhhh tak sampai 5 minit muntah beb.. Adoi punya la dah set dalam otak jangan muntah jangan muntah.. Kalu start first sahur time preggy mesti muntah. Mujur tak banyak..

Pastu pujuk baby supaya bertahan coz mama dia dah muntah.. Siap cakap ngan baby.. Baby mama dah muntah la. macam biasa la kan. So sayang jangan minta makanan tau.. Makan apa je yang ada dalam perut mama ni.. Tapi jangan tendang kuat sangat ye. Nanti tenaga mama abis.wakakkakakka.. Bolehkan sayang.. Kalu boleh tendang sikit.. OK baby dengar kata. Dia pun tendang... Aloooohhh sweet nya ko sayang.. Tak sabar nak jumpa baby depan-depan mata.

Hope dapat bertahan... So arini zla nak share sikit info pasal wanita hamil boleh berpuasa ke tidak

Terdapat dua hukum...............

Siapakah Puteri Awani

Korang mesti dah tengok video budak pompuan ni kan.. Asalnya zla takde la nak amek port. Bila dalam group whatsapp member kata " Korang dah tengok lom video pompuan wat janji untuk bf dia yang baru kapel seminggu"... Whattttt???? kapel seminggu dah buat video???

So secara pantas pergi godek FB dengan harapan jumpa video budak ni.. Akhirnya jumpa la kan.. Tak bape clear sebab music background lagi kuat dari suara dia.. Ke zla yang mengalami kepekakan sejak pregnant ni. hahahahhaa.. Alasan takleh tima pakai.. Adik non awat la ang p wat video cenggitu.. Alahai.. Totally yang zla tengok ramai yang mengutuk video budak ni.. Dik tak sweet pun.. Baik study sampai abis. Zla pelik budak zaman sekarang macam-macam hal.. Almaklum suma benda dah canggih kan...

Tup-tup arini buka blog.. kata budak ni dah clash pulak... Alahai tak sampai sebulan dik non.. Kesian pun ada. Sebab bf seminggu dia tu macam blame dia balik.Orang banyak mengutuk budak ni.. Alooo tak semua orang prefect.. Setiap orang pernah wat kesilapan.. So dik non lepas ni takyah la buat benda ni semua.. Malu family....

Korang boleh baca statement bf seminggu dia kat sini ...MEH KLIK SINI

Statement puteri awani lak.... MEH KLIK SINI


COMING BACK

Sila pantas- pantas korang tengok last entry zila bila.. kih kih kih.... Bulan April aritu.. So dah 3 bulan tak update blog ni. Ala kalu update ada ke yang nak membaca.nge3.. Ok sekarang tengah rajin. Nanti zila update apa yang perlu.. Daaaaa........

Tuesday, April 23, 2013

AMALAN-AMALAN SEMASA MENGANDUNG DAN SETELAH MELAHIRKAN

• Sewaktu mengandung, kedua-dua ibu bapa mestilah sentiasa mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. 
• Sewaktu bayi masih dalam kandungan ibu bapa hendaklah meningkatkan amal ibadah khususnya berpuasa sunat, membaca al-Quran terutama surah-surah Yusuf, Maryam, Toha, Luqman dan surah-surah pilihan yang lain. 
• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
• Setelah anak dilahirkan, bersegeralah diazankan serta iqamat tanpa bertangguh sebelum bayi itu mendengar perkataan-perkataan lain.
• Bukakanlah mulut bayi dengan air zam-zam yang sangat berkat itu.
• Biarkan anak itu dipangku oleh orang-orang soleh dan terus didoakan. Itulah sebabnya ibu bapa mesti terlebih dahulu menjadi soleh sebelum mendapat anak yang soleh.
• Hendaklah diperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sebanyak mungkin semasa bayi itu masih lagi baru dilahirkan. Cubalah ajar bayi itu menyebut “Haq” (salah satu nama Allah ialah al-Haq). Ramai yang mencuba, mendapati bayi yang tidak mengerti apa-apa itu dapat menyebut kalimah “Haq”. Sungguh ajaib (hendaklah dilakukan oleh orang yang soleh).
• Ibu yang menyusu anak itu hendaklah mengelakkan makanan dari sumber yang haram dan syubahat.
• Anak-anak hendaklah membesar dalam suasana yang diwarnai Islam, serta jangan membiarkan anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang tidak baik akhlaknya

Monday, April 15, 2013

sesi scan perut

\

Citer dah lama pun.. tapi baru arini rajin nak mengupdatekannya punnn.. Direct terus citer. Ni hasil scan dalam perut zila tempoh hari.. Apa yang korang nampak sebenarnya.. Pada dasarnya memang zila tak paham and paling ketara tak nampak masa doktor scan.. hahhaha. So doktor kata baby tengah meniarap. Apakah baby ni buat sampai meniarap bagai kan.. Macam telungkup la kan.. Doktor tunjuk kepala baby dengan tulang belakang dia.. Pastu tetiba doktor macam nampak jantina dia. Tapi samar-samar.. Doktor bagitau jantina apa.. Tapi nak cnfirmkan tunggu lagi bape bulan. Masa scan ni dalam 4 bulan lebih gitu.

Masa scan doktor pun kata uri zila ni dekat ngan pintu rahim tapi dalam peringkat pertama. coz dekat belum tutup pintu rahim. Katanya.. tetiba rasa cuak lak bila dia cakap cmtu.. Doktor bagitau kalu ok boleh bersalin normal kalu tidak siap sedia perut kena kerat.. Oh man...!!! Balik tu terus laju-laju google pasal uri rendah ni..Doakan yang baik untuk kami ;)

Awal bulan 5 nak scan baby kat klinik swasta.. incik Amir kita teruja nak buat 4D.. Aritu habaq dia wat dek je.. Pastu bila kawan dia citer cmni camtu.. Dia lak yang over excited ko...!!!

Monday, April 8, 2013

Perbezaan antara botol PP or PES

Sekarang ni zila dalam proses mengenal botol susu untuk baby.. Kena amek berat gak pasal botol baby ni. Dulu apa pun tak tau.. Tengah usha usha botol de lak jenis jenis dia. PP la PES la.. Pe menatang ni kan. So memandangkan petang-petang camni tersangatlah free so google la pasal PP and PES. Pada sapa yang first pregnant mesti tak tau dan ada yang tahu. Macam zila opkos la tak tau kan. So jom kita share ilmu yang kita grab arini.. ;)

Firstly kena tau apa itu PC, PP dengan PES.. kang orang dok bercerita angpa sedap mengangguk-angguk. budjet tau padahal buat-buat tak tau..

POLYCARBONATE(PC), POLYETHER SULPHONE (PES) dan PLOPROPYLENE (PP)

Ok lepas ni kalu kawan-kawan berciter pasal botol korang boleh la guna.. oo aku guna botol jenis PP.. apa tu PP.. haishh camtu pun tak tau.. PP means plopropylene. Jawab dengan bangga nya.. wakakkakaka

Tuesday, April 2, 2013

Midnite

Saje mengedik nak menekan malam malam buta ni.nak update tapi gambar takde lak kan..sekarang ni tengah melayan perasaan bergolek golek atas katil sebabnya perut sangatlah tak selesa.ntah kenapa ler.

Pagi tadi checkup..pastu terkejut sendiri sebabnya berat badan naik 1.3kg secara tidak diduga.kononnya la.padahal ko dah tibai makan bbq ngan steamboat weekend aritu..pastu bekpes nak nasi je.bersenduk senduk.rasa nak senduk je kepala sendiri sebab nafsu macam naga je.hhhahahah..

Takpa ada lagi sebulan untuk checkup yang akan datang.hope takde la naik sangat..zla please la kawal makan.sapa sapa pakar pemakanan meh la nasihatkan diri ni.mana yang perlu mana yang tak.hihihiii...

Ok la nak usap usap perut kasi angin keluar.sangat tak selesa kalu angin berlegar legar kat dalam perut ni.

Ok nunite semua....

Monday, April 1, 2013

Tepung cina ke tepung cubit-cubit

Citer dah basi baru nak update. Almaklum kepala tengah memusing musing. Hari-ari sakit kepala berdenyut-denyut. Baby dera mommy dia kot.. Korang pernah dengar pasal tepung cina??? tepung cubit-cubit ni zila yang panggil.ahahahaa Spesis masakan dari cina la ni.. Agaknya la kot. Zila main tibai je ni. Dulu masa dok melaka ada jiran yang ajar kat mak. Dia mualaf la. cina convert islam. Sedap gak masakan dia.. Simple dan senang. Kalu dah malas sangat nak masak, zila buat ni je.. Senang kan. Bahan pun tak banyak. Kalu korang pergi makan kat kopitiam ke selalu ada benda alah ni. Kat food court pun ada. Ipoh horr fun ke pe ntah nama dia. Meh te tengok camna nak buat masakan ni.. Sangat simple ok.. Budak sekolah rendah pun dah boleh buat. Kalau parents bagi masak la kan.. 

Bahan

  1. Tepung gandum
  2. Ikan bilis
  3. Cili padi
  4. Kicap
  5. Sayur bayam
  6. Limau


Ni je bahan-bahan yang digunakan.Jommmmmm te tengok gambar lak yek :)

Firstly korang uli tepung macam nak buat biskut tu.. Ikut sukatan sendiri la. Jangan keras sangat jangan lembik sangat. Yang sedang-sedang saje..Wah dah macam lirik dangdut lak..Motif dia senang nak main tarik-tarik nanti.. Contoh seperti dibawah ni ha.. Memandangkan masa buat ni kepala tengah ting tong. So uli ikut sedap la

Monday, March 11, 2013

Hilang lenguh dengan adanya Lotion Mustajab Rose Scent

Wahhhh entry dah macam duta dunia herbs lak kan..padahal takde maknanya la kan.. Sejak berbadan dua ni..(wah bukan main lagi) zila amalkan lotion mustajab ni sebelum tido dan kalu lenguh-lenguh memang terus sapu.. pergi opis bawa keluar bawa. Kira pergi mana-mana pun bawa la si comel ni kan. Sebab sangat-sangat berguna.. 


Lotion ni yang zila guna sekarang.. Oppsss picture kabur lak kan.. Janji nampak kan.. Handphone tak canggih mana..kui kui kui

Puding Caramel zyla

Hari tu membelek majalah saji.. Oh man terjumpa lak puding caramel dan zila tetiba teringin lak nak makan puding caramel. My febret ok. So takde la susah mana nak buat tapi kena ada kerajinan ler kan. Zila buat ari jumaat malam. So sabtu pagi dah sejuk dan boleh la jamah sikit and tapau bawa balik umah mak mertua. Citer dah lapok baru nak share.. kih kih kih

Cara dia senang sangat.. Orang paling pemalas cam zila ni boleh la buat. huhu

Bahan-bahan

7 biji telur (ikut la nak gred mana pun..janji telur ayam. jangan letak telur itik la.. tapi ntahhh rasa pe..tak pernah try lak kan..huhu)
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu kecik vanila
1 sudu kecik tepung custard

4 scope gula pasir

Cara penyediaan
Senang sangat.. Hang campur je semua tu ikut susunan..Macam zila campur je suma dalam mesin blender.. Orang malas kan. Semua kerja nak cepat dan ringkas. Sapa rajin haaaa korang pukul la sampai kuar muscle kat lengan

Pastu gula pasir tu korang cairkan. Cairkan kat kuali je.. Panaskan kuali pastu lempau kan 4 scope gula dalam kuali sampai cair. Dah cair haaaa masukkan dalam loyang. Pastu korang gelek gelek loyang tu sampai rata.. Kat bawah ada gambar ye.. Jommm layan



Wednesday, March 6, 2013

Minggu ke 14


Officially week 14.. Macam tak sangka je dah 14 minggu baby kat dalam perut ni.. Baby jangan nakal nakal ye. Kena pandai independent macam mommy tau.. hohooooo. Checkup pun dah 2x pergi. Alhamdulillah semua nya ok. Walaupun zila kurang makan ubat dari doktor. Zila just makan ubat dari Shaklee je.  Walaupun zila jenis malas nak makan ubat tapi kena gak rajinkan diri semata mata untuk baby walaupun kekadang lupa.. Sama la macam minum susu.. Balik penang nak scan my tummy.. Nak tunggu doktor scan memang lambat kena tunggu 5 April ni.. Mr. Amir yang semangat suh buat scan.. Layan je la. Sememangnya zila pun nak tengok jugak .. Aritu nurse cuba nak dengar denyutan jantung baby.. Tapi nurse kata baby kecik lagi susah nak dengar.. Dia tonyoh tonyoh la perut ni. Tapi yang zila dengar bising je.. Baby main pusing pusing kat dalam kot..

Meh sini kongsi info..

Masuk minggu ke 14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita (lajunye!). Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat salur darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa.

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi adalah sekitar 3 setengah inci/ 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns/ 43 gram (last month, ukuran diorang dalam 5 cm sorang..I wonder..macam mana la sekarang ye?). Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerutkan dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.

Fetal Development Week 14 (Pregnancy Health Guru)

Alahan Dan Perubahan Masa Mengandung

Selamat petang semua.. OK update ketika di ofis. Nampak sangat macam takde kerja kan.. Memang pun!!! Kerja settle. Pagi tadi join inpection ngan JKR.Lama ok!!! Dan sangat sangat tak tahan, sebabnya kena berdiri. Tapi ingat diri ni nak berdiri je.. Opkos curi curi duduk. Biaq p la nak kata apa pun.. Pinggang dah sakit sakit.. Nak buat cmnoooo kan.. Pembawakan budak pastu kena kerja lak.. layan je la....

Alhamdulillah kandungan zila dah 14 minggu 5 hari.. Siap mention hari ok. Almaklum la install app pregnancy kan..kih kih kih...Dan setiap ari zila rasa teramatlah malas nak pergi kerja. Dulu kalu malas nak pergi kerja mesti lambat lambat siap dan confirm akan sampai opis lambat. Dannnnnn opkos thumbprint jadi merah menyala macam biji mata naga.. Tapi bila pregnant ni, memang kejadian malas ada.. Siap memang saje lambat lambat tapi sangat pelik kenapa still sampai opis sebelum kul 8?? Sangat pelik. Siap lambat sampai opis awal.. 

Meh citer serba sedikit alahan yang zila alami semasa pregnant. Awal pregnant memang takde alahan. Haaaa tungguuuuuu alahan bulan kedua!!!!

Thursday, February 28, 2013

Jambatan runtuh science park 2 runtuh

Ini betul betul bukan mainan ye.. Yes!!! memang jambatan kat science park 2 dah runtuh. Mujur laluan situ dah lama tutup. Dorang dah lama buat jalan alternatif nak keluar tol putrajaya..  Jalan situ memang mendap. Dulu kalu zila lalu mesti cam lain. Leh rasa kemendapan dia. Cewah... Katanya kejadian berlaku dalam jam 2.30 petang takde kemalangan jiwa pun berlaku. Ngeri kan kalu ada kemalangan jiwa kat situ.. Kalu korang nak info lagi pasal jambatan sudah runtuh ni. Boleh klik SINI dan SINI

Meh share pic pasal jambatan yang runtuh ini.. Hasil suma dari Mr. Google



DIY Nursing Pillow

Yessss!!!! Saya telah membuktikan yang saya sangat sangat kreatif. Walaupun permulaan agak carca marba.. Siap gado - gado ngan mak. Hahahaa.. Lawaknya.. Janji segalanya terlaksana.. Apa dia? Tu entry sudah tertaip.. Zila wat nursing pillow. Walaupun anak lom keluar lagi tapi apa salahnya kita mencuba kan. Tak cuba camna nak tau kita boleh buat ke tak kan kan kan... 

First percubaan zila agak tak memberangsangkan sebab jahit main ikut suka.. Takde la main ikut suka tapi maybe salah teknik.kih kih kih.. Sebelah kecik sebelah besar.. Lantak la labu.. Bantal ni wat baring baring la jawabnya.. Biasalah kan. memula memang tak menjadi. Percubaan kali kedua membuahkan hasil yang sangat ranum. hahahaa...

Zila just google je kat internet.. camna nak buat nursing pillow. Melambak sangat kat Mr. Google.. Thanks mr .google kerana sangat membantu saya yang sangat berkobar kobar nak buat nursing pillow. Segala kain zila beli kat kamdar je.. Kain pun cantik cantik.. Sekarang dah ada 2 nursing pillow termasuk yang tak berapa jadi tu.. Nak buat 1 lagi untuk letak kat rumah penang lak... Adil dan saksama. Sini ada sana pun ada. Sarung je kaler lain..  Pasni nak pergi ikea. Bukan sekarang la.. Bila free pergi sana la. Nak beli kain kat ikea. Kain kain superb caya punya.. Teruja tengok kecantikkan dia dan keunikkan dia. OK dah takyah bebel panjang menjela. Meh meh meh usha nursing pillow saya ni.. ;)


Tuesday, February 26, 2013

Ber steamboat di rumah



Jom makan PARATHA Kawan


Memandangkan ada lebihan kuah kari ayam extra kentang lembut lembut.. Then ada lak roti paratha ni.. Aritu nak beli yang original tapi dah abis stok lak. So amek la yang jenis camni kan.. Bau je dah macam roti canai.. Takya pergi beli. Siap buat macam tebar roti.. siap ketuk ketuk lagi roti tu pas panaskan.. hahahaa.... Mudahkan seperti  1, 2, 3......

Wednesday, February 20, 2013

Bila purple itu cantik







Nahhhhh gedabak tepek kan gambar dalam blog ni besar besar. Baru puas hati. Tengah memikir nak beli ke tak.. perlu ke tak perlu. Oooooo camna ni.. Dah berbelah bagi. Tapi disebabkan ia nya purple dan telah menarik hati kalbu.. Ohh sungguh kejam.. Sekali sekali beli barangan mahal untuk diri sendiri gak kan... Bukan selalu shopping pun.Ayat sungguh takleh blah kan.. Macam nak beli je.. ApXB weii!!! Koleksi coach bukan banyak pun. Ada seketoi tapi memang puas pakai la.. Bukan beli kat pasar malam. itu pun sebab beli untuk hantaran.ahhahaha. Kalu tak memang pikir 1000x macam sekarang. Almaklum la kedekut nak keluarkan duit. Mana la tau duit leh guna kat tempat lain lak kan.... Tapi cam cantik.Leh letak susu anak pampers anak.. khahahahahaa... Suka beg yang besar besar ni sebabnya boleh sumbat macam macam dalam beg tu.. Takpa , zila rasa kena tambahkan sikit lagi duit untuk dapatkan beg macam kat bawah ni.. Semoga usaha berjaya!!!!!

GiveAway coming soon


Tengah baik hati nak adiahkan orang salah satu koleksi handmade necklace.. Daripada tak digunakan nanti rosak lak kan.. So tunggguuuu... ;)


Fizz Fairuz putus tunang selepas seminggu. Tunang isteri orang!


Petikan laporan dari akhbar tempatan:

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan ramai pihak kerana Fizz sebelum ini bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu. – Harian Metro

Koleksi Jam

Mesti antara korang ada koleksi tersendirikan kan kan kan.. Zila lak suka kumpul jam.. Ada orang pakai jam tu sampai rosak then baru beli yang baru kan.. Tapi zila takde camtu.. Biaq p la orang nak kata membazir ke. Benda kita pakai selalu kan.. Bukan tak pakai.. Nampak jam cantik dan poket tengah cantik opkos kena pikir dulu. Pastu zassss beli terus.. Zila ni jenis susah nak beli barang. Once dah beli memang takde pikir pape.. Kang asyik pikir je memang tak terbeli la benda yang kita nak tu. Benda suma ni award pada diri sendiri kan sebab penat kerja.. hehee.. Ada sebahagian dapat adiah.. ;)


Halaqah TV9 2013 E07 - Sebelum Kami Tiada


Sesiapa yang ketinggalan mendengar ceramah di TV9 rancangan Halaqah ni.. sila sila la klik button play di atas.. Tajuk "Sebelum Kami Tiada". Kepada anak anak sila la dengar ceramah ini..  Kadang kita sebagai sorang anak alpa pasal ibubapa kita.. Kadang tertinggi suara kan.. So dari ceramah ini kita amek iktibar... ;)

Saturday, February 16, 2013

Info penting untuk ibu mengandung


Memandangkan zila sekarang ni pregnant. Alhamdulillah rezeki dari Tuhan. so sikit sebanyak zila banyak google pasal pregnancy ni. Al maklumlahh baby first. So knowledge tu macam zero. So kena la rajin rajin cari info.. Kalu berguna kita share dekat sini.. Mudah untuk zila gak. Kalu lupa buka je blog.. Blog ni dah macam sumber rujukan..eheheh...

Ok zila share info yang zila dapat. Sama sama kita ambil tahu.. Bakal ibu mengandung dan sesiapa pun.. Semua boleh amek tau info ni.. Berguna sangat

Berikut merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil.


1. Asid Folik

Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk didalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang lahir sebanyak 80%!!. Jadi tingkatkan pengambilan asid folik ketika dan sebelum 12 minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan jus-jus.

Pembantu Rumah Dera Bayi Berusia 4 Bulan




Sangat kejam pembantu indon dia ni. Dah baru kerja pastu sesukati dia je main main lambung anak orang. Penat majikan ko mengandungkan anak dia. Ko boleh sedap sedap main lambung lambung main baling baling. Ini tu anak patung ke.. Eeee sangat geram tau.. Dia ni ada sakit mental ke. Macam tak betul je. Kalu zila ni dah abis jadi hulk.. !!!! Sian dekat baby tu. Hope dia ok la kan.. Pembantu indon tu biar kena hukuman yang setimpalnya.. Buat macam dia buat kat baby tu.. 

Sekarang ni macam macam kes penderaan. Takut dah.. Nak cari pengasuh pun dah susah. Kadang hantar anak kat taska pun leh jadi kes dera.. Ada yang meninggal kat taska. Macam macam hal.. Minta minta dijauhkan daripada zila sekeluarga...

Doa untuk bayi dalam kandungan


Share untuk semua.... 


"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, 
dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, 

tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, 

penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, 
dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. 
Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, 
baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, 
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..
amin

Friday, February 15, 2013

Koleksi ayat ayat yang perlu diamalkan oleh ibu mengandung

Untuk info diri sendiri dan untuk yang lain. Bakal ibu. hihihihiiii


Koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah..

“Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)”,

“Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )”,

“Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”,

“Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”,

“Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”,

“Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”,

“Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”,

“ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”,

“Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”,

“Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.

Pengantin cantik diraikan

Intro kena letak gambar kami suami isteri bersama pengantin kan.... Wajib. Ena makeup sangat gorjes ok.. Jangan jeles.. Member sorang ni memang cantik. Peminat pun ramai. Akhirnya ena kawin.. kih kih kih


Tuesday, February 12, 2013

Petua menghilangkan rasa mual ketika hamil

Nahhhh... hebat tak entry tu.Budget macam orang zaman dulu dulu kala yang banyak petua petua yang nak diturunkan kepada generasi bawah bawah .. Tapi yang ni zila just google je.. Sebab rasa mual ni datang tanpa dijemput pun.. Sangat meletihkan sampai perut pun krem ok..



Meh meh sini zila share petua yang mana zila tau dan yang mana zila dapat dari mr.Google ye... Jeng jeng jeng... Salah satunya...Hurrmmm.. scroll ke bawah ye




  • Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insha Allah rasa loya akan hilang.

Wednesday, February 6, 2013

Amalan untuk ibu hamil

Meh sini kongsi sikit ilmu... Walaupun ada yang tahu.. yang tahu meh tambah lagi ilmu.. hehehe.. Antaranya

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

Tuesday, February 5, 2013

Ervina sudah berkahwin

Sabtu lepas den pergi wedding my BFF kat melaka dan baru arini saya nak update. Sebab faktor kesihatan yang tidak mengizinkan untuk menghadap laptop je.. Melepekkkkk atas katil.. 
Nak dijadikan cerita dia ni kawan masa sekolah teknik. Suka duka semua dengan dia. Bukan dia je ramai bff aku ni.. mesti korang tak caya kan.. Ada dalam 13 orang termasuk saya jadi la 14 orang. So jadilah group SA14.. Budak budak ni la yang letak nama tu sempena secret admirer kot. Sebab masa zaman sekolah teorang main benda alah ni. Kiranya kena take care each other tapi dalam diam.. Hujung persekolahan teorang wat makan makan.. group teorang je.. Time tu tukar tukar hadiah. Sonok gila.

Sekarang masing masing dah berkahwin tinggal sorang je lom kawin lagi.. Dak ayang... Jadikan kami akan ada 1 lagi majlis yang akan mengumpulkan semua group kami. Insha Allah.. Masing masing duduk bukan dekat. Kalu duduk area sama tapi jauh.. hahahaa.. Event camni la leh jumpa ramai ramai. Sekarang ni kami berhubung melalui whatsapp je.. Betul betul menggunakan teknologi kan.. Ada sorang kawan kami yang bekerja di Dubai.. Tapi bila ber whatsapp rasa macam dekat je.. Orang kata jauh di mata dekat dihati.. Sayang korang suma. Meh saya share pic masa member ni kawin.. Cantik member sorang ni.. Almaklum zaman sekolah memang ramai peminat. hahahahaha


Wednesday, January 30, 2013

Menghabiskan masa cuti

Isnin bersamaan dengan 28 Januari 2013 kita semua bercuti bersempena Thaipusam.. Dan semestinya aku tak melepaskan masa cuti yang ada. Mula nya si suami nak balik malam Ahad tu.. dan dan tu tak nak balik. biasa eh dia.. tak lepaskan aku berjimba dengan member member aku la tu. member aku member dia jugaks. Nak gak join.. Kang tak bawa nangis hentak hentak kaki lak.ahahhahaa....

Kami pergi mana.. Pergi One Utama je dan cik kema yang pick up teorang kat umah.. Thanks cik kema sanggup datang amek akak tau.Dah lama gila aku tak pergi ke OU.. Last pergi masa study. Haaaa nampak aku dah lama sangat tak pergi sana.. Motif pergi sana semata mata nak berkaroake.. Hammboiiii bukan main ko mak gemah nak pergi karok.. Lama kot. Dari kul 1 lebih kot sampai pukul 6 petang. Tapi kami kua awal. Sebab tak mampu nak menyumbang kan lagu.hehehe


kenduri kesyukuran

Alhamdulillah kenduri yang dirancang berjalan dengan lancar dan baru arini aku sempat nak menghupdatekannya...Menu apa yang teorang pilih.. Oh semestinya aku tak sempat nak men snap snap.. Lain kali la aku letak gambar makanan. Kang letak korang akan terliur lak.. Mesti teringat ingat dengan makanan tu. Sapa yang masak?? Opkos la bukan aku dan semestinya makcik aku yang masak serta mak. Masakan makcik aku kan tip top.. Dia la orang yang bertanggungjawab memasak masak wedding aku aritu

Dah dah jangan membebel banyak sangat, nanti takde orang yang rajin membaca.. hehehee.. Ustaz yang bertanggungjawab membaca doa.. Thanks ustaz datang dari Putrajaya. family ustaz ni dulu jiran kami masa duduk kat presint 9. Dari anak dia kecik kecik sampai dah besar panjang.. sporting ok!!!!