Pages

Sunday, April 27, 2014

Tips Mencairkan Perahan Susu Ibu yang Telah Disejukkan/Dibekukan

IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT : 

1)Untuk susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk di dalam peti sejuk(suhu bawah 4'C)

susu ebm

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk seberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam mangkuk atau bekas berisi air panas/mendidih selama 5 minit.Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini,tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terbahagi kepada 2 bahagian,goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagia-bahagian yang terpisah(lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasa suhu sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.
2)Untuk susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk beku(freezer)(suhu -8'C hingga -20'C).
  • Turukan beberapa botol susu beku(ikut keperluan) daripada bahagian sejuk beku(freezer) ke rak atas dibahagian sejuk di dalam peti sejuk(refrigerator) disebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C.Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak diberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikan kepada bayi,keluarkan satu botol dari peti sejuk,cairkan dan panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING : 
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan di dalam peti sejuk(pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu sejurus selepas proses mengepam atau memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalamkuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi.
  • Susu yang sudah dicairkan atau dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu tidak diminum oleh bayi.Susu itu perlu dihabiskan dalam masa 4jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan dalam masa 2-3jam (dalam suhu bilik) dan diberikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan kebahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula,susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam(dikira daripada masa dikeluarkan dari bahagian sejuk beku)
  • Susu yang disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5-7 hari.Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan semula kebahagian sejuk beku bagi memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya.Tetapi bau dan rasa mungkin berubah sedikit kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
PERHATIAN !!
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan di atas api dapur(direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro(microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Alasan dan sebab : Susu akan menjadi terlalu panas danboleh mencederakan bayi,komposisi dan nutrien/kultur hidup dalam susu jugak akan termusnah oleh kepanasan yang melampau(40'C keatas)

susu ebm

KESIMPULANNYA :

Susu fresh(baru perah): tahan 4jam pada suhu bilik
Susu disejukkan dalam peti sejuk(dekat rak bukan dibekukan) : tahan 5-7 hari
Susu beku : bergantung pada suhu peti sejuk
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu.
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan. 
- Deep Freezer: Tahan 6 bulan.

Susu beku yang telah dicairkan: perlu diguna dalam tempoh 24jam tak boleh dibekukan semula.
Susu yang di panaskan: tahan 2jam

INFO :

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim,antibodi dan kompenen-kompenen nutrien penting dalam susu ibu.Oleh itu perahan susu ibu yang dibekukan atau disejukkan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.


Friday, April 25, 2014

Penyediaan Makanan Bayi

Assalamualaikum/ Salam Jumaat 

Muhammad kakjila dah membesar bagaikan juara.. Anak kakjila dah masuk 8 bulan dan dia dah melantak bagaikan juara juga.Apa anak kakjila makan..makan puri.. kemain ko puri. Dulu kakjila tak tau apa mak nenek puri ini.. hahhahahaha.. Kakjila orang kampung, so kakjila kata kakjila bagi anak kakjila makan bubur yang diblend..kihkihkihkih... Blend kasar. Takde la halus sangat yang cair-cair tu. Muhammad tak suka. So kena blend sesedap oren. Tak kasar tak halus dan cair.

Secara kasarnya apa yang kakjila nampak anak bujang kakjila ni, dia suka sangat makan kalau ada ikan.. Patutla anak kakjila semakin taffff!!!! Dia suka makan ikan. Bagus protein.. Tapi kakjila takda la bagi seminggu benda yang sama. Bosan la dia. Macam orang dewasa la. Cuba korang makan hari-hari lauk yang sama.. Macam bosan kan walaupun nasi putih panas-panas ngan telur goreng letak kicap. Perghhh macam sedap je kan..

Anak bujang kakjila kalau makanan tu dia suka kemain senang nak sumbat masuk dalam mulut dia. Senang hati kakjila tengok. Cuba kalau makanan tu dia taknak.. Dia ketap-ketap mulut dia.Padahal baru 3kali suap. Geram kakjila tengokkan. Besar kecik besar kecik je.hahahaha.. Kalau hari kedua makanan yang sama, cnfirm dia main ketap-ketap mulut.. Tapi kalau ikan.. Rasanya bagi seminggu pun dia nganga mulut je kot..

Hari tu kakjila buatkan puri untuk anak bujang kakjila.. Puri avacado dengan epal.. Mujur avacado tu kakjila buat sikit. Sebab dia makan tapi alahai siannya dia.. Sembelit kooo.hahahahahaha.. Terus taknak bagi..hahahaha.. Bagi epal mujur ok. So muhammad tak sesuai ngan avacado. So avacado reject.!!!!! Jahat ko avacado buat anak kakjila sembelit. Susah payah dia nak kua kan bendasing dia. Sampai merah-merah muka dia tau. Terpaksa kakjila cucuk sabun kat lubang bontot dia. Lepas dah kena cucuk baru dia lega... hahahahahhahahaha ...

Kakjila pasan anak kakjila ini suka benda masam la. Masa kakjila preggy kan dia kakjila anti asam. Memang kakjila tak jamah langsung asam-asam ini. So kakjila dah tau muhammad ikut siapa. Tak lain tak bukan orang penang la, ayah dia.. hahhaha.. Muka dia leh rilex makan benda masam. Mama dia dah berkerut-kerut muka tahan masam. Mama respect la ko nak!!!!

kakjila guna ice cube tupperware je..... (^-*)v

Camna kakjila sediakan makanan anak bujang kakjila.. Kakjila menggunakan pengalaman mak kakjila je.
Mak kakjila dulukan jaga anak orang. So kita refer pada yang pakar je la kan. Tapi bila kawan-kawan dah share buku resepi untuk makanan anak ini.. So kekadang je kakjila jengah dan belek-belek. Buku kat bawah ini.. Kawan kakjila bagi link je, so kakjila download. Dalam ertikata lain kakjila takyah kua duit nak beli buku ini. Sebab kakjila print je kat opis. Habis la kaler printer. Printer lak jenis laserjet  perjuang. Wajib la nampak shining2 je kan kaler dia. Kakjila suka ok. ahhahahahahah .. Tapi bila snap condition gambar tak bape cantik. Sebab kakjila snap dalam keadaan lampu yang suram je..huhuhuu...

So korang nak jugak kan.. Benda free mesti nak kan ... Ok jangan hentak-hentak kaki. Kakjila boleh share link tu suma. So korang boleh la save dan print.. Print la kat opis. Sebab takyah kena bayar.. ahahahahahha.. Kalau yang takde anak korang save je la dulu. Bagi kat akak korang ke..yang dah da anak boleh la belek-belek buku ini ye. teramat best la 2 buku ini.. Seres tak tipu... Korang klik je kat link tu. Ok setakat sini saja bebelan kakjila di petang jumaat ini. Sebab kakjila nak balik la.. Bosan dok opis 







Kakjila bagi bonus satu link...  Resepi untuk family korang.. Selamat mendownload dan membaca
Jangan tak cuba..

Thursday, April 24, 2014

Rambut A'isy


Rindu lak dengan rambut muhammad aisy rayyan ni.. 
Cepat la tumbuh wahai rambut anakku.ahhaha
Tengahri tadi mama tak dapat balik ..
So tunggu satg mama balik..ahahahahahha
Rinddduuuuu ;)

Wednesday, April 23, 2014

Review: Qaseh Gold.. Best ke??

Kakjila nak share satu benda yang kakjila dah amalkan selama sebulan. So kakjila rasa keberkesanan dia. Kemain ayat!!!! Macamna kakjila tahu pasal produk ini. Secara tak sengaja tertengok iklan dalam fb yang dok elok kat sebelah kanan tu kan. Pastu tengok ingredient dia macam menarik. Sebab makanan sunnah. Pastu produk ini ada untuk kaum adam, hawa dan kanak-kanak. Jangan kalau korang ini kaum adam p makan adinda lak.ahahahahaha. Makan hok kekanda punya .. Mak mak hakak hakak makan qaseh adinda ye....
Haaa nak tau lebih lanjut.. Jom..

ALT Image Tags


Apa itu QASEH GOLD?
Qaseh gold ialah formulasi makanan sunnah unggul dan herba terpilih untuk membantu meningkatkan tenaga fizikal , minda dan emosi serta menjana kesihatan & menyerlahkan kecantikan semulajadi.

Keunikan bahan-bahan Qaseh Gold
Kurma, madu, minyak habbatus sauda,minyak zaitun, tiin, delima, air zam-zam, za'faran, gam arab, gingko biloba, sireh. Tambahan herba untuk Qaseh Kekanda ialah guarana, tribulus dan ashwaganda. Tambahan herba untuk Qaseh Adinda ialah passiflora, manjakani dan pegaga.

QASEH GOLD ialah minuman berfungsi yang sangat sesuai dan perlu diamalkan oleh:
  • Suami/Isteri
  • Isteri/Ibu
  • Warga emas
  • Wanita mengandung, melahirkan dan menyusu
  • Pekerja yang menggunakan tenaga fizikal
  • Pekerja yang banyak menggunakan tenaga minda/ berfikir
  • Pasangan yang akan mendirikan rumahtangga
  • Pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat
  • Pelajar universiti/ Kolej
  • Ahli sukan
  • Kanak-kanak 5 tahun ke atas

Haaaaaa.. nak lagi info.. Ok kakjila share lagi ye.

Insya Allah, Qaseh Gold ini kan akan membantu melegakan or mengatasi pelbagai penyakit. Antaranya
  • Keletihan/ Kelesuan
  • batuk/Sakit tekak
  • Selesema
  • Migrain
  • Sembelit
  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia
  • Kebas-kebas ringan
  • Susah tido
  • Sakit sendi
  • Stress........ 
Insya Allah, Qaseh Gold akan membantu memberi faedah
  • Membekalkan tenaga
  • Awet muda
  • Membantu usaha mendapatkan zuriat
  • Menguatkan sistem imun
  • Melancarkan darah
  • Memperbanyakkan susu ibu
  • Menstabilkan hormon
  • Menstabilkan mood
  • Menaikan seri wajah
  • Mempercepatkan proses penyembuhan....
Tu je lah. Kakjila tak larat nak ketuk-ketuk keyboard ni.. nak info lain minta jasa baik dari mr.google eh. Testimoni pun banyak

Memang produk qaseh ini berkesan dengan kakjila. Yelah si muhammad aisy rayyan tu kan aje gedik sebab kejap nak direct feed(df) kejap taknak df.. kakjila pening oooo.. Yelah kang makin kurangla susu badan untuk dia. Tapi kakjila ada anak susuan.. Tak lain tak bukan anak buah kakjila si iman tu.. Yelah kadang bila dah pam miss B kakjila bengkak lagi. So gunalah khidmat anak susuan. Dah kalau bagi kat muhammad dah macam berperang dengan dia.. Alahai anak. Pastu kan susu kakjila makin drop , ini tak leh jadi kakjila kena buat sesuatu.. Sebenarnya kakjila dah buat macam-macam coz nak maintain kan susu kan. Lepas tu kakjila jumpa produk qaseh ini. So tengok ramuan dia semua menggunakan makanan sunnah dan ramuan utama dia kurma.. OK kakjila try la selama sebulan. Alhamdulillah susu badan kakjila tak kering dan maintain. Hope boleh menyusukan anak selama 2 tahun. Semoga misi kakjila berjaya. Sekarang muhammad dah nak masuk 8 bulan. So misi sebelum ini nak menyusukan muhammad selama 6 bulan dah berjaya. So next misi setahun.. Kena la step by step.. Target kakjila 2 tahun . Semoga dipermudahkan oleh ALLAH.

So kakjila sangat suggestkan produk qaseh adinda.. Kalau nak tambah susu badan. Tapi korang jangan harapkan benda ini 100% .. kena la jaga makan tu.. Jangan main bedal je. Benda yang sangat penting wajib lah minum air masak banyak-banyak. Kakjila minum air masak sampai nak pergi toilet je.. hehehee


Qaseh adinda kakjila dah nak abis.. So kakjila kena dapatkan secepat yang mungkin. 


Sekian, terima kasih..ahhahahaha

Friday, April 18, 2014

Pos Aisy ke Penang

Jom layan picture anak kajila. Sebab petang-petang camni kakjila dah malas nak buat kerja..

Alkisahnya citer ini minggu lepas, ari sabtu.. Ada parcel untuk kakjila.. Kemain kotak ko dia pos.. Kakjila dapat adiah sempena kecomelan anak kakjila.ahhahaha tipuuuuuu.. So kotak tu kakjila jadikan bahan mainan untuk anak kakjila. Memandangkan kotak tu dah sama tinggi ngan A'isy.. Makanya hasilnya begini


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mula-mula kemain sonok la dia kat dalam kotak tu. Sila tengok reaksi muka muhammad ni




Adoi ini apa kes la suka lidah tersentil camtu. Mula-mula abang iman yang buat lepas tu dia lak ngikut apa abang dia buat.. Mudah pengaruh la budak ini..hahahahaa

Haaaa lepas tu bila kakjila kata cmni.. Mama nak pos muhammad pergi penang. Dok ngan ayah kat sana. Bagi ayah lak jaga.... Nak tau apa reaksi dia.. JOmmmmmmmm

Mula-mula kakjila nak tutup kotak tu, muhammad dah merengek-rengek.. Nak keluar dari kotak tu.. Kemain bijak .....




Gambar bawah ni..... muhammad nak nangis dah time ini. Tapi mama dia agak kejam nak menyakat dia. Sian dia.. Muhammad takmo ke pergi penang. Mama nak pos muhammad duduk ngan ayah kat sana. Hahahhahahahaha. Entah apa jadi kalau pos betul. Anak tak meraung lagi kakjila yang meraung dulu..


Bawah ini lah muka lega dia. Bila kakjila kata mana da mama nak pos muhammad. Mama memain je.. Pastukan kakjila angkat dia dan masukkan balik dia dalam kotak tu.. Muhammad tahan kaki dia kat kotak. Kira kita susah la nak masukkan dia dalam kotak tu balik dan dia merengek-rengek.. Mesti dia cakap

Mama mama muhammad taknak la. Jangan la pos muhammad. Muhammad janji muhammad tak nakal,.. Hahahahhaa...





Thursday, April 17, 2014

Cara Mudah Rangsang Bayi Merangkak

Ibu harus khuatir apabila bayi tidak merangkak atau cara merangkaknya tidak betul hingga usianya lewat lapan bulan. Tidak boleh merangkak disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kekurangan khasiat, obesiti, kurang rangsangan merangkak hingga terlambat perkembangan, kelainan gerakan kasar, gangguan keseimbangan dan lain-lain.

Berikut, tip merangsang bayi agar gemar merangkak:

  • Sering meniarapkan bayi semenjak awal. Ini merangsangnya untuk mengangkat tubuh, mengangkat kepala dan bergerak dengan perutnya.
  • Elakkan baby walker, sebaliknya sering menurunkan bayi dari stroller atau gendongan untuk diletakkan di ruang luas dan bersih untuk merangsangnya merangkak. Sediakan alas dari benda-benda berbahaya.
  • Letakkan mainan di hadapan bayi. Bermain agar bayi tertarik, bertepuk tangan atau beri pujian meski bayi baru boleh beralih posisi dengan perut.
  • Beri bayi contoh. Merangkaklah bersama bayi.
  • Tidak terburu-buru merangsang bayi untuk berjalan.
  • Lakukan terapi urutan, senaman atau fisioterapi kerana ada kalanya rangsangan sahaja tidak cukup untuk mengembangkan kemampuan merangkak. Bertemu doktor anda untuk tujuan anda.

Apabila bayi merangkak dengan cara yang kurang tepat, misalnya 'bear crawl' atau merangkak dengan kedua-dua kaki diluruskan, maka harus diperbetulkan.

Apabila bayi terus mengesot, mungkin kerana otot-ototnya lemah sehingga dia tidak boleh mengangkat perut. Ini banyak dialami anak yang menghidap sindrom Down.

Fisioterapi dapat membantu memperbaiki gangguan merangkak dengan cara meningkatkan kemampuan motorik kasar bayi secara khusus, membantu meningkatkan koordinasi, kestabilan dan keseimbangan, mencegah dan membaiki kelainan bentuk tubuh, jika ada.

Wednesday, April 16, 2014

Hukum Penggunaan Vaksin Rotavirus

Ok yang ini kakjila hasil carian kat google.

Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:
  1. Situasi kini dianggap tidak dharurat;
     
  2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
     
  3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
Keputusan (English): 
 
The Ruling on Using Biothrax Vaccine and Rotateq Vaccine that Used Pig Sources in its Production Process
 
Decision:
 
The 81st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 31st March 2006 has discussed the ruling of using biothrax vaccine and rotateq vaccine that used pig sources in its production process. The Committee has decided that the usage of Biothrax vaccine and RotaTeg are not permitted because:
 
1. No urgent need at the moment
 
2. There are alternative substances or medicines besides using pig sources in the production of the said vaccines

3. There is no concrete proof stating that people in the country are in dire need of such vaccine.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax™ digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak.
     
  2. Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya.(Surah al-An'am : 119)
 
  1. Jumhur Fuqaha' dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
     
  2. Dalam mempertimbangkan hukum keharusan mengambil benda haram dalam situasi dharurat beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dijadikan sandaran. Antaranya ialah kaedah " Dharurat mengharuskan perkara yang dilarang" atau الضرورات تبيح المحضورات. Dalam situasi sesebuah negara yang memerlukan perlindungan atau pelalian daripada ancaman serangan biologi seperti anthrax atau serangan cirit birit di kalangan kanak-kanak, kepentingan suntikan BioThrax™ dan RotaTeq tidak dinafikan sekiranya tiada alternatif lain. Walaupun penggunaan BioThrax™ dan RotaTeq mungkin diharuskan namun pengambilan suatu yang haram semasa dharurat dibatasi dengan kaedah الضرورات تقدر بقدرها (dharurat dinilai sekadar keperluan). Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah dilarang.
     
  3. Penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan dharurat dan telah ada vaksin halal untuk kegunaan umat Islam di Malaysia.
     
  4. Setakat ini umat Islam di Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan vaksin yang disahkan halal kerana pakar-pakar dalam bidang sains farmasi di Malaysia mampu menghasilkannya.
     
  5. Gesaan supaya menggunakan vaksin-vaksin yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal ini juga merupakan strategi musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran dan daya ketahanan umat Islam apabila terlalu banyak sumber yang haram menjadi darah daging umat Islam.

Bahaya Pneumokokal

Kakjila nak share info berkenaan dengan pnuemokokal ni. Bila dah ada anak ni semua benda kena amek tau.. Ini yang kakjila dah baca-baca dan dah godek-godek kat dalam website. So kalau ada info yang kakjila share ni salah.. Habaq mai noooh.


Apa itu jangkitan Pneumokokal?
Penyakit pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.

Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.

Bakteria s. pneumoniae menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan bakteremia (keracunan darah) dan juga otitis media (jangkitan bahagian tengah telinga).
Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal ialah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksinasi penumokokal untuk kanak-kanak

1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.

2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.
Vaksin ini boleh diambil seawal anak berusia 2 bulan hingga 5 tahun. 4 dos kesemuanya. 3 dos sebelum anak berumur setahun dan 1 dos selepas setahun.Buat masa sekarang, vaksin ini hanya boleh didapati di klinik dan hospital swasta sahaja. 
Harga vaksin ini dalam RM200-RM350.. Ini pun tengok pada klinik la yek. Kalau company korang leh cover untuk vaksin ini better korang amek jangan dipersia-siakan yek.Sayangilah anak anda. Anak kakjila pun bakal dicucuk vaksin ini. Sapa tak sayang anak kan.. (^-*)v
Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).Nak tahu lebih lanjut pasal penyakit pneumokokal ini.. korang baca kempen ABC ini.. Aim for Boarder Coverage segalanya ada dekat sini.
Cara sebaran
Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibodi pneumokokal yang rendah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan tersebut. Kuman disebarkan kepada kanak-kanak melalui pelukan dan ciuman oleh ibubapa atau orang dewasa yang mengalami selsema. Ia kemudian disebarkan kepada kanak-kanak lain melalui bersin atau batuk. Selain kanak-kanak , mereka yang HIV positive dan mempunyai sistem imunisasi lemah seperti perokok dan warga emas turut mudah dijangkiti
OK ini jelah yang serba sedikit yang kakjila share.. Kalau korang nak artikel ini pun ada. Korang boleh print then baca sampai paham yek.klik kat perkataan sebelah ini yek. DOWNLOAD

Tuesday, April 8, 2014

Qaza dalam Islam

Banyak ilmu agama yang kita perlu dalami.. Yelah kadang kita ini terikut-ikut dengan budaya la pengaruh tv la pengaruh kpop pop pop la kan... Antaranya adik lelaki aku. Kuang3

Korang tahu tak apa itu qaza.... Meh meh kakjila share kan yek!!!

Apa itu Qaza????

Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala. Haaaa???? Tak tau camna.. Meh meh kakjila share gambar nya lak yek..

Haaaa macam comel kan .. Tapiiiiii.........


PENDAPAT EMPAT MAZHAB
MAZHAB HAMBALI
Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:
ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب
Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.
MAZHAB MALIKI
An-Nafrawi berkata:
يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه
Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.
MAZHAB HANAFI
Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:
ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”
MAZHAB SYAFIE
Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

DALIL MAKRUH

ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع

Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]

عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].

Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”

PENTING
1. ULama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
2. Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
4. Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)




INFO LAIN

Menjaga ibu bapa adalah berjihad


Share is caring 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)

Tetapi, jika layanan buruk yang diberi, rungutan dan kesalan yang selalu didengar, adakah kita bersedia menerima perlakuan yang sama seperti itu daripada anak kita sendiri nanti? Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba-Nya. Jika tidak dibalas di dunia, pasti di akhirat balasan akan diterima.


Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa besarnya pahala syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi perlindungan kepada mereka. Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini, hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan menentukan siapa yang paling beruntung itu.

Sesungguhnya amat besar pahalanya sekiranya kita menjaga ibubapa kita tanpa mengeluh. Hope satu hari nanti kakjila diizinkanNya untuk menjaga mak abah kakjila!!!! Tanpa mereka siapalah kakjila kan. Tanpa mereka kakjila takde disini.. hehehehe

Janganlah menganggap menjaga ibubapa kita yang uzur sebagai satu beban. Murah rezeki kita kalau kita menjaga mereka.. Sekiranya mereka telah tiada... Menyesal pun tiada guna. 

So renung-renungkan dan selamat beramal di petang hari ini... 


Monday, April 7, 2014

Baby Mohawk


Perghhhh kecik-kecik dah berambut mohawk kan kan kan.. Orang kata kecik-kecik dah bergaya. Tapi seriously muhammad rambut dia original recipes punya.. Takde digayakan or distylishkan.Lahir-lahir rambut muhammad macam tu yek. So kawan-kawan jangan kata perghhh ko ni zila kecik-kecik dah buat rambut anak ko camtu.. Adoiiii apxb wei.. HHHAHHAHAAHAH

Ada yang buat rambut anak jadi mohawk.. Macam kat bawah ini haaaaaa!!!! Perghhh kemain lagi rambut budak ni..


Nak tengok tak rambut muhammad yang original dari perut...!!!! Joooooommmm..


Masa ini muhammad baru 4 bulan.. Kemain bulat bom bom muka dia.. hehehehe


Muhammad 6 bulan.. Kemain senyum dia.. 




Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Nampak tak nampak tak... Muhammad nya rambut tumbuh kat tengah je. Kiri kanan dia elok je jatuh. Kat tengah je kemain pacak eh!!!

Tapi ritu muhammad dah kena botakkan.. Sebabnya lepas majlis aqiqah tak trim lagi. So bagi dia serata lepas tu kita tarahhhhh!!!!

Sebelum kena tarah betul-betul.. Mama and nanny muhammad buat rambut muhammad macam kat bawah ini.. huhu.. Ikut hati kakjila nak biarkan je macam tu tapi nanny muhammad kata botakkan je dulu. So kiranya lepas ini boleh la kan kan kan. hahahaha Tapi mesti ayah muhammad tak bagi.. Mama muhammad kan nak bagi anak stylo.. Lallalalalaa.. joget joget joget


 eh mama ini!!!! malu la muhammad. Muhammad pakai pampers je!!!!!

Kakjila malas


Kemalasan tahap dewa dewi la arini..  Tengok meja kakjila. Walkie talkie pun ada. Ini ok lagi. aritu lampu pun ada.Kalau boleh spare part semua nak letak atas meja kakjila. Adoiii ingat meja kakjila ni store ke.. Tapi takpa, kakjila dah lempau kan spare part tu kat meja yang sepatutnya.. hahahahahhaha.. Kakjila kejam sikit. Mengamalkan kuku kaki besi.

Laptop kakjila microsoft office takleh guna. Sebab ada orang menjahanamkan ia.. Soooooo camna kakjila nak buat kerja. Pastu kena antar HQ lak.Ehhh kakjila tak rajin nak pergi HQ sebab bukan kakjila yang menjahanamkan benda alah tu. Takpa kakjila guna PC je..

Ok kakjila nak sambung buat kerja.. Kena settlekan kerja baru leh ngular.. hikhikhikhik.. lalalalalalalaaa

Friday, April 4, 2014

Bila anak pakai shades

Ingat aisy takde sunglasses ke.. Opkos ada sebab mama dia dah beli kan.. Nak tengok kecomelan aisy memakai sunglasses.  Sila la tengok jangan malu-malu .Model shades... huhu


yang ni sebenarnya spek kakjila tapi kakjila saja sarung kat aisy. Sebab shades tu kocik je.. 
Aisy:: Uikssss awek lalu weiiiii!!!!!


Yang ni aisy rayyan punya.. Oldskol lagi ko spek dia..Bulat macam muka dia

Aisy: Hye awek-awek semua.. Hensem kan saya... 


Rayban. Ingat orang dewasa je ada rayban. Budak kecik pun adooo tau. Eh muka ko nak seres je ek !! dush dush dush.. hahahahaha. Spek ini kita simpan dulu sebab nampak besar.. SO tunggu aisy setahun ..kihkhkihkih


Yehaaaa kami bertiga bergaya dengan spek masing-masing. Aisy tu time nak amek gambar je pakaikan spek. Dalam keta takde keja kakjila nak pakaikan.. Tapi bila kua kereta kakjila pakaikan.. Konon-konon bajet retis.. Paparazzi bersepah-sepah. Pastu ramai tegur.. Eeeee bagusnya budak ini tak tarik pun spek dia. Memang pun. Aisy pakai spek ini dia wat taktau je. Kalau iman dia dah tarik siap lempauuu lagi.. Tapi Aisy macam redhooo je. Melayankan perangai mama dia yang masuk air ni .. EH paksu dia pun ada spek. Budak ini pun suka melaram. Dalam kereta pun lorat nak pakai spek.. Adoiiiii!!!


Bergambar lak dengan paksu  dan nanny kesayangan.. muahhxxxxx!!!!

Tenungan aisy rayyan


Ohhhhh!!! anak mama si pipi loyot!!!

EH !!! geram lak tengok budak ni.. Kadang-kadang tahap kegeraman kakjila tidak boleh dibedung lagi. Sehinggakan kakjila terpaksa mengigit-gigit lengan aisy. Kadang dia wat rilex. Muka tak besalah dia. Kekadang dia menjerit.. OMG!!!!! jeritan batinku la mamat weiii!!

Muhammad Aisy Rayyan ni kalau bab makan dia paling sopan tapi kalau bab menangis dia la paling tidak sopan. Seluas yang mungkin dia akan buka mulut dia. Kekadang leh jadi migrin dengar dia menangis sambil menjerit!!!!!

Rambut mohawk aisy dah kena cukur. Kasi macam shaolin. Tunggu kemunculan rambut aisy yang baru yek!!!! Rambut raya ..ahhahahaaa

Thursday, April 3, 2014

tema berhari raya

Raya Raya Raya Raya.....

Semangat nak berhari raya, walaupun tahu still lambat lagi. Tapi semangat nak raya membuak-buak wei.. Kakjila sangat teruja.Maybe disebabkan ada anak kan. Tahun lepas raya aisy kat dalam perut. Sekarang ini dah ada depan mata. Kalau dikira-kira masa raya nanti aisy dah 11 bulan.. lagi sebulan nak setahun. Raya bulan 7 kan.. Perghh semangat-semangat

Kain baju untuk raya pun dah ada.. Kakjila selalu beli kain then tempah. Sebabnya kalau beli mula la sana sini panjang la besar la. Baik kakjila tempah je. Puas hati dan selesa. Ingat kain kakjila je ke kakjila beli.. Ohhh semestinya kain untuk budak kecik tu ada sekali. Sedondon kedondong la nanti kami anak beranak. Aisy penah pakai baju melayu masa kakjila buat majlis aqiqah untuk dia. Masa tu baru 3 bulan.. Anak kakjila pun dah kedabak bagaikan juara tau... 

Alkisahnya kakjila dah ada kaler untuk raya nanti.. Asalnya kaler mint.. Sweet-sweet gitewww macam gula-gula. Baju ayah aisy pun dah ditempah. Semangat betul. Baju mama ngan aisy je lom tempah lagi. Tapi yang mint ini baju aisy sama kaler ngan kain mama nya.. Camna ntah kakjila tak terpikir nak beli kan kain sama ngan ayah dia.. Adoii.. takpa nak. ko tetap sama ngan mama..hikhikhikhikkk... Ok settle kaler mint kakjila ini.


Pastu tengah bulan mac ritu, nanny aisy ajak pergi jakel.. Adoiii dugaan betul kalau pergi jakel ngan nanny aisy ini.. Dengan aku sekali akan terjebak kebabommmmm sekali. Konon-konon nekad kat dalam hati... Jangan beli wei jangan.. Kain untuk raya ko dah ada.. hahahahahaha.. Sekali naik tingkat 4.. Hamekkkkk nafsu mata terbuntal-buntal wei.. Pastu da lak sales.. HAmekkkk sekali lagi.. Pastu harga package lak. Siap dapat kain untuk baju melayu sekali.. Perghhhhhh!!! Pastu bila teorang pergi jakel teorang akan panggil sorang je staff jakel.. Setia selamanya bersama kami.. Tak lain dan tidak bukan Cik. Nurul. Kalau ngan nurul harga memang terbaik la. Berbaloi-baloi. Pastu nampak lak Pn. Syanaz. Dapat lagi diskaun. Hahhahahaa.. Sampaikan Bos jakel pun mak aku dah kenal. Jakel kan banyak bos-bos.  Pn. Syanaz ni wife owner kot. Eh entah.. Masa nak beli kain nikah , Kak syanaz ini bagi harga yang paling terbaik.. Kakjila suka sangat-sangat. Kain lace package 1k ++ tapi kak syanaz bagi aku 800 sajooo.. Dah jimat sangat-sangat. Kain baju melayu yang terbaik punya.. Eh dah dah.. citer hal lain lak..

So bila kakjila berada ditingkat situ. Nampak lace sana sini. Kakjila jadi terbuntal-buntal mata macam ikan emas. Pastuuuuu terus berkenan dengan sejenis kain.. Tanpa segan silu... Nurul....!!!! zila nak kain tu. Hahahahaha. After matching kan bla bla bla... Terus grab.. Amik kain baju melayu ala valentino bla bla apa ntah pastu tambah 1.5meter untuk aisy.. So secara automatiknya kaler yang kakjila pilih ini untuk dipakaikan first raya nanti!!!!!!!!!.. Kaler apa kakjila amek..hikhikhikhk.. Sila refer picture kat bawah ni yek!!

Ha kaler ini la kakjila nya baju.. Kakjila nak semangat aura negari kedah kot..Main color green emerald ok!!!!.. Kuning tu kakjila wat base untuk kain lace kakjila..huhu.. Meriah ko..!!!! tapi ada aku kesah. Dari jauh nanti orang nampak kakjila ngan kain kuning terang...!!!!!

Raya nanti nak amek gambar kat studio la. Studio kat penang sebabnya tahun ni kakjila beraya di Penang. First time oooo nak raya kat sana. Tahun lepas raya kat Putrajaya..  Kalau time tu nanti aisy dah pandai jalan.. Abis la kakjila wei...