Pages

Thursday, July 25, 2013

Resepi biskut MILO

Ok ada beberapa orang request resepi biskut milo kat inbox fb zila. So hari ini meh zila share resepi biskut milo ni yek....



  • 1/2 susu pekat
  •  1 1/2 gula halus 
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 5 cawan tepung sagu
  •  2 cawan planta

milo ikut suka.. kalu tengok dah uli tu nampak pucat tambah lagi milo tu. Kalau korang nak rasa biskut milo tu rasa rangkup.. krakkk kruukkk krakkk krrruuukkk ha tambah sikit tepung sagu tu yekk.. Resepi ini untuk 1 adunan.. Macam contoh gambar yang zila tunjukkan sebelum ni.. SINI..  1 adunan ni boleh dapat 3 balang tapi depends pada bentuk yang korang buat tu la yek..

Selamat mencuba... ceriakan hari raya anda dengan biskut milo.. kihkihkih...

Biskut coklat yang menjilat jari

Ok hari ni meh kita citer pasal biskut raya lagi.. Ini biskut raya yang kedua untuk mak mertua zila dan rumah mak. Buat lepas sahur, so bila biskut siap bau pun menyucuk-nyucuk la lubang hidung ni. Mula la nafsu tergugat. Tapi alhamdulillah nafsu nak makan takde.. Nak rasa kena bertahan sampai berbuka.. Lepas berbuka memang zila tibai biskut coklat ini.. Ya Allah sedapnya...hahahaha puji sendiri.. Kalu sebelum pregnant ni, biskut-biskut raya ini memang pandang sebelah mata. Time pregnant keinginan nak makan biskut raya membuak-buak. Ok jommmm layan gambar biskut coklat zila ye

Acara menguli menerap suma dah settle ye kawan- kawan. Tinggal nak bakar masuk dalam oven je.. Comel kan.. Guna manik-manik love merah.. Baru naik kaler biskut coklat ni..Bulat- bulat itu comel. Nak buat bentuk lain pun boleh.. Bentuk bintang ke love ke tapi bulat kan senang (^-^)

Monday, July 22, 2013

Biskut milo ku

Yeahhhhhh.. Keghairahan nak buat biskut raya secara pantas², akhirnya berjaya beb... Malas nak citer panjang².. So tengok sendiri la gambar² yang disharekan ni.. huhuhuhu. First biskut raya kami.. Picture bawah ni bahan-bahan dia la yek.. Guna tepung gandum, tepung sagu, gula halus, susu pekat , dan planta.. Ha nampak bahan-bahan dia sikit je .. Takde la banyak mana.. Joooommmmm layan gambar

Sunday, July 21, 2013

Yummie di Bangi

Hari ini cukup la 13 hari kita berpuasa termasuk zila. Alhamdulillah dapat 13 hari berpuasa dengan keadaan mengandung ni kan.. Walaupun kekadang tekak rasa kering je pastu dugaan paling tak leh blah.. Mata cepat sangat mengantuk.. Belum jam 10 pagi mata dah minta dilelapkan.. So cabut jap pergi surau, charge badan kejap. Bagi energy bertambah. Semoga tahun ni dapat puasa penuh.. Sebabnya kemalasan yang amat sangat nak ganti puasa..

Sabtu lepas zila, mak dan adik pergi beli bahan nak buat biskut raya.. Gigih wei awal-awal dah beli bahan kuih.. Kami gerak lambat sebabnya incik abah la. Ingatkan nak ikut. Kita ni semua punya la tunggu dia siap mandi semua. Sekali dia kuar toilet kata tak nak ikut.. Ggggrrrrrr.. Sabar je la.. So kami terus gerak ke bangi.. Sampai sana perghhh ramainya umat manusia. Zila yang memboyot² pun lorat nak menyelit² celah orang...hahahhahaha. Last²  malas la..Kang orang langgar²  i lak kan. Dah la 8 bulan. Lorat gak nak mengambil barang. Last²  jumpa kerusi then duduk diam²  jaga barang.. Sebab tak mampu nak berdiri je. Lenguh kaki..

Thursday, July 18, 2013

Risiko dan bahaya HB rendah semasa hamil

Semalam petang zila pergi check up kat KK..Petang lak tu, takpe kita layan je.. Mujur kk presint 11 tak seramai macam kat KK presint 9.. Kalau tak boleh menguji kesabaran jugak la kan.. Cam biasa la kan.. Amek nombor giliran pastu pergi check air kencing, berat badan dan hb sebelum pergi jumpa nurse.. dan cam biasa hb rendah.. Aiyoookkkk.. Apa lagi nak buat weii.. tapi kira ok la bagi zila sebabnya masa awal-awal hb rendah dalam 9 lebih.. hebakkkk kan.. huhu...hebakkk la sangat weiii.. Bila dah 3x hb rendah, nah hamekkk doktor tukarkan jenis ubat lak.. dulu dia bagi 4 serangkai tu.. macam-macam la.. Pastu tukar 1 jenis je. Yeahhh saya suka. tak payah telan banyak-banyak kan.. satu penyeksaan gak la.. Doktor bagi iberet folic.. dose yang tinggi.. Macamm gambar kat bawah ni ha..... Benda ni la yang zila telan dan akhirnya hb naik walaupun seciput alam je.. Susah bebenaouuuu ko nak sampai bacaan 11.0 wahai darah!!!!!

Penulis sebenar nukilan DAYANA...




Sejak semalam ada terbaca nukilan dayana aka isteri pertama Ashraf Muslim ni.. So zila antara salah seorang yang membaca nukilan tu DAN pagi tadi godek-godek blog.. Keluar satu entry yang menarik.. Penulis sebenar nukilan tu.. Dah pulakkkkkk.. Mati-mati ingat nukilan dayana tu. Sebab memang mendalam maksud nukilan tu.. Penulis sebenarnya ialah ANA HAWANA.. Sapa ni??? Zila pun tak kenal..ahhahaha.. Ni dapat info dari blog.. SINI

Ntah sapa la kengkawan ana hawana ni yang pergi copy paste nukilan tu.. pastu kan kalu korang perasan last nukilan tu ada nama dayana.. Tapi yang zila baca tu takde tertera nama dayana.. Saje je la tu orang yang copy paste.. Dah jadi satu isu.. Tak pasal-pasal dayana lak yang kena. Mesti orang kata dia yang buat.. Member dah terpinga-pinga kan.. Ni antara salah satu zila copy dari blog tu. Takmo cerita panjang-panjang.. Korang klik je kat link tu.. Baca sendiri... ;)



Wednesday, July 17, 2013

Keperluan baby dan link untuk checklist baby


OK update lagi seperti yang dijanjikan.. Sebab baru jumpa gambar. Gambar atas ni hak milik mutlak kak long. So ni barang-barang untuk anak dia lepas diagih-agihkan.. Siap periuk ko.. Untuk apa periuk kecik tu. Mak kata untuk tanam uri anak. So kak long dah selamat guna periuk tu untuk tanam uri anak dia dan opkos semua kerja-kerja menanam uri ni kerja si suami kan.. Hope masa zil bersalin suami ada.. Boleh azan kan dan tanam uri anak dia sendiri.. Almaklum hidup pjj lagi.. huhuhuhuhuh

DIY Fabric covered bins

Kerajinan untuk baby sendiri. Walaupun penat tapi buat jugak.. Semua demi anak sendiri.. Ramai kata beli je dah siap. Tak payah nak susah-susah balut sendiri.. Memandangkan point utama... Jimat selagi boleh jimat.. hahahahahha.. So buat sendiri dan sangat puas hati dengan hasil sendiri walaupun comot selekeh dan seanteroooo dengannya

Bahan yang kena ada

1- Bakul
2- Span nipis
3- Kain
4- Gam tembak..
5- Gunting

First balut bakul dengan span nipis ni ha.. Macam gambar kat bawah ni ha..Span nipis masa ni beli 4 je.. Sebab tak reti nak agak.. So hasil dia macam kat bawah ni la..Ala lagipun nanti kena balut dengan kain.. So abaikan kawasan mana yang tak cukup span tu.. Bawah bakul pun zila lekatkan span nipis tu.. Lekat kan pakai gam tembak je.. Bahan-bahan yang ada jangan dibazirkan ye.. JImat jimat jimat!!!!!

Persediaan sebelum bersalin


Haaaaaaaa nampak tak longgokan yang melambak-lambak ni.. Semuanya untuk baby bukan untuk diri sendiri.. Semua ni bukan untuk baby zila je tapi untuk baby kak long gak.. Barang-barang ni beli sebelum kak long bersalin.. 3 hari sebelum kak long kena operate.. Memandangkan kak long kena tahan wad disebabkan uri kat bawah so kami lah yang kena beli kan... . Lupa nak bagitau, kak long kena tahan wad since kandungan dia masuk 8 bulan.. So ada kat sebulan lebih dia kena tahan wad. Takut pendarahan dan doktor suruh dia rehat.. Kesian ko long...

Ashraf Muslim makin popular

Ashraf-Muslim

Sejak dua menjak ni si ashraf muslim ni muncul. Lepas dia kawin macam tak banyak citer pasal dia ni kan.. Pastu timbul gara-gara dia pergi mahkamah pasal poligami. Reason kata takde anak lagi dengan isteri. Ada orang dah kawin berbelas tahun still tak dapat anak.. Rilex je takde kawin lain.. Jangan la bagi reason camni.. Semua ni kan kerja tuhan. Tapi tak tau la kalu orang yang buat cerita.. huhuhu...Bila orang kaitkan dengan dengan wan sakina dia nafikan..marah dan bla bla bla bla.. Pastu hamekkk semalam mengaku sudah berkahwin dengan thailand.. Adoiii tak boleh bersabar sikit lagi ke sampai kena pergi thailand.. Tak paham la napa kalu tak boleh nikah mesti lari pergi thailand... Kang ada anak.. Anak tengok tempat bernikah kat thailand.. kih kih kih.. apa-apa la... janji bahagia

baby oh baby


Makin aktif my lil darling ni.. Perut herot berot... Agaknya macam ni kot dia beraksi di dalam perut...hahahhahaa... Tak sabar nak jumpa baby face to face... Memang akan digomol-gomol seperti aiman ..huhuhuhu

Ada budak jepun di dalam rumah


Sapa budak tembam si mata sepet si putih gebu ni.. Ni lah anak buah saya.. Comel tak???? Anak kak long zila. Anak dia ni kua ikut 'tingkap'.. huhuhu.. Sebab uri kak long dah stage 3. Dah tutup jalan baby nak keluar. So terpaksa la baby keluar ikut tingkap kan.. Takpa la kan.. Janji dua-dua selamat. Masa dapat picture budak kecik ni.. Dalam hati bercakap " Manghhhaiiii bapak putih budak ni macam anak jepun"... Mak cakap putih macam anak jepun.. Ni ikut masa kak long baby.. Ooooo No wonder la anak dia macam anak jepun. Ikut mak dia rupanya.. Mak dia bila dah besar gabak takdenya putih cam jepun. Mata je sepet. kihkihkihhhhh....

Nama baby Muhammad Aiman tak kesah.. heheheheheh.. Lahir pada 8 Jun 2013.. Datang atok dia suh operate 060613.. Sebab angka depan cantik kan.. Memandangkan tarikh tu lom cukup bulan. So doktor nak belah 080613.. hehehehe.. 

Tuesday, July 9, 2013

Tips dan Persediaan Berpuasa Bagi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
  • Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
  • Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  • Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
  • Banyakkan bertenang.
  • Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
  • Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
  • Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Wanita hamil berpuasa

Yeahhh!!! First day berpuasa dengan perut ke depan dengan jayanya.. Hihiihiiii.. So far zila dah masuk 8 bulan.. Lagi 4 minggu nak 9 bulan.. Ayoookkkk..

Sebelum ni zila pernah try berpuasa masa pregnant ni la. Test dulu.. Nak uji ketahanan perut dan kecekalan baby dalam perut.. Alhamdulillah berjaya jugak. So harap-harap arini pun berjaya menahan dari lapar dan dahaga.. Pagi tadi sahur dengan nasi + sayur bening.. Abis makan duduk sat makan lak 3 biji kurma.. Memandangkan zla asyik batok kohong-kohong so kena la makan ubat kan.. Perghhhh tak sampai 5 minit muntah beb.. Adoi punya la dah set dalam otak jangan muntah jangan muntah.. Kalu start first sahur time preggy mesti muntah. Mujur tak banyak..

Pastu pujuk baby supaya bertahan coz mama dia dah muntah.. Siap cakap ngan baby.. Baby mama dah muntah la. macam biasa la kan. So sayang jangan minta makanan tau.. Makan apa je yang ada dalam perut mama ni.. Tapi jangan tendang kuat sangat ye. Nanti tenaga mama abis.wakakkakakka.. Bolehkan sayang.. Kalu boleh tendang sikit.. OK baby dengar kata. Dia pun tendang... Aloooohhh sweet nya ko sayang.. Tak sabar nak jumpa baby depan-depan mata.

Hope dapat bertahan... So arini zla nak share sikit info pasal wanita hamil boleh berpuasa ke tidak

Terdapat dua hukum...............

Siapakah Puteri Awani

Korang mesti dah tengok video budak pompuan ni kan.. Asalnya zla takde la nak amek port. Bila dalam group whatsapp member kata " Korang dah tengok lom video pompuan wat janji untuk bf dia yang baru kapel seminggu"... Whattttt???? kapel seminggu dah buat video???

So secara pantas pergi godek FB dengan harapan jumpa video budak ni.. Akhirnya jumpa la kan.. Tak bape clear sebab music background lagi kuat dari suara dia.. Ke zla yang mengalami kepekakan sejak pregnant ni. hahahahhaa.. Alasan takleh tima pakai.. Adik non awat la ang p wat video cenggitu.. Alahai.. Totally yang zla tengok ramai yang mengutuk video budak ni.. Dik tak sweet pun.. Baik study sampai abis. Zla pelik budak zaman sekarang macam-macam hal.. Almaklum suma benda dah canggih kan...

Tup-tup arini buka blog.. kata budak ni dah clash pulak... Alahai tak sampai sebulan dik non.. Kesian pun ada. Sebab bf seminggu dia tu macam blame dia balik.Orang banyak mengutuk budak ni.. Alooo tak semua orang prefect.. Setiap orang pernah wat kesilapan.. So dik non lepas ni takyah la buat benda ni semua.. Malu family....

Korang boleh baca statement bf seminggu dia kat sini ...MEH KLIK SINI

Statement puteri awani lak.... MEH KLIK SINI


COMING BACK

Sila pantas- pantas korang tengok last entry zila bila.. kih kih kih.... Bulan April aritu.. So dah 3 bulan tak update blog ni. Ala kalu update ada ke yang nak membaca.nge3.. Ok sekarang tengah rajin. Nanti zila update apa yang perlu.. Daaaaa........