Pages

Wednesday, February 19, 2014

Spiderman merehatkan diri


 Comelkan budak 3 orang ni termasuk dengan paksu dia. Tapi sedia maklum paksu dia nemang over sangat-sangat. Suka sangat besarkan lubang hidung dia yang sememangnya besar

Baju ni mak beli kan masa pergi kelantan, so dia beli kan untuk anak dengan 2 orang cucu dia. Tang dada ada lampu berkelip-kelip. Datangkan si iman suka men tekan-tekan kat situ.. Sebab nanti lampu tu berkelip-kelip. Si muhammad lak lagi lawak.. Time dia meniarap dia suka tarik-tarik baju dia. Pasal lampu kelip-kelipnya hal. Sampai tergolek ..Penangan lampu kelip-kelip

Picture ini kak long bagi kat whatsapp.. Masa tu on the way balik rumah.. Rasa nak sepuk-sepuk je sebab comel sangat-sangat.. So layan la picture lagi 2 ni.. 

Erra Fazira bercerai dengan Engku Emran

Wahhh..bab artis kemain macam beautiful nara.. malas citer panjang. so baca la artikel ni.. copy paste ..daaaaaaaa




SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.

Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida.
Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).

Manakala Engku Emran diwakili peguam Roslan Sujak Rafiee.
Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.
Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.
Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.

“Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya.
Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Monday, February 17, 2014

my baby boo

Whats uppppp... Sekarang dah bulan Feb last update bulan Nov 2013. Kemain lamanya kan kan kan.. Tapi ada aku kesah. Anak pun dah nak masuk 6 bulan. Citer aritu dah tergantung sebab kemalasan nak update. So arini aku citer serba sedikit.. Ringkas dan padat!!!!

Alkisahnya anak aku keluar time orang dok sambut merdeka. Tapi dia tak merdeka pun sebab kena admit kat nicu.. kekurangan oksigen pastu jantung dia dah lemah masa dalam perut. Padahal jalan baru 7cm. Pastu datang doktor suruh push jugak. Nak tak nak aku push jugak la. Gabak pun gabak la janji anak aku selamat lahir walaupun nyawa dia masa tu 50-50.. Masuk nicu zon kritikal. Aku just dapat rasa satu benda atas dada aku iaitu anak aku. Yaaa dia tak nangis. Lepas tu nurse terus bawa baby keluar dari LR. Lepas husband azankan baby nurse terus bawa baby pergi nicu. Bayangkan apa perasaan aku time tu. Sedih yang teramat sangat. Setiap malam aku nangis. hahhahhah.. Miss B membengkak.. susu mengalir tapi baby takde. warrgghhhhh... First day tak tengok camna muka baby yang sepenuhnya just nampak muka dari tepi je..

Esoknya aku dah boleh balik so sebelum balik pergi la lawat baby.. First time nak pergi jumpa baby dah berdebar-debar. Lain macam je rasa dia.hahahah. Perghh memang baby aku putih melepak. Akhirnya dapat gak tengok face to face. Tengah sonok-sonok tengok baby tetiba jantung baby drop.. Bayangkan apa aku rasa. Nurse suh husband bawa aku ke depan dan time tu tetiba aku nak pengsan.. Sebab terkejut tengok baby jadi camtu. Daripada boleh balik terus tak dapat kena admit balik satu malam..