Pages

Monday, March 11, 2013

Hilang lenguh dengan adanya Lotion Mustajab Rose Scent

Wahhhh entry dah macam duta dunia herbs lak kan..padahal takde maknanya la kan.. Sejak berbadan dua ni..(wah bukan main lagi) zila amalkan lotion mustajab ni sebelum tido dan kalu lenguh-lenguh memang terus sapu.. pergi opis bawa keluar bawa. Kira pergi mana-mana pun bawa la si comel ni kan. Sebab sangat-sangat berguna.. 


Lotion ni yang zila guna sekarang.. Oppsss picture kabur lak kan.. Janji nampak kan.. Handphone tak canggih mana..kui kui kui

Puding Caramel zyla

Hari tu membelek majalah saji.. Oh man terjumpa lak puding caramel dan zila tetiba teringin lak nak makan puding caramel. My febret ok. So takde la susah mana nak buat tapi kena ada kerajinan ler kan. Zila buat ari jumaat malam. So sabtu pagi dah sejuk dan boleh la jamah sikit and tapau bawa balik umah mak mertua. Citer dah lapok baru nak share.. kih kih kih

Cara dia senang sangat.. Orang paling pemalas cam zila ni boleh la buat. huhu

Bahan-bahan

7 biji telur (ikut la nak gred mana pun..janji telur ayam. jangan letak telur itik la.. tapi ntahhh rasa pe..tak pernah try lak kan..huhu)
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu kecik vanila
1 sudu kecik tepung custard

4 scope gula pasir

Cara penyediaan
Senang sangat.. Hang campur je semua tu ikut susunan..Macam zila campur je suma dalam mesin blender.. Orang malas kan. Semua kerja nak cepat dan ringkas. Sapa rajin haaaa korang pukul la sampai kuar muscle kat lengan

Pastu gula pasir tu korang cairkan. Cairkan kat kuali je.. Panaskan kuali pastu lempau kan 4 scope gula dalam kuali sampai cair. Dah cair haaaa masukkan dalam loyang. Pastu korang gelek gelek loyang tu sampai rata.. Kat bawah ada gambar ye.. Jommm layan



Wednesday, March 6, 2013

Minggu ke 14


Officially week 14.. Macam tak sangka je dah 14 minggu baby kat dalam perut ni.. Baby jangan nakal nakal ye. Kena pandai independent macam mommy tau.. hohooooo. Checkup pun dah 2x pergi. Alhamdulillah semua nya ok. Walaupun zila kurang makan ubat dari doktor. Zila just makan ubat dari Shaklee je.  Walaupun zila jenis malas nak makan ubat tapi kena gak rajinkan diri semata mata untuk baby walaupun kekadang lupa.. Sama la macam minum susu.. Balik penang nak scan my tummy.. Nak tunggu doktor scan memang lambat kena tunggu 5 April ni.. Mr. Amir yang semangat suh buat scan.. Layan je la. Sememangnya zila pun nak tengok jugak .. Aritu nurse cuba nak dengar denyutan jantung baby.. Tapi nurse kata baby kecik lagi susah nak dengar.. Dia tonyoh tonyoh la perut ni. Tapi yang zila dengar bising je.. Baby main pusing pusing kat dalam kot..

Meh sini kongsi info..

Masuk minggu ke 14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita (lajunye!). Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat salur darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa.

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi adalah sekitar 3 setengah inci/ 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns/ 43 gram (last month, ukuran diorang dalam 5 cm sorang..I wonder..macam mana la sekarang ye?). Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerutkan dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.

Fetal Development Week 14 (Pregnancy Health Guru)

Alahan Dan Perubahan Masa Mengandung

Selamat petang semua.. OK update ketika di ofis. Nampak sangat macam takde kerja kan.. Memang pun!!! Kerja settle. Pagi tadi join inpection ngan JKR.Lama ok!!! Dan sangat sangat tak tahan, sebabnya kena berdiri. Tapi ingat diri ni nak berdiri je.. Opkos curi curi duduk. Biaq p la nak kata apa pun.. Pinggang dah sakit sakit.. Nak buat cmnoooo kan.. Pembawakan budak pastu kena kerja lak.. layan je la....

Alhamdulillah kandungan zila dah 14 minggu 5 hari.. Siap mention hari ok. Almaklum la install app pregnancy kan..kih kih kih...Dan setiap ari zila rasa teramatlah malas nak pergi kerja. Dulu kalu malas nak pergi kerja mesti lambat lambat siap dan confirm akan sampai opis lambat. Dannnnnn opkos thumbprint jadi merah menyala macam biji mata naga.. Tapi bila pregnant ni, memang kejadian malas ada.. Siap memang saje lambat lambat tapi sangat pelik kenapa still sampai opis sebelum kul 8?? Sangat pelik. Siap lambat sampai opis awal.. 

Meh citer serba sedikit alahan yang zila alami semasa pregnant. Awal pregnant memang takde alahan. Haaaa tungguuuuuu alahan bulan kedua!!!!