Pages

Wednesday, April 16, 2014

Bahaya Pneumokokal

Kakjila nak share info berkenaan dengan pnuemokokal ni. Bila dah ada anak ni semua benda kena amek tau.. Ini yang kakjila dah baca-baca dan dah godek-godek kat dalam website. So kalau ada info yang kakjila share ni salah.. Habaq mai noooh.


Apa itu jangkitan Pneumokokal?
Penyakit pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.

Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.

Bakteria s. pneumoniae menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan bakteremia (keracunan darah) dan juga otitis media (jangkitan bahagian tengah telinga).
Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal ialah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksinasi penumokokal untuk kanak-kanak

1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.

2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.
Vaksin ini boleh diambil seawal anak berusia 2 bulan hingga 5 tahun. 4 dos kesemuanya. 3 dos sebelum anak berumur setahun dan 1 dos selepas setahun.Buat masa sekarang, vaksin ini hanya boleh didapati di klinik dan hospital swasta sahaja. 
Harga vaksin ini dalam RM200-RM350.. Ini pun tengok pada klinik la yek. Kalau company korang leh cover untuk vaksin ini better korang amek jangan dipersia-siakan yek.Sayangilah anak anda. Anak kakjila pun bakal dicucuk vaksin ini. Sapa tak sayang anak kan.. (^-*)v
Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).Nak tahu lebih lanjut pasal penyakit pneumokokal ini.. korang baca kempen ABC ini.. Aim for Boarder Coverage segalanya ada dekat sini.
Cara sebaran
Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibodi pneumokokal yang rendah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan tersebut. Kuman disebarkan kepada kanak-kanak melalui pelukan dan ciuman oleh ibubapa atau orang dewasa yang mengalami selsema. Ia kemudian disebarkan kepada kanak-kanak lain melalui bersin atau batuk. Selain kanak-kanak , mereka yang HIV positive dan mempunyai sistem imunisasi lemah seperti perokok dan warga emas turut mudah dijangkiti
OK ini jelah yang serba sedikit yang kakjila share.. Kalau korang nak artikel ini pun ada. Korang boleh print then baca sampai paham yek.klik kat perkataan sebelah ini yek. DOWNLOAD

1 comment:

  1. Salam, admin jemput datang ke weblog saya okayss???
    SYOKBAH - Portal Hiburan dan Gosip ---> http://syokbah.com/

    ReplyDelete