Pages

Tuesday, February 12, 2013

Petua menghilangkan rasa mual ketika hamil

Nahhhh... hebat tak entry tu.Budget macam orang zaman dulu dulu kala yang banyak petua petua yang nak diturunkan kepada generasi bawah bawah .. Tapi yang ni zila just google je.. Sebab rasa mual ni datang tanpa dijemput pun.. Sangat meletihkan sampai perut pun krem ok..



Meh meh sini zila share petua yang mana zila tau dan yang mana zila dapat dari mr.Google ye... Jeng jeng jeng... Salah satunya...Hurrmmm.. scroll ke bawah ye




  • Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insha Allah rasa loya akan hilang.







Korang ingat daun kari untuk halau lalat dengan masak kari je.. Untuk menghilangkan mual pun boleh.. Sila cuba dirumah ye ;)



  • Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.




Ni normal la kan. kena banyakkan ambil sayur sayuran serta buah buahan... untuk diri sendiri dan jugak baby...


  • Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.









hemoglobin kena maintain eh.. kang kurang nanti kena cucuk banyak tempat. Macam makcik zila. Kesian sangat kat dia. Awal pregnant HB dia ok. lama lama HB dia makin lama makin turun. Pastu seminggu 7 kali kena cucuk. Nak tau kat mana??? Kat tepi peha , montot... Sampai lebam lebam.. Nak hilang rasa sakit tu makan masa 3 bulan ok. Now makcik zila dah selamat bersalin dan sakit tu terasa lagi.. Kalu duduk atas simen rasa ngilu je.. Sian makcik...





  • Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.





Yang ni dapat dari hasil google.. Tak pernah try lagi... Nanti try la.huhu

  • Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. 




Memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini.Ikut nasib la..

  • Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insha Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)









Zila mengamalkan makan kurma nabi.. Member dari dubai bagi.. Thanks liyia ;)


  • Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.




oooo.. zila amalkan teh o panas je.. halia lom try lagi. mau kentut kentut non stop ni..hahahahaha


  • Sediakan biskut kering (plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi katil. Petuanya, kalau pagi-pagi masa baru bangun tidur tu… makan 1/2 keping biskut ni dulu sebelum mandi. Sebab orang kata biskut ni serap asid dalam perut macam tu lah lebih kurang so dia akan menghilangkan rasa loya nak muntah tu. 










Ok.. ni dapat dari hasil google... Nanti try la....




Ok.... try di rumah ye... Untuk menghilangkan rasa mual..... Sekarang ni zila sangat sangat tak leh bau orang masak, bau bawang. Cnfirm rasa nak pitam. Aritu Mr.Hubby yang settlekan barang2 masak..hahahhaa... Gasak la yang oi..... Muahxxxx

No comments:

Post a Comment