Pages

Tuesday, August 13, 2013

Kontraksi Braxton Hicks

Hari ini masuk minggu ke 38..  Mula rasa dalam minggu ke 36.Perut asyik mengeras dan opkos terasa amat sakit sebab kulit tegang.. Mujur tak koyak.. ehhehhehhe...Tapi masa 36 minggu tu tak terasa sangat sakit dia.. Dia tegang gitu-gitu je. Tapi bila masuk 37 minggu lain macam lak ketegangan dia. Sampai susah nak berjalan. Orang kata kalu nak atasi BH dengan teknik penafasan.. Idok la ku tahu selama ini. Lepas ni kalu kena BH kena buat teknik penafasan dengan betul.

Dari info yang zila baca, BH ni terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Sebenarnya untuk penyediaan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.Haaaa camtu la yek..


Kontraksi lebih kerap berlaku sekiranya :

  • Semasa senaman atau bawa barang berat-berat
  • Dehidrat
  • Mengurut perut
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa hubungan seks
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi Braxton Hicks:


    • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
    • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
    • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
    • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
    • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
    • tidak bertambah intensiti.

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:


    • tahan lama;
    • lebih teratur;
    • lebih kerap;
    • lebih menyakitkan;
    • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Tip untuk rasa selesa semasa Braxton Hicks:

  • Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  • Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  • Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  • Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  • Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

No comments:

Post a Comment