Pages

Wednesday, February 20, 2013

Fizz Fairuz putus tunang selepas seminggu. Tunang isteri orang!


Petikan laporan dari akhbar tempatan:

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan ramai pihak kerana Fizz sebelum ini bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu. – Harian Metro


Macam macam la citer pasal artis ni. Memang pelik sangat ok. Takkan ko nak bertunang ko tak kenal asal usul dia. Main tunang je. Tapi suami ex tunang fizz tu tak salah kan dia, sebab isteri dia tu lupa ingatan.. haiyaaa cenggitu lak ke.. Dorang kahwin kat selatan thailand then tak daftar kan perkahwinan dorang sebab takut wife pertama tahu.. Pastu isteri no2 dia lak tak bagitau family dia yang dia dah berkahwin. Macam macam la. Nak kawin 2 tapi takut bagitau wife.. Pastu sorok wife no2.. hurrmmm macam macam la dunia.. 

Almy Nadia bagitau fizz kena buatan sihir.. SUh berubat.. Kesian dekat almy nadia.. Tak tau camna la citer dia pasni.. Hope dia dapat jodoh yang baik. Pasal fizz dengan ex tunang dia. PAndai pandai la dia handle. Ang nak p berubat ke apa ke.. biaq p la.. 

1 comment: