Pages

Monday, January 21, 2013

Kurma Ajwa (Kurma Nabi)

Setelah aku disahkan mengandung, walaupun aku tak pergi check kat KK lagi.. hahahaa.. Dalam kepala ni dok fikir.. ooohhh nanti nak cari kurma la. Nak makan bagi baby rasa.. wahhh so sweeeeettt (uweeekkk..ohh mabuk) Sejak tau sampai arini, baru aku sempat bila kurma.. Mana taknya kerja aku asyik asyik terlupa je.. Banyak makan kerangga merah kot. So arini pergi ikut zati, pergi alamada je.. Haaaa nampak macam aku takde kerja kan. Ala report dah siap pepagi buta.. petang boleh jejalan. Misi utama nak cari jeruk IZ aka izati zul jeruk..(nama ni zati yang letak.ahahhaaa) tapi tak buka.. hampeh.. pastu lalu depan kiosk kecik kecik kat tengah tengah depan kedai jual majalah.. ohhhh ada kurma la. 

zati: ha kak beli la kurma ni
aku: nak beli la ni
zati: kak beli kurma nabi ni.seres sedap kak, haji pun suka kak. ayah org beli masa pergi mekah.. bla ...bla.. blaa.....ahahhahaha
aku: confirm eh sedap
zati: sedap laaaa.. oohh makcik ni dah marah ..
aku: kak segram dapat bape ni
penjual: 10 biji je
aku: maghaiiii 10 biji je zati RM18..
zati: ye laaa kurma ni mahal..
aku: ok ok.. kak 200 gram je la kak
penjual: 20 biji dik
aku: ok...zati dapat 20 biji je zati. boleh la wat testing dulu.. 

Pastu balik dari alamanda aku whatsapp member aku yang kerja kat dubai. hujung bulan ni dia balik malaysia kan.. So minta dia beli kan la kurma nabi tu.. Nak rasa kurma dari sana camna lak.. Padahal kurma nabi mesti rasa dia sama kan.. Member aku kat 200 dirham.. wahhh dia main dirham lak.. leh dapat 150 dirham.. Kalu nak murah kena pergi kawasan pendalaman.. So aku decide beli jelah kat dubai.. baby nak yang kat dubai.. oh mengada ok..So kita tunggu kurma nabi dari dubai.. awal bulan februari dapat lah kurma nabi tu.. Aku pesan kalu tak sempat takpa la.. Sebab kesian kat dia.. Kerja sampai sakit sakit.. Liyia tak sabar nak jumpa ko..... 

Nak tengok rupa bentuk kurma nabi ni. pada sapa tak pernah tahu la.. Meh meh sini den tunjuk eh


Ni la rupanya.. Comel comel kecik kecik gitewww.. OHHHH.. teramat lembut.. Aku ni dah la jenis payah nak makan kurma. Aku makan kalu kurma tu sedap je.. Kalu keras memang aku pandang sipi sipi sempoi sempoi bahasa.. Kurma ni sangat menghayati kalu makan. Sedappppp sangattttttttttttttttttttttttttt.. Nampak aku menunjukkan huruf T yang banyak, menunjukkan kurma ni memang sedap ok!!

Apa gambar yang aku post tu tak bape clear.. aje gila tak clear.. meh aku tunjuk selambakkan buah kurma nabi ni lak.. 


Haaaa dah bagi selambak kan.. Nampak tak kesedapan kurma ni.. Ngok gambar pun sedap.. Ni selonggokkan aku bagi lak..



perghhhh kalu dapat macam ni, memang sedap la kan.. setiap ari aku makan 7 biji... Kalu dok negara Arab kan senang.. Leh main petik petik je.. EH eh eh ..... ingat petik buah mangga ke.. ahahahaha.. verangan je laaaaaaaa

Meh aku share info sikit..since mengandong ni kena banyak menggggooogglee.. Macam biasaaaaaaa

Kisah dan asal usul kurma ajwa

Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.


Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.


Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.


Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Qola rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam :

“man tashabbaha kulla yaumin sab’a tamaraatin ‘ajwatan lam yadhurrahu fii dzalikal yaumi summun walaa sihrun”. (shohiihul bukhaari)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Diantara Hadis-Hadis Dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma:


1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


2. Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


4. Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.


5. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.


6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


7. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)


8. Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”


9. Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “


10. Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”


11. Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”


12. Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.


13. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”


14. Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

1 comment: