Pages

Saturday, January 19, 2013

Catering untuk majlis perkahwinan

Arini citer pasal catering.. Kami pilih Yaz Food Enterprise!!!!! Kenapa....?? Sebabnya wajib la membantu family sendiri kan. catering ni makcik aku sendiri. Kalu bab masak, makcik aku ni tip top. aku lak jenis suka makan.. memang superb la masakan acik aku ni.. Sebelum majlis, acik aku siap wat test food ok.. satu family tok Hamzah berkumpul. Sama sama rasa masakan acik aku yang sememangnya sedap.. Actually acik aku pun ada kerja lain gak.. Jaga kantin. bukan jaga kantin cam pak guard tu. Makcik aku diberikan kepercayaan untuk memasak di kantin sekolah kat kampung aku yang lagi tercinta tu.. Dulu masa aku cuti sem, aku pergi gak kat kantin ngan mak aku. Irfan opkos la ada.  Nasi lemak adooo kuih adooo nasi ayam adoooo. bukan main lagi budak budak sekolah sekarang ni.. oppsss terciter pasal kantin lak.. Nak ngok rupa makanan masa majlis. Ni tengok kat bawah... yang untuk VIP sebab tu kena letak kat bekas benda alah ni. orang panggil dome.. ye ke aku eja ni. ha bedal la.. ramai puji makanan masa majlis aku sedap. Ada member kata rasa nak tambah tapi segan. Ala watpe nak segan. Lauk banyak xluak pun kalu korang makan tapi ada gak yang menambah. wat la muka tak malu kan.. lauk sedap wajib kena tambah. Suka aku bila orang puji masakan makcik aku sedap.. Ni kira lauk orang jawa... memang superb la.. Aku suka sangat sangat..!!!! 




Kepada bakal pengantin yang masih mencari catering untuk majlis korang boleh la call acik aku ni.. dia teramat sangat sporting tau. kadang otak masuk air sebab anak buah ramai otak masuk air. hahahahah dan semestinya korang tak kan kecewa dengan masakan acik aku. paling tip top ok.. dulu catering masa kak long aku cam hampeh.. menipu je.kata ada free bubur kacang. last last bubur kacang tu ke laut. alasan mamat tu kata takde dalam resit. siot je orang melayu ni.. nak meniaga betul betul la. pastu tak sampai tengahari pergi jumpa mak aku kata lauk dah abis. kalu nak tambah boleh tapi kena tambah duit... oooo main kasaqqq bayar dah mahal ang dok main camni na.. acik aku ngan pakcik aku pergi terjah kat bahagian dapur, siap bawa camera and videocam lagi ok. rupanya melambak lagi lauk. ko saje nak kena kan teorang suh bayar makanan yang sememangnya teorang dah bayar.cmna nak maju kalu kerja ko menipu kaum ko sendiri kan.. pekerja dia siap dah tapau ko.. oh sangat melampau.. akhirnya pakcik aku jadi hero. kua kan semua lauk pauk tu siap pas abis majlis dapat tau untuk bagi kat family family yang datang. ha nampak tak bape banyak lauk yang dorang sorok pdhal abah aku dah bayar.. almost kat 11k ok!!!! benda makan dorang buat camni... pastu mak aku jumpa abg tu kata ini kali terakhir saya amik dengan awak.saya nak tolong kaun sendiri tapi kaum sendiri menipu. ahhhahaha kan dah kena sound ngan mak aku... AKAN TETAPIIIIIIIii... korang tak rasa macam yang aku rasa sekiranya korang amek catering dari acik aku... cepat cepat booking... masakan makcik aku sedap weiii!!!!!!

 No telefon ada dalam picture tu. korang leh call and berborak ngan acik aku.. pastu agak agak dah puas hati leh jumpa acik aku.. ahahhahahaha.. pastikan berpuas hati..


 haaaaaa ini la acik aku yang very da sporting .... anak bongsu dalam adik beradik mak aku. mak aku panggil dia adik... kami panggil mama je. anak sorang perempuan... ohhhh sudah berpunya..kih kihkih....

 acik aku jugak ni... yang tolong sediakan lauk makan beradab.. nampak tak kat belah kiri hujung picture atas ni.. ada lobster ko....!!!! besar.. hanya di meja beradab dapat makan sedap sedap. hahahahahaha



acik aku bersama cikgu cikgi dia.. pakcik aku yang pakai baju merah la.. bos kan kena pakai baju lain daripada pekerja dia kan..  

No comments:

Post a Comment