Pages

Saturday, January 19, 2013

soleminazation part 1


Meh aku citer serba sedikit tentang preparation aku sebelum majlis berlangsung.. sebelum kawin mesti kita kena wat preparation kan.. kalu duit dalam account banyak boleh la upah wedding planner. macam aku oh sangat tak mampu. so semua kena sedia kan sendiri.. Jimat kan kalu wat preparation awal-awal. Gap bulan antara majlis tunang dengan majlis nikah aku terlalu singkat gak la. sebabnya aku ikat pertunangan dalam 8 bulan je. Majlis pernikahan aku ni berlangsung bulan Oktober 2012 jugaksss.. nampak kan singkat.. Mengagau kumpul duit..hahahaa. So aku citer ringkas ringkas je la yek.. hope korang paham la yek pe yang aku cuba sampaikan.


1- Ohhhh kad jemputan.. aku puas godek kat jemputan aku tu. tapi tak jumpa lak. sebabnya seketoi pendrive aku tu buat hal. tak boleh baca lak. pastu aku dah tak leh nak amek picture picture dalam tu ok!! aku amat stress dikala ini disebabkan oleh pendrive tu.. ada picture time nikah.tu yang aku meroyan ni!!!  Kad jemputan aku tu aku buat sendiri je. ha nampak aku dah save.kih kih kih.... simple je la aku buat.. tulis tulis letak pic pengantin sikit pastu belakang map umah aku. settle.. print pun sendiri ok. satu kertas A4 muat untuk dua kad jemputan.. aku buat 100 keping je. so memerlukan 50 keping paper A4.. Nanti kalu ada pic full kad jemputan tu nanti aku tunjuk ye.. ni yang ada sipi sipi je.. huhu


 ha ni kira yang ada dalam kad jemputan aku. baru nampak islamic sikit. ada bismillahirrahmanirrahim. pastu tepek daimond 3 ketoi kat corak tu.. kerajinan aku nampak di situ.. tepek satu satu. kalu orang lain memang takde kuasa tapi aku la salah sorang tu. tapi sebab semangat buat sendiri so kena la semangat siapkan 


daimond ni semua beli ngan murah sekali 3 RM10. kira murah la tu kan.. ngam ngam untuk 100 kad ko.. oh letih sesangat..

 ni lak lakaran map nak pergi rumah aku.. pastu compare kan dengan google map lak.. ooo lakaran aku hampir sama ok. pasni dah leh buka kedai buat kad kawin.. kui kui kui

2- Tagging.. tagging ni buat sendiri. oh takde la buat sendiri aku dapat hasilan google lan aku.. dapat banyak jenis jenis border. so aku pilih yang ni la. petak petak senang aku nak gunting pastu letak double sided pastu main tepek tepek lak kat paperbag.. pastu three.. hahaha... berapa banyak pastu da...


3. Wording.. ni aku print je sendiri.. kertas beli kat kedai la kan.. sekeping RM1.50 sebab dia jenis macam bling bling macam lampu disko. aku beli 4 keping. takut terkurang so kena la beli lebih kan. aku print tang belakang dia then terbalik kan huruf dia. so nanti time gunting senang.. huruf tak terbalik..  camna nak terbalik kan.. camni.. buat kat microsoft word pastu pilih style... dah taip huruf yang kita nak then kat tengah tengah dia leh tarik. nak senget boleh nak herot boleh. so aku terbalik kan.. hehehe.. paham x?? kuang3x. dak akhirnya jadi camni..board ni aku recycle balik.. board ni aku pernah guna masa majlis pertunangan aku. so lebihan kain baldu tu aku buat background dia.. lebihan bunga gubahan tu aku tepek tepek kat atas tu.. lebih butterfly tu pun aku tepek tepek kat situ. ribbon tu pun sama. suma kat board suma bahan lebihan... banyak dapat dijimatkan.kui3 ....

                                                
4- Hand bouquet.. yang ni tipu la kalu aku yang buat.. aku tempah je handbouquet ni.. sebab aku tak sempat untuk buat.. tempah kat sini.. -->>> little flower pot

5- Goodies --- Hurmmm banyak ke goodies yang aku sedia kan. aku ni jenis kalu pergi nilai mesti beli sikit sikit. pastu bila kumpulkan makkkkk aiii takkan goodies aku banyak camni... takpa biar lebih jangan kurang ok!!! Meh kita tengok apa yang ada ye...


Uncang tu beli kat nilai je.. beli 5 peket sebab 1 peket ada 20 pcs. so nak genapkan 100 pcs kena beli 5.. sebab masa aku beli tu buy 1 free 1 ok.. murah kan kan kan.. kalu tak silap aku benda ni tak sampai RM 20 masa aku beli. Kalu silap ,.... im sorry.. hehehee

TQ Calender secomel tu aku tempat kat kawan aku.masa study kat UTMKL. aku order 1000 pcs sebab dalam pakej dia.. so nak bagi kad jemputan aku selit kan 2 ketoi.. balance dia aku selitkan kat kad sanding lak.. haaa nampak aku banyak kad. nanti citer yek!Sesiapa nak usha website member aku ni boleh la tekan kat bawah ni ye.. Ada bermacam macam jenis produk dia jual untuk majlis majlis tertentu.. majlis kawin  boleh tunang boleh aqiqah boleh.. eh suma boleh la.korang leh usha kat sini yek.. Now kawan aku tu ikut husband dia pergi oversea. so bisnes dia ada orang lain handle. sebab bukan dia sorang je yang handle. ada la bisnes partner nya..


Lagi satu goodies aku. Jar kat bawah ni yang adik aku pegang tu.. tu pun aku order je kat FB.. 100 pcs dengan harga RM 100 siap sticker. Jar dia memang besar gila ok. bukan jar yang jual kat nilai ni.. penutup jar ni memang tahan lama..maksudnya ko letak biskut takkan lemau la. kalu jenis kat nilai tu letak biskut memang cepat lemau. sebab dah test.. so berbaloi dengan harga dan ketahanan jar ni.. masa aku beli ada promotion. Now aku tak pasti lak ada lagi ke x.. so korang leh usha kat FB akak ni ye..





Oh frame lak.. frame tu pun aku order kat member time belajar kat UTMKL .. Budak ni sangat kreatif ok.. aku pun tak kreatif budak ni.. dulu masa study nampak kasar  sekali abis study dia yang kawin dulu. Now dah de baby.. comel.. harga memang berbaloi. bukan takat frame ni je dia buat. bermacam macam. korang leh usha page budak ni ye.. Fatt nama dia. bukan Fatty ok. Fateha.ahhaha



Kalu korang nampak kat atas picture ni.. kan ada tasbih.. tasbih, uncang besi , potpurri , sangkar putih semua aku beli kat nilai. semua aku beli sikit sikit. lama lama jadi bukit.. ketip kuku tu lak mak aku beli masa pergi kelantan. bapak jauh mak aku borong barang.hahahahaha

6- Guest book-- Ni terang lagi bersuluh.. benda ni aku tempah ye. sebab aku sangat tak rajin nak buat sendiri. tapi belah lelaki guestbook aku buat sendiri ok.. hahahaha.. sila klik link kat bawah ni.. empunya belog yang bertanggungjawab menyiapkan guestbook aku tu.. Props tu lak aku amek kat internet je. Free je pun. So print then gunting.. pastu tambah kat kayu.. Settle...!!!!



7- Photo booth.. benda ni senang je buat.. amek tali ikat kiri kanan pastu kain putih buat background.. amek balloon bagi nampak meriah. pastu carik carik kan kain berwarna. Nampak macam tirai.. hahahaha.. simple je.. jimat kos ok!!!!


 8- Signage --- Ok benda senang je buat sendiri .. cari icon pengantin comel comel pastu tepek kan kat word..korang nampak tak perkataan yang berwarna biru tu.. Semua tu idea budak opis aku la.. Dia cakap kak buatlah camni.. baru best sikit orang baca.. takde la nampak skema. Ok aku tunaikan permintaan dia. dan malam tu aku suh adik lelaki aku, aku dan adik pompuan aku g pacak kan.. hahahahaa .. settle kerja aku..pengantin sendiri pergi pacak kan signage ok!!!


9- Bekas bunga... kali ni tema menggunakan fresh flower untuk meja tetamu tetap sama seperti majlis pertunangan yang beza nya kali ni aku guna botol minuman.. botol minuman ni dah nampak unik. nampak old skol gitew.. so daripada terbuang macam tu je baik aku guna sumbatkan bunga bunga daisy aku. tak payah beli bekas lain.. haaaaa kan dah jimat.ribbon tu pun lebihan masa tunang.. kad kat botol tu pun aku print sendiri. betul betul berjimat aku ni.. Masa nikah ni aku perabiskan dekat RM200 ok untuk fresh flower...sangat berpuas hati. sebab bukan semua aku guna untuk wedding ni.. mak aku macam macam la.. hiasan meja panjang dia la meja kontot dia la.. yang pasti dalam bilik aku semua fresh flower aku hiasan kan... hurrmmmmm....  Fresh flower aku beli kat tempat biasa... kat mana.. boleh refer kat entry ni ye...


10- Tangga... korang cam tak bunga tu.. tu bunga masa hantaran tunang aku.. sangat jimat kan.. aku recycle balik bunga tu, daripada terbiar baik aku hiaskan tangga rumah aku. baru nampak cantik sikit..  Picture bawah ni tangga tak siap sepenuhnya. Picture yang dah siap dalam pendrive yang rosak tu.. Oh stress ak!!!


11- Inai.. pakai inai pokok je.. Settle .....!!!!!


12- Akhir sekali opkos la bab pelamin rumah.. Ni pelamin rumah yang aku pilih.. taknak serabut serabut alam. just nak simple tapi nampak nice. hahahahaha.. Lampu kat pelamin tu gabungan 3 jenis kaler.. baru nampak menarik pelamin rumah aku.. masa ni pelamin baru siap.. tunggu aku post picture duduk atas tu yek!!!!...







No comments:

Post a Comment