Cara dia senang sangat.. Orang paling pemalas cam zila ni boleh la buat. huhu
Bahan-bahan
7 biji telur (ikut la nak gred mana pun..janji telur ayam. jangan letak telur itik la.. tapi ntahhh rasa pe..tak pernah try lak kan..huhu)
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu kecik vanila
1 sudu kecik tepung custard
4 scope gula pasir
Cara penyediaan
Senang sangat.. Hang campur je semua tu ikut susunan..Macam zila campur je suma dalam mesin blender.. Orang malas kan. Semua kerja nak cepat dan ringkas. Sapa rajin haaaa korang pukul la sampai kuar muscle kat lengan
Pastu gula pasir tu korang cairkan. Cairkan kat kuali je.. Panaskan kuali pastu lempau kan 4 scope gula dalam kuali sampai cair. Dah cair haaaa masukkan dalam loyang. Pastu korang gelek gelek loyang tu sampai rata.. Kat bawah ada gambar ye.. Jommm layan
Haaaaa nampak tak mesin blender tu.. Semua bahan zila campur kan sekali.. Senangkan.. Orang malas kan..Sapa yang malas boleh ikut cara zila ni ye kawan kawan
Haaa yang ni la gula yang zila dah cair kan. So jadi la gula hangus..tapi jangan ler sampai hangus korang cair kan. Nanti jadi pahit la... Ikut pada warna la yek. Kalu dah keperang-perangan tu dah dah ler mencairkan dia.. Belah kanan tu kan loyang besar pastu gula tak bape cukup la. So nampak nipis ler berbanding dengan loyang sebelah kiri tu.. Banyak tol gulanya.. So gula ikut pada kesesuain loyang ye..
Bila gula tu dah keras baru korang masukkan bahan yang dah diblend tadi.. So pahamkan.. Nampak gebu kan..huhu
pastu kan korang kena kukuskan puding ni.. ikut la nak kukus kat mana. Zila pakai kukusan je. Rasa dia sedap sikit and terasa macam dulu dulu kala kan.. Wrap kan loyang tu. Nanti takde ler air wap tu termasuk dalam korangnya puding
Sukatan air ikut suka. Macam zila, paras air separuh dari loyang. Kalu dah mengukus tu kena la tengok-tengok sikit air dalam tu ye. Kadang kering. Kalu dah kering opkos la kena tambah. Masa kukusan dalam 45minit je. Kejap kan..
Tadaaaaaa.. Hasil kukusan yang berjaya.. Puding kekuning kuningan ok. I suka oulssss.. Macamni la jadi nya kalu dah siap.
Dua-dua loyang siap dikukus dan akhirnya jadi camni.. Oh man sangat gebu je.. Motif letak tepung custard tu bagi korangnya puding jangan lembik sangat ler. Kang nak terbalik kan daaaahhh hancur sebab lembik sangat kan.. Dannnnnn zila terlupa nak snap pic selepas diterbalik kan. So zila google je la bagi korang ngok. Hasilnya sikit lebih kurang je..
No comments:
Post a Comment