Wahhhh entry dah macam duta dunia herbs lak kan..padahal takde maknanya la kan.. Sejak berbadan dua ni..(wah bukan main lagi) zila amalkan lotion mustajab ni sebelum tido dan kalu lenguh-lenguh memang terus sapu.. pergi opis bawa keluar bawa. Kira pergi mana-mana pun bawa la si comel ni kan. Sebab sangat-sangat berguna..
Lotion ni yang zila guna sekarang.. Oppsss picture kabur lak kan.. Janji nampak kan.. Handphone tak canggih mana..kui kui kui
Kaler pink lotion ni.. Jangan pandang sebarangan pink. Ia sangat berangin ok. Sedap bila dah sapu kat tempat yang lenguh lenguh ni..
Ok acara menyapu lotion kat tempat lenguh... huhu.. Tenyeh jangan tak tenyeh.. Oh inai di kaki di kuku tak hilang-hilang lagi..Dah berbulan kawin.. Namo hilang lak.. Selesa kot dok kat situ.. Lalalallaa.aa....
Hasilnyaaaa sangat memberangsangkan.. Tengok je tanda bagus yang zila tunjuk tu.. Aiseymannn duduk dah supa orang gengster lak.. kih kih kih
Lotion ni kira baru jugak la. Ada 3 jenis.. Pasni zila nak try pakai delima nya lak. Bau dia tak kuat. So sesiapa rasa nak menempiskan perut boleh la pakai lotion ni. Kalu lotion yang dulu, bau dia memang orang dah leh cam sebatu.. Kata eh ko pakai lotion mustajab eh..ahahahhaa kan dah kantoi. Kalu pakai ni orang xkan tau korang pakai lotion mustajab. Sesuai la nak bawa pergi pejabat ke jejalan ke. Kawan korang takkan dapat detect.. Percayalah...
haaaa model pun dah Nora Danish.. Wajib la guna lotion mustajab ni. wakakkakak.. Rasa nak kena hempuk je..
Keistimewaan Lotion Mustajab Pati Halia with Rose Scent :
- Haruman bunga Rose dapat membantu menguatkan daya ingatan, meredakan kemurungan dan memberikan ketenangan
- Khasiat Ros juga dapat mengurangkan keradangan, kesakitan sendi, membantu proses penghadaman, melancarkan kitaran haid dan masalah rahim
- Ros juga bertindak sebagai antiseptik amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ruam dan eczema
- Bunga Ros juga mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E
- Selain dari khasiat utama losyen ini untuk mengempiskan perut dan pelangsingan, ia juga boleh digunakan untuk wanita yang alami senggugut dan lenguh-lenguh badan
- Sesuai untuk suri rumah dan wanita bekerja
- Harumannya yang wangi dan membolehkan ia dipakai bila-bila masa dan di mana sahaja
Semalam zila suh Mr. Amir sapu kan.. Sebab dah lenguh sangat.. Kalu bab jalan no 1.. Tak kisah bagai.. Dah lenguh hameeekkk husband gak yang kena sapukan. Kalu jauh kena sapu sendiri la kan. Pastu pergghhhh memang tido sampai ke pagi.. Nyenyak sangat ok. Pada yang pregnant tu korang jangan gedik gedik sapu kat perut dan pinggang.. Memang nak kena penangan dari doktor. So jangan cari penyakit eh. Kesian kat baby. Korang boleh sapu kat kaki dan betis sahaja yeeee... Jangan sapu tempat yang tak sepatutnya disapu.. ok????/
Like page Dunia Herbs dan website Dunia Herbs
As Salam Zyla, puan boleh post comment ni kat Dunia Herbs kita boleh jadikan puan salah seorang drpd testimoni dan akan dapat sedikit token daripada syarikat...
ReplyDelete