Wednesday, March 6, 2013
Minggu ke 14
Officially week 14.. Macam tak sangka je dah 14 minggu baby kat dalam perut ni.. Baby jangan nakal nakal ye. Kena pandai independent macam mommy tau.. hohooooo. Checkup pun dah 2x pergi. Alhamdulillah semua nya ok. Walaupun zila kurang makan ubat dari doktor. Zila just makan ubat dari Shaklee je. Walaupun zila jenis malas nak makan ubat tapi kena gak rajinkan diri semata mata untuk baby walaupun kekadang lupa.. Sama la macam minum susu.. Balik penang nak scan my tummy.. Nak tunggu doktor scan memang lambat kena tunggu 5 April ni.. Mr. Amir yang semangat suh buat scan.. Layan je la. Sememangnya zila pun nak tengok jugak .. Aritu nurse cuba nak dengar denyutan jantung baby.. Tapi nurse kata baby kecik lagi susah nak dengar.. Dia tonyoh tonyoh la perut ni. Tapi yang zila dengar bising je.. Baby main pusing pusing kat dalam kot..
Meh sini kongsi info..
Masuk minggu ke 14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita (lajunye!). Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat salur darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa.
Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi adalah sekitar 3 setengah inci/ 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns/ 43 gram (last month, ukuran diorang dalam 5 cm sorang..I wonder..macam mana la sekarang ye?). Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.
Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerutkan dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment