Pages

Tuesday, April 1, 2014

Rotavirus merbahaya

Tetiba kakjila rasa macam nak ambil tahu pasal rotavirus ini.. macam-macam jenis virus sekarang ini. Memandangkan anak dah sorang kena la amek tau..  kat bawah ini rotavirus..  nampak cantik kan. kih3 tetapi merbahaya okkkkk!!! So meh sini kakjila share sikit pasal rotavirus ni yek!! 



Apa itu rotavirus??
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

* Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun kebawah. 

Tanda-tanda Penyakit Rotavirus
* Demam
* cirit-birit air
* muntah tanpa henti
* Dehydration
* Otot-oto sakit dan cram
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang, so check pada diapers anak


Bagaimana Rotavirus Tersebar

* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.


Komplikasi Rotavirus


Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Berapa lamakah jangkitan Rotavirus ini dialami oleh pesakit?
Selalunya, muntah dan cirit-birit akan berlarutan selama 4 ke 8 hari. Oleh kerana Rotavirus menyebabkan kekurangan enzim ” lactase” yang memproses susu, jika pesakit minum susu, mungkin mereka akan muntah atau cirit-birit lagi.


Apakah rawatan yang bagi jangkitan Rotavirus?
1. Pastikan kandungan air dalam badan mencukupi
- Amat penting sekali untuk ibubapa memastikan anak mempunyai kandungan air yang cukup, kerana kekurangan air dalam badan bayi/ kanak- kanak boleh menyebabkan KEMATIAN! -
-Oleh itu, jika anak mengalami muntah/ cirit birit ….
- pastikan anak-anak diberi ORS ( garam hidrasi semula) yang dibancuh dengan air. Jangan campurkan benda lain seperti gula / Ribena/ jus dalam bancuhan ini.
– berikan air minuman secara sedikit-sedikit dan kerap seperti 50 ml setiap 15 minit. Ataupun suapkan 3-4 sudu air setiap 15 minit. Ianya memang sedikit meletihkan, tetapi percayalah, anak – anak akan terasa disayangi dan akan berusaha minum apabila ibubapa memberi perhatian yang kerap pada mereka.
- berikan makanan yang mudah hadam seperti bubur nasi dan biskut jika anak mahu. Pakar mendapati bahawa , pemberian makanan pejal awal dapat mempercepatkan kesembuhan cirit- birit.
- teruskan dan tambahkan kekerapan penyusuan ibu. Sudu ibu mempunyai antibodi serta kandungan air yang banyak bagi mengganti kehilangan dalam badan. Pelukan ibu juga dapat meningkatkan rasa selesa anak-anak dan mencepatkan penyembuhan.
- jika anak menyusu formula, boleh dihentikan untuk beberapa jam, dan diberikan semula dalam jumlah yang sedikit-sedikit.
Cadangan pemakanan
Hari pertama;
- susu ibu- tambahkan kekerapan jika anak mahu menyusu
-air campur ORS- boleh dijadikan aiskrim dan diberi pada anak- anak untuk menggalakkan dia minum
- pilihan lain
- air glukosa/ air gula: 1 sudu campur 120 ml air
-cordial: 1 bahagian cordial campur 16 bahagian
- air buah-buahan: 1 bahagian campur 4 bahagian air
-jika anak mahu makan, boleh berikan makanan dengan perlahan- lahan dan sedikit- sedikit.jika anak muntah, berikan secawan air untuk beliau minum selepas muntah.
Hari kedua/ ketiga
-susu ibu
- berikan semula susu formula secara sedikit-sedikit dan perlahan-lahan.
- jika anak mahu makan, boleh berikan makanan dengan perlahan- lahan dan sedikit- sedikit.
hari keempat/ kelima
Berikan susu formula pada kepekatan biasa dan berikan makanan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan makanan seperti biskut cream cracker, pisang, nasi. Elakkan makanan berlemak dan berminyak. Elakkan makanan yang boleh menggalakkan anak kencing ( kehilangan air) seperti nescafe/ kopi.
2. Buatlah rekod tentang berapa banyak dan berapa kali anak muntah/ buang air besar / buang air kecil. Catatkan juga berapa banyak makanan dan minuman yang diberi serta keadaan anak. Ini boleh membantu doktor dan ibubapa menilai tahap kesihatan anak.
3. Sekiranya mempunyai mesin timbang di rumah , ibubapa boleh menimbang anak-anak dalam keadaan tanpa pakaian setiap hari. Berat badan yang berkurangan melebihi 5 peratus dari berat badan asal menunjukkan kehilangan air yang banyak.
4. Pastikan penjaga membasuh tangan dengan sempurna menggunakan sabun dan air setiap kali selepas menukar lampin. Pastikan juga tangan dibasuh dengan baik sebelum menyediakan makanan bagi mengelakkan terjangkit kepada ahli keluarga yang lain.

4.Bagaimana nak tahu sama ada anak saya cukup kandungan air?

Boleh lihat dari keadaan anak-anak:
Tiada dehidrasi
Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis. Jika diberikan air, anak minum seperti biasa. Jika kulit dicubit lembut, kulit kembali tegang seperti keadaan biasa.
Dehidrasi sederhana:
Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis. Apabila diberikan air, anak minum segera seperti kehausan dan jika dicubit lembut, kulit kembali dalam keadaan asal dalam 2 saat.
dehidrasi teruk:
Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut, jika dicubit, kulit kembali ke keadaan asal lebih 2 saat.
Bilakah anak patut dibawa ke hospital?
Jika anak masih boleh makan/ minum , tahap dehidrasi sedikit/ sederhana, ada penjaga yang boleh memerhatikan keadaannya bolehlah diberi rawatan ORS dan pemantauan di rumah.
Jumlah cecair ORS yang perlu diberikan : (Gunakan sudu atau picagari kecil).
-Umur bayi 6 bulan ke bawah (30 hingga 90mls setiap jam)
-umur 6 bulan hingga 1 tahun (90 hingga 120mls setiap jam)
- umur atas 1 tahun (120 hingga 240mls setiap jam
Bawa anak ke hospital jika:
-anak berumur 6 bulan ke bawah
- tahap dehidrasi teruk
-tidak dapat makan / minum langsung
-tiada penjaga dapat memantau keadaan di rumah
-terdapat darah dalam najis
- sakit perut bertambah kuat
Doktor perlu memastikan anak tersebut tidak mengalami intussusception ( usus tersumbat) dan penyakit- penyakit lain yang lebih serius.
makanan yang patut dielakkan semasa anak mengalami cirit- birit
1. Ubat- ubatan penahan muntah atau penahan cirit- birit. Kebanyakan ubat penahan muntah atau cirit- birit mempunyai kesan sampingan yang teruk ke atas kanak- kanak. Ubat metoclopramide ( maxolon) misalnya ialah ubat penahan muntah yang boleh memberi kesan yang dipanggil “oculogyric crisis” di mana mata kanak- kanak memandang ke atas dan otot leher / muka menjadi tegang dan tidak boleh berpusing ke kiri atau ke kanan. Ubatan seperti “phenergan” ( promethazine) mempunyai risiko melemahkan pernafasan terutamanya untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah. Oleh itu, elakkan mengambil ubat- ubatan begini dan teruskan dengan air dan ORS.
2. Makanan berasaskan susu, kecuali yogurt.
Oleh kerana enzim lactase yang memproses susu tidak dihasilkan oleh usus yang sakit, maka makanan berasaskan susu akan menyebabkan anak- anak lebih kerap muntah dan cirit- birit. Yogurt pula , walaupun berasal dari susu, mengandungi probiotic, bahan yang didapati dapat menyembuhkan cirit- birit dengan segera. Minuman seperti Vitagen / Bliss dan sebagainya boleh diberikan sekiranya anak- anak mahu.
3. Jus buah- buahan
Jus buah-buahan yang terlalu manis boleh menyebabkan cirit-birit menjadi teruk. Makanan manis yang mengandungi sorbitol seperti gula-gula boleh menyebabkan cirit-birit bertambah teruk. Cairkan dahulu jus ini atau elakkan dari memberi anak- anak jus untuk sementara waktu.
4. Minuman tinggi kafein seperti kopi atau nescafe. Minuman sebegini menggalakkan kehilangan air dari badan anak- anak, jadi berikanlah minuman lain.
5. Vitamin C berkepekatan tinggi
Terdapat ibubapa yang memberikan anak-anak vitamin C apabila mereka sakit, dengan harapan agar cepat sembuh. Vitamin C jika diberi pada dos yang tinggi seperti 2000 mg boleh menyebabkan cirit-birit. Justeru itu, berhati-hatilah apabila memberikan anak-anak Vitamin C.
Cara Mencegah Penyakit 

* Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.

Selain itu kita juga perlu    ;- 
  • Jaga kebersihan makanan agar tak dicemari 
  • Jangan kutip semula makanan yg dah terjatuh - kalau dah jatuh buang sahaja terus
  • Basuh tangan sebelum menyediakan dan menyentuh makanan
  • Kurangkan pemakanan mentah spt ulam-ulaman atau yg tidak dimasak
  • Masak makanan dgn kepanasan atau haba yg sempurna
  • Didih atau rebus air minuman sehingga benar2 panas - jgn minum air yg direbus setakat suam
  • Bersihkan perlatan makanan dan minuman sebelum guna, sebaik2nya dgn air panas
  • Pilih premis makanan yg bersih

MENGIKUT LAPORAN WHO, SERAMAI 2 JUTA PESAKIT DIMASUKKAN KE HOSPITAL AKIBAT DIJANGKITI ROTAVIRUS SETIAP TAHUN MANAKALA LEBIH DRPD 400,000 ORG PESAKIT MAUT KERANA DEHIDRASI (KEHILANGAN BYK AIR DLM BADAN). SETAKAT INI TIADA RAWATAN KHUSUS YG BOLEH MERAWAT JANGKITAN ROTAVIRUS .


No comments:

Post a Comment