Pages

Sunday, March 23, 2014

Petua menghilangkan sakit gigi

Ini petua aku bagi. Ini pun hasil godekan aku kat google masa aku sakit gigi aritu. Alhamdulillah sangat mujarab ok.... Sila lah lakukan kalu sakit gigi ye 

Doa ni dari Surah Al Mulk, Ayat 23. 

Caranya:

Bila sakit gigi berdenyut, pegang bahagian yang sakit dan baca doa ini tiga (3) kali. Atau ambil air kosong masuk sedikit garam, baca doa ini sebanyak tiga (3) kali. Sebelum itu salawat dahulu  tiga kali (3) dan kumur sehingga hilang sakit. InsyaAllah sakit akan hilang dengan izin-Nya.


Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

Aku buat masa sakit gigi yang berdenyut-denyut.. Sakit memang ada tapi kurang.. biar kurang jangan tambah sakit kan kan... Try la yek 

Selain itu.. ada gak petua-petua lain. Antaranya 


1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

2 comments:


  1. Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi terutama bila digabungkan dengan doa yang pernah diamalkan oleh Rasulullah. Namun bagi mereka yang mempunyai kerosakan gigi yang teruk, eloklah pergi mendapat nasihat daripada doktor gigi yang berdekatan dengan rumah anda.

    ReplyDelete
  2. Macamn nk buat kalau gigi brlubang sgak besar sehingga menampakkn gusi tp doktor tampal jgk..balik runah sakit sgt2..mcmn nk buat,sedangkn ubt antibiotik..ubt thn sakit dh mkn. Tlg bg sedikit nsht bgaimna utk saya rawat gg sakit ni..pls

    ReplyDelete