Yeahhh!!! First day berpuasa dengan perut ke depan dengan jayanya.. Hihiihiiii.. So far zila dah masuk 8 bulan.. Lagi 4 minggu nak 9 bulan.. Ayoookkkk..
Sebelum ni zila pernah try berpuasa masa pregnant ni la. Test dulu.. Nak uji ketahanan perut dan kecekalan baby dalam perut.. Alhamdulillah berjaya jugak. So harap-harap arini pun berjaya menahan dari lapar dan dahaga.. Pagi tadi sahur dengan nasi + sayur bening.. Abis makan duduk sat makan lak 3 biji kurma.. Memandangkan zla asyik batok kohong-kohong so kena la makan ubat kan.. Perghhhh tak sampai 5 minit muntah beb.. Adoi punya la dah set dalam otak jangan muntah jangan muntah.. Kalu start first sahur time preggy mesti muntah. Mujur tak banyak..
Pastu pujuk baby supaya bertahan coz mama dia dah muntah.. Siap cakap ngan baby.. Baby mama dah muntah la. macam biasa la kan. So sayang jangan minta makanan tau.. Makan apa je yang ada dalam perut mama ni.. Tapi jangan tendang kuat sangat ye. Nanti tenaga mama abis.wakakkakakka.. Bolehkan sayang.. Kalu boleh tendang sikit.. OK baby dengar kata. Dia pun tendang... Aloooohhh sweet nya ko sayang.. Tak sabar nak jumpa baby depan-depan mata.
Hope dapat bertahan... So arini zla nak share sikit info pasal wanita hamil boleh berpuasa ke tidak
Terdapat dua hukum...............
Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan diri dia ketika berpuasa
-so dorang ni hanya wajib menggantikan puasa sahaja dan tak perlu membayar fidyah, sebabnya wanita hamil tu sakit dan dalam bahaya
Hukum kedua lak , wanita yang sihat dan bimbang keselamatan dan kesihatan baby dalam kandungan
- boleh buka puasa tetapi kena ganti puasa dan bayar fidyah
Info ni zla peroleh dari sini.. MEH KLIK .. Banyak info berkenaan dengan mengandung ni.. Kalau korang rajin boleh la baca.. ;)
info lain... meh baca lagi...
Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.
* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air.
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.
* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.
* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran)
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.
Info tambahan --->> KLIK
Kalau zila.. zla kena bangun sahur baru ada tenaga.. Kalau tak memang lembik la. Dah pernah test.. Kena bersahur jugak.. Selamat berpuasa semua ;)
No comments:
Post a Comment