Sekarang ni zila dalam proses mengenal botol susu untuk baby.. Kena amek berat gak pasal botol baby ni. Dulu apa pun tak tau.. Tengah usha usha botol de lak jenis jenis dia. PP la PES la.. Pe menatang ni kan. So memandangkan petang-petang camni tersangatlah free so google la pasal PP and PES. Pada sapa yang first pregnant mesti tak tau dan ada yang tahu. Macam zila opkos la tak tau kan. So jom kita share ilmu yang kita grab arini.. ;)
Firstly kena tau apa itu PC, PP dengan PES.. kang orang dok bercerita angpa sedap mengangguk-angguk. budjet tau padahal buat-buat tak tau..
POLYCARBONATE(PC), POLYETHER SULPHONE (PES) dan PLOPROPYLENE (PP)
Ok lepas ni kalu kawan-kawan berciter pasal botol korang boleh la guna.. oo aku guna botol jenis PP.. apa tu PP.. haishh camtu pun tak tau.. PP means plopropylene. Jawab dengan bangga nya.. wakakkakaka
Botol PC....
Korang tau tak botol PC ni jenis camna lak.. botol ni diperbuat daripada PC..ahhahaha.. Botol ni jenis yang murah-murah tu. Kan ada jual longgok-longgok camtu. Ada tu jual 3 botol RM10.. Aku pernah jumpa kat TESCO. Sambil jalan sambil usha harga kan.. Bukan takat botol baby je.. botol minuman orang dewasa pun ada jual jugak. jenis PC ni la.. So penggunaan botol PC ni amat-amatlah tidak digalakkan sebab de BPA.. haaaa??? Pe menatang BPA ni.. BPA ni bahan kimia yang dorang guna untuk keraskan plastik. Hasil kajian lak BPA boleh meresap kat dalam susu baby or kat air dalam botol bersuhu 100 degree celcius. Haaaa nampak kesan dia. Kesian kat anak kita. APa salahnya untuk anak sendiri kua la duit lebih sikit.. huhu
Botol jenis PC ni korang jangan sesekali simpan or letak dalam kereta. Boleh mendatangkan kemudaratan dalam kesihatan kita.. cewahhh.. No to PC!!!!! bukan personal computer tu eh.. haiipppp!!!!
Macamna nak tau jenis botol PC ni... Meh meh mak jemah bagitau ye... Antaranya clear je botol dia. transparent la..pastu diperbuat dari plastik keras. nak tau rasa dia. Sebelum korang beli korang p la ketuk-ketuk kat dahi sendiri.. Kalu sakit tu plastik keras la tu. Kalu tak nak ketuk kat dahi sendiri korang ketuk kat dahi husband korang...ahahahhaa...
Botol PES..
Senang citer botol jenis ini yang material dia BPA-free dan berwarna keperang-perangan gitu. macam honey tinted!!!!! Harga pun mahal berbanding dengan PC dan PP. Sebabnya botol jenis camni tahan lasak sikit pastu tahan lama.. Jatuh pun tak pecah.. Maybe kot.wakkakakaka
Botol PP
Botol ni jenis plastik, yang mana secara semulajadinya BPA-free. Pastu tak bape nak transparent. Antara botol yang pemes di abad ini jatuh kepada MAM dan tomme tippee.. Kalu jatuh kat lantai pun tak akan retak dan tak akan keluarkan bunyi yang bising. Macam PC kalu jatuh akan bunyi bising. Kalu anak korang aktif boleh guna jenis ini.. Kalu jenis anak yang hyperaktif pakai la ni. sat g depa sepak2 macam bola ke baling2 macam bola baling tu ke takde la korang susah hati.. hahahahah
So, kepada sesiapa yang dalam proses mencari botol susu macam zila bolehlah pilih dengan bijak kan kan kan.. Zila rasa nak guna brand Tomme tippee.. Sebab ramai kata puting avent keras.. Mak pun cakap camtu.. Aritu dah men picit-picit puting tomme tippee lembut gak. Pasal google pasal tomme tippee ramai kata ok.. So maybe akan beli botol jenis tomme tippee...
No comments:
Post a Comment