Pages

Monday, August 19, 2013

Bayi turun ke bawah


Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (takde lak zla rasa.. ke deria rasa dah xde..ehhehehe)
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (ni memang terasa.. dah pergi toilet sat g tak smpai 5minit nak pergi lagi..kadang sampai tak larat.mujur toilet dengan opis tak jauh)
- sakit perut, memulas (setiap malam confirm terjaga sebab perut memulas2 je)
- kerap buang air besar 
(sekarang hari-hari mau membuang... sungguh lawas perut ni..)
- kerap terkentut (ni kurang pasti..setiap hari wajib kua kan gas beracun ni.. hahhahahhaa)

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.  - yang ni lom lagi.. maybe coming soon

Sakit belakang- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. - sekarang ni nak baring pun payah.. kalu tido mengiring kat sofa ke lantai ke mesti bangun tu sakit nak amat.. de tilam nak baring kat sofa..huhuhu.. kdg nak angkat badan pun xlarat weiiiii

Thursday, August 15, 2013

Susulan Suami Pukul Isteri Dalam Lift


Mesti ada diantara korang ada buka video ni.. Apa yang zila boleh ulaskan la.. Hagak-agak la nak pukul bini depan anak-anak. Bini tu ko kawin bukan untuk dipukul disepak diterajang diketuk segala bagai. Macam takde akal lak kn.. Kalau dah tak suka hantar kat mak ayah dia. Sangat geram dengan tindakan suami dia ni. Wife dia ni ada buat laporan tapi katanya polis tak terima sebab takde kecederaan yang terukk.. Aje gila apa polis ni.. Takkan kena patah riuk baru nak terima laporan dan sebab tu adik wife ni serbakan video ni. Untuk pembelaan atas akak dia. Yang ni zila tak pasti betul ke x.. Polis patut amek je la laporan even dia luka sikit-sikit pun. Sebab lelaki dia ni macam takde akal nak berfikir...!!!!

Ada sikit info yang zila dapat dari yahoo.com.my