Mesti ada diantara korang ada buka video ni.. Apa yang zila boleh ulaskan la.. Hagak-agak la nak pukul bini depan anak-anak. Bini tu ko kawin bukan untuk dipukul disepak diterajang diketuk segala bagai. Macam takde akal lak kn.. Kalau dah tak suka hantar kat mak ayah dia. Sangat geram dengan tindakan suami dia ni. Wife dia ni ada buat laporan tapi katanya polis tak terima sebab takde kecederaan yang terukk.. Aje gila apa polis ni.. Takkan kena patah riuk baru nak terima laporan dan sebab tu adik wife ni serbakan video ni. Untuk pembelaan atas akak dia. Yang ni zila tak pasti betul ke x.. Polis patut amek je la laporan even dia luka sikit-sikit pun. Sebab lelaki dia ni macam takde akal nak berfikir...!!!!
Ada sikit info yang zila dapat dari yahoo.com.my
BUKIT MERTAJAM, 14 Ogos (Bernama) -- Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di sini berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.
Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.
Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di sini, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Menceritakan kejadian itu di sini hari ini, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya
mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
"Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
"Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ''daddy'' menyebabkan suami marah," katanya.
Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.
Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.
"Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu," katanya.
Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.
Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya.
-- BERNAMA
bodo bertingkek tingkek
ReplyDelete