Pages

Tuesday, May 27, 2014

Review : Kelambu moden kakjila


Sila tatap renungan anak kakjila ni ha. Kening ternaik ko macam kak ziana zain. Camni la pesen anak kakjila kalau dia pandang orang yang dia tak berapa kenal. Pandang macam nak telan orang je kakjila tengok.. Nak tau dia pandang sapa??? Time ni teorang balik kampung mak kakjila. So ni pandang dia untuk oyang laki dia. Tapi kalau oyang pompuan cam ok je. Siap boleh baring-baring together. Tapi bila ngan oyang laki dia mesti buat muka camni. Pastu kalau duduk dalam walker, muhammad pergi kat oyang laki dia then usha. Pastu slow-slow dia reverse ke belakang. Hahahahaa.. Kalau tengok memang kelakar. Ko dah pandang oyang ko pandangan yang poyo pastu blah secara slow-slow. Oyang laki pun pandang macam takde perasaan.. Oyang laki masa ini takde mood la muhammad. Hahahahahahaaa

Baju siap berlipat.Semua ini kerja mummy dia. Gengster kampung dusun ngan tenungan yang poyo.. Muhammad kat kampung tak reti duduk diam. Pastu kawasan umah oyang kan luas. Abis suma tempat dia terokai dengan walker dia tu. Memang kakjila bawa walker dan buaian untuk si kecik ini. Senang takyah nyusahkan orang. Semua sumbat dalam kereta,  macam nak pindah rumah je. Dengan mainan semua kakjila bawah. Bukan takat mainan, toto bantal kelambu bagai. kihkihkihkih... Kelambu besar ok. Bukan kelambu baby tu. Sebab kat kampung nyamuk dia bukan main besar gabak lagi. So wajib la bawa kelambu kan.. Nak tengok kelambu moden kakjila yang ku beli di kelantan jauh nun di sana.. Ritu kakjila nampak dah ada jual kat GM Klang. So sapa-sapa nak pergi la GM Klang. Sangat bagus oiiiii!!!!

Contoh dia macam kat bawah ini. Kakjila google je. Sebab kakjila tak snap pun kelambu kakjila ni. Tapi sebijik sebijon camni ha.... Kaler biru. Besar ok. Muat la masukkan tilam and toto.. Keselesaan itu penting dan yang pasti tak kena gigit nyamuk!!!! Balik kampung kat terengganu pun kakjila bawa.. Balik penang ritu pun bawa. Sebab teorang dah tak tido atas katil,bagi mengelakkan kejadian jatuh dari katil. Bukan kami laki bini tapi si kecik. Sebelum jatuh baik tido bawah!!!!





Besar dia camni kalau dah lipat.. So boleh la selit-selit kat dalam bonet kereta. (*-^)v

No comments:

Post a Comment