Pages

Tuesday, April 8, 2014

Qaza dalam Islam

Banyak ilmu agama yang kita perlu dalami.. Yelah kadang kita ini terikut-ikut dengan budaya la pengaruh tv la pengaruh kpop pop pop la kan... Antaranya adik lelaki aku. Kuang3

Korang tahu tak apa itu qaza.... Meh meh kakjila share kan yek!!!

Apa itu Qaza????

Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala. Haaaa???? Tak tau camna.. Meh meh kakjila share gambar nya lak yek..

Haaaa macam comel kan .. Tapiiiiii.........


PENDAPAT EMPAT MAZHAB
MAZHAB HAMBALI
Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:
ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب
Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.
MAZHAB MALIKI
An-Nafrawi berkata:
يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه
Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.
MAZHAB HANAFI
Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:
ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”
MAZHAB SYAFIE
Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

DALIL MAKRUH

ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع

Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]

عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].

Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”

PENTING
1. ULama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
2. Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
4. Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)




INFO LAIN

No comments:

Post a Comment