Pages

Friday, April 25, 2014

Penyediaan Makanan Bayi

Assalamualaikum/ Salam Jumaat 

Muhammad kakjila dah membesar bagaikan juara.. Anak kakjila dah masuk 8 bulan dan dia dah melantak bagaikan juara juga.Apa anak kakjila makan..makan puri.. kemain ko puri. Dulu kakjila tak tau apa mak nenek puri ini.. hahhahahaha.. Kakjila orang kampung, so kakjila kata kakjila bagi anak kakjila makan bubur yang diblend..kihkihkihkih... Blend kasar. Takde la halus sangat yang cair-cair tu. Muhammad tak suka. So kena blend sesedap oren. Tak kasar tak halus dan cair.

Secara kasarnya apa yang kakjila nampak anak bujang kakjila ni, dia suka sangat makan kalau ada ikan.. Patutla anak kakjila semakin taffff!!!! Dia suka makan ikan. Bagus protein.. Tapi kakjila takda la bagi seminggu benda yang sama. Bosan la dia. Macam orang dewasa la. Cuba korang makan hari-hari lauk yang sama.. Macam bosan kan walaupun nasi putih panas-panas ngan telur goreng letak kicap. Perghhh macam sedap je kan..

Anak bujang kakjila kalau makanan tu dia suka kemain senang nak sumbat masuk dalam mulut dia. Senang hati kakjila tengok. Cuba kalau makanan tu dia taknak.. Dia ketap-ketap mulut dia.Padahal baru 3kali suap. Geram kakjila tengokkan. Besar kecik besar kecik je.hahahaha.. Kalau hari kedua makanan yang sama, cnfirm dia main ketap-ketap mulut.. Tapi kalau ikan.. Rasanya bagi seminggu pun dia nganga mulut je kot..

Hari tu kakjila buatkan puri untuk anak bujang kakjila.. Puri avacado dengan epal.. Mujur avacado tu kakjila buat sikit. Sebab dia makan tapi alahai siannya dia.. Sembelit kooo.hahahahahaha.. Terus taknak bagi..hahahaha.. Bagi epal mujur ok. So muhammad tak sesuai ngan avacado. So avacado reject.!!!!! Jahat ko avacado buat anak kakjila sembelit. Susah payah dia nak kua kan bendasing dia. Sampai merah-merah muka dia tau. Terpaksa kakjila cucuk sabun kat lubang bontot dia. Lepas dah kena cucuk baru dia lega... hahahahahhahahaha ...

Kakjila pasan anak kakjila ini suka benda masam la. Masa kakjila preggy kan dia kakjila anti asam. Memang kakjila tak jamah langsung asam-asam ini. So kakjila dah tau muhammad ikut siapa. Tak lain tak bukan orang penang la, ayah dia.. hahhaha.. Muka dia leh rilex makan benda masam. Mama dia dah berkerut-kerut muka tahan masam. Mama respect la ko nak!!!!

kakjila guna ice cube tupperware je..... (^-*)v

Camna kakjila sediakan makanan anak bujang kakjila.. Kakjila menggunakan pengalaman mak kakjila je.
Mak kakjila dulukan jaga anak orang. So kita refer pada yang pakar je la kan. Tapi bila kawan-kawan dah share buku resepi untuk makanan anak ini.. So kekadang je kakjila jengah dan belek-belek. Buku kat bawah ini.. Kawan kakjila bagi link je, so kakjila download. Dalam ertikata lain kakjila takyah kua duit nak beli buku ini. Sebab kakjila print je kat opis. Habis la kaler printer. Printer lak jenis laserjet  perjuang. Wajib la nampak shining2 je kan kaler dia. Kakjila suka ok. ahhahahahahah .. Tapi bila snap condition gambar tak bape cantik. Sebab kakjila snap dalam keadaan lampu yang suram je..huhuhuu...

So korang nak jugak kan.. Benda free mesti nak kan ... Ok jangan hentak-hentak kaki. Kakjila boleh share link tu suma. So korang boleh la save dan print.. Print la kat opis. Sebab takyah kena bayar.. ahahahahahha.. Kalau yang takde anak korang save je la dulu. Bagi kat akak korang ke..yang dah da anak boleh la belek-belek buku ini ye. teramat best la 2 buku ini.. Seres tak tipu... Korang klik je kat link tu. Ok setakat sini saja bebelan kakjila di petang jumaat ini. Sebab kakjila nak balik la.. Bosan dok opis 







Kakjila bagi bonus satu link...  Resepi untuk family korang.. Selamat mendownload dan membaca
Jangan tak cuba..

No comments:

Post a Comment