Pages

Sunday, March 23, 2014

Petua menghilangkan sakit gigi

Ini petua aku bagi. Ini pun hasil godekan aku kat google masa aku sakit gigi aritu. Alhamdulillah sangat mujarab ok.... Sila lah lakukan kalu sakit gigi ye 

Doa ni dari Surah Al Mulk, Ayat 23. 

Caranya:

Bila sakit gigi berdenyut, pegang bahagian yang sakit dan baca doa ini tiga (3) kali. Atau ambil air kosong masuk sedikit garam, baca doa ini sebanyak tiga (3) kali. Sebelum itu salawat dahulu  tiga kali (3) dan kumur sehingga hilang sakit. InsyaAllah sakit akan hilang dengan izin-Nya.


Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

Aku buat masa sakit gigi yang berdenyut-denyut.. Sakit memang ada tapi kurang.. biar kurang jangan tambah sakit kan kan... Try la yek 

Selain itu.. ada gak petua-petua lain. Antaranya 


1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

Bila sakit gigi rasa nak tumbuk orang je



Sebenarnya aku sakit gigi. Since last week lagi sakit gigi ni. Bukan tak jumpa dengan doktor. Dah pergi tapi doktor kata gigi bongsu awak bengkak. So saya boleh bagi ubat dulu. Bagi kurangkan sakit sebab kalu sakit kita cabut memang sakit yang teramat sangat. Sebab gigi bongsu ni sakit dia leh macam..huhuu.. Doktor kata aku sampaikan je. Tapi seres memang sakit sangat-sangat. Sebelum ini memang dah sakit tapi aku kan jiwa kental so tahan je la. Tapi kali ini sakit dia memang takleh dikawal lagi... Tapi sakit bersalin mengatasi segalanya.. Ooppsss tetiba.. 

So dah sakit sangat sampai tak boleh nak tido.. Zaaassss kita pergi klinik yang disuggestkan oleh adik aku.. Perghhh ayat kemain carca marba. Klinik kat sg. ramal je aku pergi.. Napa tak pergi putrajaya je??? Sebab putrajaya mahal..kihkihkih.... So kat sg ramal ni kan shop lot lama. So service charge dia takde la tahap dewa 17 kan kan kan.

Thursday, March 20, 2014

Seorang Rakyat M'sia Baru Pulang Umrah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Atas Laut Andaman




MELAKA: Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Kapten Zaharie seorang wira




Aku rasa tertarik dengan artikel ini.. Copy paste dari SINI



Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.


Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."


Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Friday, March 14, 2014

5 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh



Selanjutnya baca artikel kat sini yek

KLIK

Adoi macam-macam la....!!!!

Aku berharap semua kru dan penumpang MH370 selamat!!!!!!

Bayi Usia 3 Bulan Sudah Diberi Bubur

Haaaaa... cuba baca kat link ini. so korang boleh tahu kenapa...



So Mommies..Please seriously take note.
Don't ever give solid food TOO EARLY..
Baby boleh slowly diberi solid food bermula 6 bulan ke atas. 

Tujuan beri solid food BUKAN untuk 'mengenyangkan' baby sahaja tau.
Ia lebih bertujuan untuk :
✔ Melatih perkembangan IQ bayi dengan memperkenalkan deria rasa baby kepada makanan pelbagai rasa.
✔ Melatih rangsangan otot2 mulut, rahang, lidah, gigi dan refleksi otot tangan baby tersebut.
Dan yang penting sekali, SUSU IBU masih perlu diteruskan sehingga 2 tahun ye!

car seat aisy 2



Ok mama dan ayah dah beli kan car seat untuk muhammad aisy rayyan ni haaaa.. Memadaila yek. Mama tak mampu nak beli mahal-mahal sebab mama tahu muhammad bontot cepat panas menggelegak kalau duduk lama-lama dalam car seat.. Car seat dari sparco.. Ayah nak beli kan recaro untuk muhammad tapi mahal sangat so mama tak bagi sebab mama suh ayah beli kan mama emas. Lagi berbaloi-baloi kan.

Car seat ni pun husband yang pilih.. katanya yang ini paling dia berkenan dan cantik... iyooolahhh.. untuk anak sendiri lagi pun bapaknya bukan leh duduk dalam tu kan. Car seat ini ada 3 kaler sebenarnya. Kaler merah, hitam dan biru. ....  Sila refer picture di bawah .. siap dah mention model apa aku beli

Car seat untuk aisy


Actually ni car seat paksu.. So kita recycle balik car seat ni ha.. Disebabkan nak beli car seat baru untuk muhammad.. So kita test kan kat dalam car seat paksu ye.. Jom layan keseronakan muhammad di dalam car seat paksu


*



*



*



*



*



*

Tuesday, March 4, 2014

Milk booster

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:
Lobak putih
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.
 

Petua tambahkan susu badan

Ok kita share yang ni... ;)


1.      Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
 
2.      Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
 
3.      Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
 
4.      Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,
 
5.      Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.