Whats uppppp... Sekarang dah bulan Feb last update bulan Nov 2013. Kemain lamanya kan kan kan.. Tapi ada aku kesah. Anak pun dah nak masuk 6 bulan. Citer aritu dah tergantung sebab kemalasan nak update. So arini aku citer serba sedikit.. Ringkas dan padat!!!!
Alkisahnya anak aku keluar time orang dok sambut merdeka. Tapi dia tak merdeka pun sebab kena admit kat nicu.. kekurangan oksigen pastu jantung dia dah lemah masa dalam perut. Padahal jalan baru 7cm. Pastu datang doktor suruh push jugak. Nak tak nak aku push jugak la. Gabak pun gabak la janji anak aku selamat lahir walaupun nyawa dia masa tu 50-50.. Masuk nicu zon kritikal. Aku just dapat rasa satu benda atas dada aku iaitu anak aku. Yaaa dia tak nangis. Lepas tu nurse terus bawa baby keluar dari LR. Lepas husband azankan baby nurse terus bawa baby pergi nicu. Bayangkan apa perasaan aku time tu. Sedih yang teramat sangat. Setiap malam aku nangis. hahhahhah.. Miss B membengkak.. susu mengalir tapi baby takde. warrgghhhhh... First day tak tengok camna muka baby yang sepenuhnya just nampak muka dari tepi je..
Esoknya aku dah boleh balik so sebelum balik pergi la lawat baby.. First time nak pergi jumpa baby dah berdebar-debar. Lain macam je rasa dia.hahahah. Perghh memang baby aku putih melepak. Akhirnya dapat gak tengok face to face. Tengah sonok-sonok tengok baby tetiba jantung baby drop.. Bayangkan apa aku rasa. Nurse suh husband bawa aku ke depan dan time tu tetiba aku nak pengsan.. Sebab terkejut tengok baby jadi camtu. Daripada boleh balik terus tak dapat kena admit balik satu malam..
Pendekkan terus.. Ada dekat 2 minggu baby dok dalam nicu.. Masa aku dalam pantang berulang alik lawat baby kat nicu.. Sedih kan .. Lepas tu staff nurse bagitau aku boleh room in dengan baby. Wahhh sangat terharu. Balik rumah packing baju. Macam nak stay sana lama lak kan.. Kemain banyak baju aku bawa. Dan yang paling best.. first time dapat menyusukan anak sendiri. Mula-mula memang kekok tapi lama-lama dah terror.. nge nge ngeeee..... Setiap 3 jam bangun nyusukan anak. siap set alarm takut tak terjaga.. Sonok betul jadi baby.. Tido je.. Selepas 2 minggu akhirnya baby dapat balik rumah.. Aku ringkaskan je kisah anak aku. Sebab tetiba bos suh buat kerja lak.. hahahahaha.. Takpa la kisah tu biar la kami sekeluarga yang simpan.. poyo kan.. padahal aku malas nak taip..
Haaaaa masa anak dalam nicu memang aku tak share kan picture dia kat kawan-kawan. Hanya family and kawan yang baik ngan aku je yang dapat picture baby masa dalam nicu..
Haaaa ni lah picture yang aku share dalam IG/FB aku.. First picture dia, masa ini dalam nicu.aku room in dengan dia. Ada member kata mana pic anak.. tak kan save pic anak kot ..takkan tunjuk bibir anak je.. EHhhh kooooo mulut puaka betul.. Ikut suka aku la .. tapi aku tak amek port pun.. Anak aku bukan anak ko. Haaaa kasar kan ayat aku..kih kih kih....
Bibir anak gua yang seksi meksi..ouucchhhhh..............
Nahhhhh nama anak gua... patutnya nama anak tu ada tanda atas..
MUHAMMAD A'ISY RAYYAN BIN AMIR
31 OGOS 2013
1.14 PM
LAHIR SECARA NORMAL TAPI last minute kena VACUMM sebab baby sudah lemah .. hahahahaha
No comments:
Post a Comment