Pages

Thursday, November 28, 2013

Melahirkan seorang khalifah 1

Fyi.. anak zila terlebih sehari dari EDD dia. So jadilah anak merdeka yang tak merdeka. Kenapa???
Meh meh zila citer secara ekslusif.. Wahhhh ayat dah cam retis lak.

30 Ogos 2013
Patutnya tarikh ni baby dah keluar tapi baby macam syiokkk dok dalam perut kan. Masa ni zila boleh lagi drive pergi kedai la pergi situ la.. Mampus dan masih bertenaga untuk menekan pedal minyak. Gigih tol, almaklumla husband dok kerja kat penang. Makanya sang isteri berdikari la. Small the pieces..Hahahaa Semua benda sendiri. Tetiba teringin nak makan sesuatu, sendiri gak cari. Kalau tunggu suami cam lambat je. Masa pregnant suma benda nak cepat..hahahaha .. Pastu zila boleh teman kak long pergi dengkil beli tilam untuk anak dia. Opkos la kak long yang kena drive sebabnya dia dah abis pantang kan..

So malamnya lak dah terasa sakit sikit-sikit. Pinggang macam kena patah-patah je. Pastu perut asyik ler cramp. Memula cramp selang 30min. OK rilex lagi.. Takmo pergi awal-awal kang kena reject ngan hospital lak..ahhahaa padahal cuak. Pastu sikit-sikit terasa nak memerut. Mak lak risau. Eh ko ni nak bersalin dah ke.. hahahah .. Still buat cool lagi. Pastu cramp mula rasa selang 15min.. OK wat cool lagi. So tido takmo rasa sakit sangatkan. Tapi tido pun dah tak selesa..Tengok orang sebelah sedap lak dia tido. Aissshhhhhh!!!! Ke kiri tak selesa ke kanan tak selesa. Lama-lama terlelap sendiri. Tersedar dalam kul 4lebih pastu cakap ngan husband sakit la perut. Then dia ajak pergi hospital. So dengan gigihnya pergi kejutkan mak. Mak jom pergi hospital perut sakit la.. Siap-siap and zasssss pergi hospital


31 Ogos 2013
Sampai hospital dalam kul 5am. Bagitau nurse sekian sekian.. tunjuk segala buku merah bagai. Pastu nurse suh masuk dalam satu bilik tu, untuk cek tekanan darah, berat badan, HB and etc.. Masa tu ada doktor pelatih kot.. Dia check kata oh baru buka 2cm, awak baring dulu eh. Pastu datang nurse bagi ubat untuk membuang segala bendasing kat dalam perut ni.. Ubat tu dia cucuk. Elok doktor and nurse keluar air ketuban aku dah keluar.. Dalam hati bercakap... oh camni eh rasa air ketuban pecah. memang tak leh tahan dia keluar camtu je. Laju macam air paip..hahaha.. panassssss.lencun dah kain batik dan dan tu nak memerut.. So pergi la toilet dengan kain batik lencun tu..eeee xselesanya sebab dah basah kan.

Selesaikan hajat besar pastu baru bagitau nurse air ketuban dah pecah. Pastu dorg terus suh masuk labour room. Pakai la baju kaler putih bagai.. bertopi bagai.. Cam lawak je.Duduk la dalam tu.. Dah la sejuk.Masa tu takde rasa sakit..Lama gak berilex-rilex dalam labour room tu kan. Nak masuk kul 10am still baby xmo keluar. Doktor pun keluar masuk check CTG.. nak tgk contraction bagai. Zila sah sah tak reti tengok kan.. Bukaan still xbanyak.omgeeeee. Pastu staf nurse masuk bawa ubat. Ubat untuk bagi sakit bagi laluan buka cepat. Sebab air ketuban dah keluar. Ohh jem otak masa tu n blur.. Lepas nurse masukkan ubat.. hamekk ko bapak sakit. Rasa nak sepak-sepak je orang.ahhaha. Suami de sebelah. So dia la jadi mangsa kan. Just pegang je tangan dia. Pastu minta maaf bagai.wakkakaa,.. Sebelum tu dah minta maaf awal-awal.. Ni minta maaf lagi. Perghhhh memang sakit gila-gila. Seres memang sakit.. Huhuu. Tahan je la tapi takde sampai nangis lagi masa ni...Tempat baring dah lencun ngan air ketuban. Memanjang keluar je.hahahahha. Pastu tetiba nak terkuncil. Confirm nurse tak bagi bangun. Hamekkk ko dia masukkan satu alat kat pundi kencing aku/.. Gila sakit rasa nak tendang je nurse ni buat.. 3x aku nak terkuncil.So 3x la aku kena camtu. 2x tu de nurse lain yang buat.. tapi seres takde rasa sakit..nge3.. Datang doktor seluk.. gila sakit. Ni pun rasa nak makan penendang je,,ahaha Mujur sebelum nurse and doktor nak seluk dia minta permission. Maaf ye puan saya nak seluk ni. Nak tgk laluan. Sakit sikit je.. Banyak la sakit sikit..hahahahah

Masa ni masih rasa pergerakan baby.. Pastu tetiba jadi kecoh lak. Sebab zila dengar doktor kata jantung baby lemah tapi laluan baru 7cm so dorang paksa push and dorg call doktor pakar turun........... 



                                                                                                                                    NEXT........

No comments:

Post a Comment