Selalu masa check hb.. darah yang keluar macam cair dan sikit.. kalu camtu zila dah agak. mesti hb rendah.. Nahhhhh memang betul hb rendah.. Tapi semalam darah banyak dan pekat.. Dah suka ni. Mesti naik.. Yeahhhh memang naik.. tapi leh tekanan gak. Sebab bacaan dia hampir ke normal..Tapi naik banyak gak dari sebelum ni,. bacaan hb yang terbaru lagi terkini 10.9.. ewah -ewah darah ko berkira lak dengan 0.1... OK xpa.. lagi 2 minggu minta-minta naik..
Sebelum ni hb rendah zila takde lak rasa mengah-mengah , letih - letih bagai.. Time bulan puasa baru terasa. Naik tangga termengah-mengah. Pastu cakap ngan nurse macam tak cukup nafas. Hammeekkk kena marah ngan nurse. Yeeee nurse saya tahu.. saya cuba makan bayam 1 periuk biar la saya jadi macam popeye. Makan kerang 1 periuk sampai jemu..ahahahhahaa.. Tapi Alhamdulillah baby still lagi aktif
Share satu info pasal hemoglobin ni.. korang boleh klik pada perkataan INFO
APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.
1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??
Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.
APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?
Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan
Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb
Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..
Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)
Info lain lak pasal hb rendah
RISIKO HEMOGLOBIN RENDAH (bawah bacaan 10)
PUNCA HB RENDAH:
RISIKO HB RENDAH:
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
- Peningkatan dalam isipadu darah
- Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
- Penurunan kadar HB normal
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet
- Kekurang folic acid
- Pendarahan gastrointestinal
- Kehilangan darah dari pendarahan buasir
RISIKO HB RENDAH:
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
PASTIKAN BERUSAHA UNTUK TINGKATKAN PARAS HB!!
Makanan yang boleh meningkatkan paras hb berdasarkan pesanan doktor, pengetahuan pembacaan dan nasihat/pengalaman dari rakan-rakan antaranya ialah
1) kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
2) madu
3) hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman kan)
4) kerang
5) air horlick (bagus juga untuk memperbanyakkan susu badan)
6) sayur bayam
7) ikan bilis
8) daging
INFO + INFO
Woitt...info yang panjang lebar..semoga sentiasa sihat di bulan posa ini..
ReplyDeleteO ya, saya nak tukar bloglist..boleh tak?? Dah letak link zyla kat bloglist>>
http://www.edisiblogger.com/
good info sis!
ReplyDeletetapi sebaiknya elakkan makan organ dalaman sebab ianya bertoksik..:)
http://vitaminhalal.com/
Assalam, cari info pasal hb rendah.. terjumpa blog zila.. info yang menarik untuk ibu hamil.. salwa nak kongsikan cara untuk naikkan hb.. tak perlu makan organ dalaman ayam.. nanti jemput singgah bloh salwa yer.. http://sascima78.blogspot.com/2013/07/cara-mudah-atasi-hb-rendah-ketika-hamil.html.. jemput follow jugak yer.. mekasih :)
ReplyDeletemmg bahaya hb low ni..jgn ambil ringgan..risiko pyakit sperti hypertyroid slpas mlahirkn pun ada..
ReplyDeletehttp://kasihmamaaqil4.blogspot.com/2013/10/tanda-ibu-hamil-kurang-darah.html
waaa.. memang dah lama cari info tentang hb rendah ni.. thanks a lot ye sis.. (^_^)
ReplyDeletegood info !
ReplyDeletehttp://mamanurins.blogspot.com/